Sunday, September 20, 2015

SKRIP DRAMA PENDEK 2013 : LELAKI BUTA ITU BAYU



_____________________________________________________________


SKRIP DRAMA PENDEK,2013 :  LELAKI BUTA ITU BAYU 

LELAKI BUTA ITU BAYU

Sinopsis :
Kisah pengorbanan seorang abang bernama Bayu terhadap adiknya bernama Ani yang berusia 15 tahun. Ani penghidap kanser otak tahap 3. Bayu mengambil keputusan mengorbankan organ matanya kepada seorang sahabatnya bernama Hana tanpa pengetahuan Hana. Hana ketika buta juga menyangka Bayu senasib dirinya. 

Watak dan Perwatakan :

Bayu
- Seorang lelaki yang penyayang tetapi tidak menunjuk kasih sayangnya. Seorang yang suka mengaji bersama Al Quran kecil yang dibawa ke mana-mana..Seorang yang pandai melukis. Berumur 25 tahun.
Ani
- Ani adalah adik tunggal kepada Bayu. Lumpuh separuh muka.Penghidap kanser otak tahap 3, sering mengalami sakit kepala dan muntah-muntah. Sering membuat rawatan ulangan ke hospital. Berumur 20 tahun.
Hana
- Seorang wanita buta, anak golongan berada pemilik Resort Damai. Dia menyangka Bayu juga buta. Berumur 23 tahun.
Datuk Helmi
- Bapa kepada Hana, bapa yang prihatin terhadap nasib anaknya. Berumur 57 tahun.
Mak
- ibu kepada Bayu dan Ani, Berumur 53 tahun. Sering menangis melihat kesengsaraan Ani.
Doktor Salma
- Doktor yang selalu merawat Hana. Berumur 33 tahun.
Julia
- Sahabat baik Hana, selalu menemani Hana. Berumur 23 tahun.
Abang Amy
- Pemilik kedai Potret tempat Bayu bekerja di Resort Damai. 27 tahun.



Dialog:

Babak 1
Hana bermonolog sendiri di tepi pantai. Monolog rindunya buat Bayu. (bunyi desiran ombak)


Monolog Hana:

Sesekali ia datang menyapaku, bayu
Bersama setangkai bunga yang hampir layu
Tanpa sepatah kata
Diam seribu bicara
kaku
Seperti ada yang ingin diperkongsikan
mungkin secebis ceritera
tapi ia hanya berlalu
sudah namanya pun bayu
kau sekadar lalu
*******************************
aku rindu bayu...


Julia    : Hana, awak pergi mana? penat tau, dari tadi saya cari awak.
               (bernada risau, sambil menghulurkan tongkat dan  memimpin Hana berjalan)
Hana    : Saya saja jalan-jalan sini ambil angin.
Julia     : Ambil angin ke..cari Bayu, Cik Hana ooi..? Jom la kita balik, nak Maghrib dah ni.
Hana     : Sama je la dua-dua tu..(tersenyum)



Babak 3
Di hospital, Ani di masukkan ke wad kecemasan selepas muntah yang teruk dan pengsan.

Bayu    : Mak,.keadaan Ani macam mana? ( mimik yang gusar,susah hati)
Mak     : Mak takut Bayu, mak tak sanggup tengok adik kamu menderita lagi..dia
              menangis mengadu sakit kepala teramat sangat. Mak ke dapur cari ubat.
              Mak takut Bayu..
              (sambil menangis hiba,terduduk dan tidak mampu meneruskan perbualan)
              Doktor  Salma berjalan ke arah Bayu dan ibunya.
Bayu    : Macam mana keadaan adik saya doktor?
Doktor Salma  : Bayu, Makcik..(sambil memegang bahu ibu Bayu)..
                            harap bersabar ya, Ani memerlukan rawatan susulan,
                            kami terpaksa membuang satu ketumbuhan yang berada di otak nya..
                            Kalau  Makcik setuju dengan pembedahan ni, pukul 11 nanti Makcik boleh
                            ke bilik saya untuk tandatangan dokumen berkenaan
                            pembedahan susulan Ani. Pembedahan ini perlu dijalankan dengan segera.
Mak                 : Tapi doktor..mana Makcik nak cari duit untuk pembedahan ni..(menangis)
Bayu                : Takpe mak, duit kita boleh cari..Bayu usaha carikan duit ya mak,
                            (sambil memujuk ibunya)

Babak 4
Dalam keadaan runsing. Bayu ke pantai bersama Al-Quran kecilnya,
mengadu nasib seorang diri,
tanpa sedar ada yang mendengari.
Tuhan dan Hana.

Jam 5 petang..


Babak 6

Di kedai Potret

Abang Amy    : Awal kau datang harini..(sambil melihat Bayu melukis)
Bayu               : Datang awal pun salah ke bang..nanti saya tak datang selama-lamanya
                          baru tau. (kata Bayu yang punya makna sebaliknya)
Abang Amy    : Tu..lukisan Hana tu, cantik aku tengok..kalau jual RM 150 pun orang beli.
                          Kau tak nak jual?
Bayu               : Tak nak lah bang, saya bagi empunya wajah dalam lukisan tu tengok dulu..
                          kalau dia rasa nak beli, dia boleh beli.
Abang Amy    :  Kau ni mengarut lah..Ada ke patut nak suruh orang buta tengok lukisan kau.
                           (sambil menyusun lukisan-lukisan pameran)
Bayu               : Saya serius ni bang,. abang kata mengarut pulak.
                           (sambil ketawa menyembunyikan rasa hiba)




Babak 8

Monolog Ani :
Terima kasih Ya Allah
Terima kasih anugerahkan anak yang baik buat mak
Abang yang baik buat ku
Terima kasih Ya Allah

Lampu pentas dipadamkan.
-Tammat-

"Salaam alaykum..hye manusia!!! *lambai tgn depan laptop, kenal tak sibuk? sibuk telah menyibuk dalam diari kehidupan harian ku ..sem ni aku sibuk yang amat sampai tidur pun tak cukup, banyak tugasan Ya Allah, banyak dugaan sungguh. 



Alhamdulillah, rezeki berpihak kepada aku, aku menang pertandingan menulis skrip drama anjuran Mahallah Asiah UIAM, yeeehuu...! skrip kat atas tu aku potong-potong, siapa nak boleh contact aku,.*hek eleh demand besar. Aku dah lama tak menulis skrip, aku tulis untuk suka-suka,.tahukah anda menulis skrip boleh menjana pendapatan? tulis skrip macam senang..kau duduk je lepas tu menaip,..itu bagi pendapat setengah orang, manakala yang setengah lagi berpendapat, kau ingat senang nak tulis skrip? memang lah nampak senang, tapi kau kena curahkan idea yang berlimpah2..dan kau kena mendalami situasi drama tu sendiri  untuk mendapatkan hasil penulisan skrip yang superb dan jalan cerita yang tidak membosankan,
contoh:  konsep drama pasal kampung, so..kena buat research sikit la pasal kampung..masuk kampung dalam 5 hari  ke..

Ini entri lapok berdebu..baru aku nak publish, sekarang dah tahun 2015. Aku tak sangka boleh menang tempat kedua. Itu la kata orang belum cuba belum tahu.

Yang Ikhlas,
Yanie atau orang panggil Fadh acah acah penulis skrip yang sedang merancang masa hadapan #finalyear

Monday, September 14, 2015

Mimpi Lalu


Beberapa minggu lalu. Aku berfikir entah bagaimana keadaan jasad aku jika tertimpa crane.

Aku jangka mimpiku memang permainan tidur.

Allahuakhbar. Hati aku sebak. Al-Fatihah buat para shuhadah yang terkorban.

If you know what I mean. Kuasa Tuhan tiada tandingan.



Wednesday, September 9, 2015

Retro Classy British Style di Topshop!


Weeewit!

   Salaam alaykum and hello gais! Hey si fashionista! aku nak kenalkan korang dengan jenama meletops marcapada yakni Topshop. Hye penggemar Topshop! Cantikkan koleksi Topshop...melting.. Tidak syak lagi bahawa Topshop sememangnya jenama favourite ramai penggemar fesyen terutama bagi mereka yang menggemari fesyen ala British. Fesyen ala British atau British Style pernah menjadi fenomena yang melanda industri fesyen tanah air dan diminati sehingga kini termasuk lah aku. Kenapa aku suka British style? Sebab style ni simple dan ‘laid-back’ cukup digemari remaja dan kita-kita yang acah-acah muda. 23 muda lagikan?..kahkah..Gegadis yang berhijab, jangan ingat yang berhijab tak boleh bergaya dengan British style. Boleh! Dengan mix and match mengikut kesesuaian.

   Oh, ya! Sedikit informasi mengenai Topshop, brand ni berasal dari UK bukan Ulu Kelang yang pasti dan telah memasuki pasaran Asia sejak beberapa tahun yang lalu. Kau tak tahu? Ni ha.. nak habaq mai.. Ia juga sering menampilkan koleksi pakaian kasual seperti:

T-shirts, jeans, dresses, blouses dan banyak lagi dengan rekaan yang cukup unik. Jadi, apakah trend British Style yang cukup sinonim dengan jenama hipster ini?

Penampilan yang ringkas dan bersahaja. I like that loose t-shirt!

Yang kedua pula adalah corak kotak-kotak atau checkered prints! Selain checkered prints, floral prints juga merupakan fesyen ala British yang evergreen. Simple and versatile kan.

Lagi-lagi? Semestinya penggunaan warna-warna pastels pada setiap koleksi pakaian. Sesuai untuk awak-awak yang ayu lagi lemah lembut yang gangster pun boleh jugak hihii..

Dan tidak lupa juga dengan cetakkan motif yang unik pada koleksi pakaian. Cutekan?



Minati fesyen ala British dan tidak mahu ketinggalan dalam mengikuti fesyen terkini? Jom- jom awak semua.Kunjungi butik Topshop online hari ini juga dan buat pembelian anda. Koleksi pakaian Topshop ini juga boleh anda miliki di laman web ZALORA Malaysia dengan tawaran harga yang amat menakjubkan! Yang pasti berkualiti.

Tuesday, September 8, 2015

Puisi Malam

kau disitu
nangis kau tanpa lagu
entah apa yang ditunggu
aku pun tak pasti

kau disitu
apa yang kau mahu
kenapa rasa pilu
kenapa seperti batu
duduk diam termangu

kau disitu
ini aku bersuara
cuba kau padam itu rasa
tutup mata
dan berkata
Tuhan itu ada

To whom it may be concern. 
Know that Allah has perfect timing for everything. Never early and never late. But it takes a little patience and a lot of faith.

Aku harap kau tak telan panadol 20 biji macam kes dkt unit kecemasan trauma.
Kawan, aku minta maaf. Aku suka dia.

Stressnya. Aku baru nak update article untuk ZALORA. Tau-tau tertinggal charger kat rumah dan aku di kampus.

Tuesday, September 1, 2015

999 Kata Abah



Kurang didikan

Eleh..sombong tu tak ke mana!! -kata seorang pemuda

Hello gais! Selamat pagi.. Assalam alaykum gais,

Gais gais gais..macam la ada yang baca KAH!

Ni aku nak story kisah semalam. Kalau orang lain panggil kurang ajar. Aku panggil kurang didikan nampak sopan sikit. Semalam aku pegi bandar Melaka. Selesai cari kamus kat Popular Makhota Parade ktorang bergegas ke tempat parking kereta sebab family dah menunggu. Kenapa "ktorang"

Aku dan adik aku. Masa on the way ke parking. Ada la sekumpulan mamat ni, salah seorang tu like kuang ajaq anak sapa la ni

"Awak awak mintak no phone"

Ktorang pun be like cepat-cepat jalan buat buat tak dengar.

Suddenly, that mamat meninggikan suara
"Eleh..sombong tu tak ke mana!!"

Sampai dalam kereta terus story dekat Abah. Abah kata kenapa tak bagi no phone?

Aku pun tercengang..hah!

999 kata Abah.

Dan kami pun berhuhuhu kat belakang kereta.

Abah bersuara lagi

Nak bagi no phone, handphone tak pakai.

Dan sekali lagi kami berhuhuhu.
Pandai jugak bapak aku melawak.

JEJAK LU ORANG