Hi, any of you looking for freelance Editor for book or script?
You may drop your request at nurfadhramli@gmail.com
Open for Bahasa Melayu. Freelance Editor Kuala Lumpur.
zone aksara yang terkandung dalam diari kekal dan kadang-kadang menjadi pentas puisi dunia
Hi, any of you looking for freelance Editor for book or script?
You may drop your request at nurfadhramli@gmail.com
Open for Bahasa Melayu. Freelance Editor Kuala Lumpur.
Hi..kabare..OMG bersawang betul ya blogspot sekarang. Ku tengok ramai blogger dah tak aktif seperti dulu..
Macam2 ya zaman sekarang kes bunuh sana sini. 1 Ku nak pesan korang kalau nak kemana2 share live location dengan org tersayang. Eh zaman sekarang ni manusia dah macam hilang pedoman.
Moga kita dijauhkan dari benda2 tak elok.
1 lagi Ku nak pesan. Pasangan yang PJJ tu. Jangan gatal2 nak ada skandal. Sekali Allah nak tunjuk dia akan tunjuk.
Yang bujang jangan gatal2 nak sondol suami orang.
Yang dah kahwin jangan mengaku bujang pulak.
Sekian.
Satu je nak pesan. Jadi lelaki jangan la ambil kesempatan dekat perempuan yang ada harta. Tak mampu buat cara tak mampu. Jangan meminta.
Yang perempuan pun sama.
Eh. Ada orang ingat permintaan kita bertahun2 yang lalu sekadar jenaka.
"Saya nak kahwin tahun 2020. Kalau awak serious boleh tunggu saya?"
Tup tup tup
Kahwin dengan orang lain. Saya dah jumpa kebahagiaan saya selepas awak jumpa kebahagiaan awak.
SCAMMER ALERT!!!
Memang makan hasil haram Keerana Global Enterprise. Scammer. Jual baju murah-murah bukan harga market value. Minta semua hati-hati. Dah ramai yang terpedaya dengan scammer ni.
Apa yang perlu anda buat?
1) Buat laporan PDRM
2) Buat laporan ke KPDNKK
3) Buat laporan ke MCMC supaya akaun media si penipu ni kena block
Ingat. Bukan hanya anda yang menjadi mangsa. Mari beli dengan trusted seller. Seller yang betul tak kan biar whatsapp tak reply lepas payment masuk. Paling lewat 3 hari dah bg tracking number macam glamouryllis.co
Secara visual mereka melihat kau ternyata bahagia. Hakiki sebenar. Kebahagiaan itu tidak ada. Yang ada hanya kebahagiaan yang penuh kepalsuan. Kuatnya kau seorang wanita menutup aib suami pada mata masyarakat. Lima tahun pertama kau akan diuji. Lama-lama kau akan sebati. Kuatkan semangat sahabat.
Kandaku
Ini bait rindu
Bait-bait malu
Jiwa dinda pilu
Menampung rindu
Jauhnya di Lahad Datu
Aku baru terfikir kenapa aku ada chemistry dengan boss aku. Pertama orang sering kali melabel kami sebagai garang dan muka ketat. Hakikatnya kami mmg muka macam ni. Muka yang jarang2 senyum. Tapi hati kami baik.
Itu yang aku dapat lihat dalam diri dia.
Hari ini. Aku ke kursus kahwin. Pembantu penyelaras majlis menegur aku supaya melebarkan senyuman. Muka aku mmg mcm ni sis.. Muka yang tegang.
Sesi petang sekali lagi dia terserempak aku. Tapi kali ini aku memimpin dan berbual mesra bersama seorang peserta kursus yang OKU yang cacat penglihatan.
Dia pelik melihat aku.
Aku dan bondaku telah ditahan oleh seorang lelaki yang mendakwa dirinya baru sampai ke Malaysia dari Oman.
Butiran kes kejadian: 8.40 pagi
Lokasi: Kuala Lumpur
Oleh kerana aku adalah separa pengamal undang-undang dan dikelilingi oleh mereka yang mempunyai kuasa dalam bidang undang-undang dan jenayah maka senang untuk aku mengenalpasti si penipu atau scammer.
Berbalik kepada kisah tadi. Lelaki yang mendakwa dirinya telah diragut dan segala dokumen pentingnya telah hilang meminta sejumlah wang daripada kami.
Dia menjual agama "Islam".
Lelaki: i am Muslim and you are Muslim. Please help me.
Nasihat aku kepadanya adalah "you should lodge a police report"
Dia berkeras seakan memaksa inginkan wang dari kami.
Bagi mengelakkan perkara buruk berlaku. RM10 dihulurkan kepadanya. RM10 bagi aku sudah cukup untuk dia mendapatkan taxi dan ke balai berdekatan.
Dia mengatakan RM10 tak cukup dan paksa kami untuk tambah lagi duit. Wow! Kau sudah melampau bro.. Dan nampak sangat hang penipu!
Nasib la aku dengan bonda aku. Bahaya. Boleh kena pukau. Hati-hati semua.
Orangnya cantik. Tapi tak nak kahwin. Disebabkan cantik dia telah menggunakan kecantikannya untuk mengikis harta lelaki-lelaki lain. Lebih-lebih lagi dari keturunan hartawan negara timur tengah. Malah dia juga turut terlibat dalam sindiket penipuan dan hutang. Dia kini mempunyai Ijazah "Master" dari universiti terkemuka di Malaysia dan berusia 30 tahun lebih. Murahnya dia seorang perempuan.
Okay jugak kalau KED buat skrip macam cerita di atas.
Macam tak percaya. Sambil aku menampar-nampar pipi tak gebu. Hari ini 13 April, 2019.. genap usiaku 27 tahun. Inshaallah tahun ini last ulang tahun kelahiran aku sebagai bujang.
Doakan yang terbaik untuk aku. Betul ke aku nak kahwin? Rasa macam masih muda remaja.
Allah is the best planner.
Aku cakap dengan mama. Kadang2 aku jealous tengok orang yang kerja tanpa stress. Contoh macam dekat resort hotel tu. Santainya kerja.
Kadang2 rasa nak tukar area masuk hospitality.
Orang selalu nampak keburukan je. Yang elok dia tak nampak. Yang nampak salah je. Pelik aku dengan manusia. Pelik.
Berjurai jugak la air mata malam ni. Aku kalau kena marah teruk sekalipun aku memang tak akan nangis. Orang panggil hati kental besi. Tapi hati aku mudah luluh bila lihat nasib ibu muda yang baru kehilangan suami. Suami yang asalnya sihat walafiat pergi menghadap ilahi. Tinggal lah si isteri dan si anak yang berusia 2 tahun. Allahu. Dugaan. Kuat kan semangat kita memang boleh sebut dari bibir. Tapi untuk mereka yang sedang lalui. Sedih yang amat.
Aku tunggu dan tunggu sehingga harapan itu menjadi realiti. Biasa kita sebagai manusia inginkan peluang yang lebih baik. Jangan panggil aku interview kalau ingin melabel aku sebagai "over qualified". Doakan aku.
Ending Villa Ghazara ialah pengasuh merangkap cikgu kepada Alia adalah dalang dalam segalanya. Ayah cikgu Arriana mati kerana Datuk Ghazali. Eh.
Betul ke. I main teka je.
Aku punya busy sampai tahap wayar telefon berbelit-belit dan orang lain terpaksa betulkan wayar itu sambil aku bercakap dalam telefon dan sementara itu handphone aku pula berbunyi panggilan lawyer masuk dan orang lain pula terpaksa jawab panggilan itu bagi pihak aku.
Itulah aku yang sekarang. Busy teruk.
Macam mana nak kahwin ni.
Tiket Cinta buat aku menangis. Syabas penulis skrip dan pengarah dan crew2 dan pelakon2 yang menjayakan.
Jarang sekali aku menangis tengok drama.
So lepas ni xde siapa la kan yang rajin baca blog aku senyap-senyap. Maaf la sebab aku pun lama xupdate sampai kau pun tak tau update pasal aku.
Dan aku pun xpernah nak ambil tahu update pasal kau.
Sampai la semalam yang aku baru tahu yang kau dah pergi dari dunia buat selama-selamanya. Kematian kau sangat mengejutkan.
Masin ke mulut aku bila aku cakap kau selayaknya untuk bidadari setahun yang lepas.
Dia dah tunggu kau kat sana. Al-Fatihah buat kau.