Saturday, July 6, 2013

Pesakit tanpa keluarga dan pesakit ada keluarga ibarat tanpa keluarga

Bila aku tengok bujang terlajak yang tak kahwin sebab kengkonon
frust cinta sejati, rasa simpati,
muda-muda dulu memang la seronok boleh travel sana sini bila dah tua sakit 
makan minum tiada siapa menjaga, tiada tempat mengadu. Memang la banyak 
duit boleh upah nurse untuk jaga,*jutawan bujang  tapi nurse tu jaga bukan kerana kasih sayang 
tapi kerana wang ringgit. Ada perbezaan antara orang yang jaga kita kerana wang ringgit atau kasih sayang.

Bidadari menanti mu di sana.
______________________________________

Tapikan aku tengok ada je mak bapak yang sakit anak-anak yang menjaga mintak claim duit, apa kau lupa waktu kecik-kecik dulu sakit demam mak bapak jaga kau tak mintak claim duit pun.

Macam mana kau memberi layanan kepada parents kau sekarang, macam tulah anak-anak kau memberi layanan kepada kau pada masa akan datang. Tuhan boleh bayar cash tau. Jagalah mak bapak anda sebaik-baiknya meskipun mak bapak mertua sekalipun.

Kepada pakcik dan makcik yang anak "berkira" sabaq na... Tuhan boleh bayaq cash kat depa.

JEJAK LU ORANG