Showing posts with label paranormal. Show all posts
Showing posts with label paranormal. Show all posts

Monday, June 20, 2011

SERAM :6 tahun lepas :MISTERI VILLA LAMA -TOLONG AKU..AKU LAPAR DARAH..

TOLONG AKU...AKU LAPAR DARAH....!!!
MAAF LAMBAT BALAS JEJAK..CHARGER LAPTOP BUAT HAL....
Atas permintaan umum..dengan berbesar hati kisah seram ini dipublishkan..untuk tatapan bersama..jom
ikuti..sebuah kisah di rumah lama British BUKIT LARUT, PERAK.

“Encik semua ni betul ke nak bermalam kat Villa lama tu ?...bukannya apa..tempat tu keras,,carilah hotel lain.”
Nasihat pemandu van yang membawa sekumpulan pelajar IPTA..
Hari itu cuaca indah..HANIF dan rakan2nya yang baru sahaja sampai di Villa British Lama yang terletak di Bukit Larut , Perak berpandangan sesama sendiri apabila  melihat kelibat seorang kanak-kanak melintas di hadapan mereka.Sedang asyik bergurau tawa, mereka lantas mendiamkan diri.kelakuan kanak-kanak itu agak meragukan mereka..sedang asyik memerhatikan kanak-kanak itu dari jauh..tiba2 mereka disergah dari belakang..rupa-rupanya SYUXER . SYUXER mempunyai satu hobi yang menjadi kebiasaan para remaja..mngambil gambar..DSLR sentiasa berada di sisi dia.
“apa yang korang tengok tu? usha awek ek?” Tanya SYUXER .
“ko diam la.,cuba ko tengok budak tu,” arah HAZWAN seorang pelajar jurusan undang-undang yang sentiasa teliti. lantas SYUXER mengambil gambar kanak-kanak itu..cuba pembaca teka apa yang kanak-kanak itu buat sehingga meragukan mereka berlima???
Kanak-kanak itu menyangkung di bawah sepohon pokok yang rimbun tanpa menunjukkan mukanya..persoalannya sekarang..adakah apa yang mereka Nampak itu manusia atau sebaliknya...
“weih dah la,dah senja ni.mak aku pesan tak elok senja-senja kita dok luar,” pesan HANIF  sambil memukul nyamuk yang berterbangan disekelilingnya.Mereka berlima pun masuk ke dalam villa lama tersebut tanpa mensyaki apa-apa kecuali..
Si HAZWAN .. HAZWAN musykil,,kenapa villa yang besar ini disewakan dengan harga yang murah .Baiklah pembaca,,dah nama pun villa..mestilah besar..banyak bilik.korang mesti pelik kan?kenapa mereka berlima ni sewa villa?? Ini semua disebabkan KURA .. KURA sebelum ni memang pernah dengar tentang kewujudan makhluk halus di villa tersebut lantas menerima cabaran dari rakannya untuk bermalam di situ tanpa pengetahuan rakan lain yang mengikutinya..pada malam itu juga  SYUXER mengajak ke 4 rakannya untuk  pulang..persoalannya…kenapa??
Kerana SYUXER  telah diganggu.. di ganggu kelibat kanak-kanak aneh itu.sedang asyik SYUXER mendengar lagu di corong headphone yang dipakainya..cuba pembaca bayangkan sedang syok2 dengar lagu Bruno Mars..tiba-tiba keluar pulak suara budak yang bertanya ‘ Abang dengar tak suara saya? tolong saya…tolong saya bang..' mendayu-dayu suara budak tu mintak tolong sambil menangis teresak-esak.
So..apa reaksi korang kalau ada kat tempat Syuxer ? takkan nak relax lagi..blah la..
Malam tu,SYUXER  beriya2 ajak kawan2 dia pulang.tetapi malangnya mana ada van yang nak angkut dorang turun dari tanah tinggi tu malam2 buta.nak tak nak,,terpaksa jugak la dia bermalam dalam villa tu.Akibat terlalu takut,,SYUXER  tidur sebilik dengan ABU.. ABU adalah seorang yang  berani .sewaktu sedang nyenyak tidur.. HANIF pula diganggu..tapak kaki HANIF digeletek sewaktu dia tidur.pada mulanya ,,HANIF menyangka ini hanyalah gurauan dari rakannya..lantas  menyepak sekuat hati tangan yang mengeletek tapak kakinya “dush!” lalu HANIF  bangun dan membuka lampu..OH MY ALLAH..
Tak ada siapa pun dalam bilik tu hanya HANIF seorang diri.meremang bulu roma HANIF ..kakinya yang terasa berat untuk melangkah dipaksanya juga..HANIF mngesot macam hantu “SUSTER NGESOT” dengan kain pelikat petak putih ke arah bilik ABU dan SYUXER ..waktu tu jam menunjukkan pukul 2 pagi..cubalah pembaca bayangkan..
Tengah syok2 bergayut telefon dengan insan tersayang tiba2 korang Nampak pula benda tengah mngesot kearah korang dalam cahaya suram gelap ..apa perasaan anda? Adakah akan meneruskan perbualan telefon? Atau mematikan panggilan.
Yang tengah bergayut kat telefon waktu tu HAZWAN .Si HAZWAN  ni seorang yang lemah semangat..walaupun lemah semangat dia sempat mengucapkan selamat tinggal kepada kekasihnya “bye2 sayang” dan cepat2 bukak mp3 surah Kursi untuk menghalau HANIF  yang tengah mengesot yang disangka hantu tapi sememangnya hantu kerana HANIF  yang sebenar mengesot hanya separuh jalan 
ke arah HAZWAN dan melencong ke ruang tamu..semakin kuat mp3 di pasang..semakin laju HANIF mngesot ke arah HAZWAN  maka semakin kuatlah teriakan HAZWAN yang dalam ketakutan.si HANIF  yang tengah mengesot itu semakin takut bila mendengar surah kursi di pasang..semakin laju dia mngesot bersama kain pelikatnya.
ARGGH!!TOLONG !! HAZWAN menjerit .setelah terdengar pekikan itu ,bergegas rakan-rakannya keluar dari bilik..rupa2nya ke semua mereka tidak dapat tidur pada malam itu..lampu yang sengaja di buka untuk menerangi kawasan villa itu tertutup dan terbuka dengan sendiri..macam-macam suara yang mereka dengar sekeliling villa..sekejap orang menangis..sekejap bunyi marah..sekejap bunyi sedang ketawa...dan yang paling menakutkan mereka makhluk halus itu mengejek bacaan surah kursi..perkara ini berlaku selama 30 minit.Mungkin satu tempoh yang pendek bagi kita yang tidak mengalami situasi itu..bagi mereka yang berada di tempat kejadian..Ya tuhan..mereka hanya mampu bertawakal agar keadaan semua selamat.. KURA yang bermulut puaka berkata ,“ korang pernah dengar ke manusia mati kene cekik hantu? Chill la,setakat ni dalam Metro tak keluar lagi kes camni”
Esok paginya mereka berlima menelefon pihak pengangkutan agar membawa mereka turun dari bukit itu secepat mungkin..
“kan saya dah pesan..villa tu keras..”sindir pemandu van yang semalam sambil mengangkat kening yang bersambung.Mukanya agak bengis.
“fuh..nasib baik semalam ABU teman aku ,,kalau tak mesti aku dah mngesot macam HANIF..haha,” kata SYUXER 
“bila masa pulak aku teman kau? semalam aku dengan KURA ..betul tak KURA ?" tanya ABU kepada KURA  yang tengah mngunyah gula2 getah..KURA hanya mengangukkan kepalanya.. lalu SYUXER pun berkata lagi
Tengah syok2 main gitar ,,aku dengar si HAZWAN  jerit.” kata ABU .
“aku jerit pasal Nampak si HANIF tu la ngesot kat aku,,macam JU ON dah..” kata HAZWAN .
“aku mngesot kat ko?? bila pulak??
aku ngesot terus turun bawah villa ke ruang tamu ,aku Nampak ABU dengan   
KURA kat situ .” kata HANIF .
“lepas tu lampu villa tutup bukak dengan sendiri  kan? korang semua dengar macam-macam suara pelik ” Tanya pemandu van.
“cop2..habis tu siapa yang temankan SYUXER tidur?? siapa pulak yang mngesot ke arah HAZWAN? Dan macam mana abang tau lampu villa tutup bukak dengan sendiri semalam?” soal HANIF.
Belum sempat pemandu van menjawab persoalan HANIF..van yang dipandunya terbabas dan jatuh ke dalam gaung..hanya ABU yang terselamat dari kemalangan itu kerana ABU  tidak  bersama dengan mereka di dalam van sebaliknya masih ada di villa itu. ABU ditinggalkan.
ABU yang ada di dalam van waktu mereka turun dari tanah tinggi itu bukanlah ABU..tetapi hanyalah jelmaan lembaga yang menyerupai ABU .pembaca mesti pelik kalau dah semua yang dalam van tu mati..macam mana pulak perbualan mereka sebelum mati diketahui? …..
Kerana waktu sebelum van jatuh ke dalam gaung SYUXER sempat  membuat rakaman..rakaman itu jelas menunjukkan bahawa hanya mereka berempat sahaja di dalam van..Syuxer,Hanif,Kura dan Hazwan..tiada kelibat pemandu van yang ada hanya suara misteri dan identiti pemandu van masih belum dikenal pasti..kerana mayat pemandu van belum dijumpai sehinggalah sekarang dan sehingga kini persoalan Arwah HANIF  masih belum terjawab..siapakah pemandu van itu??

p/s: aku tau cerita ni memang tahyul sekadar hiburan, korang paham ke..tak paham ke..lantak koranglah..sila terjah pelakon dalam kisah seram ini..kerana mereka lebih mengetahuinya..hahak..

kisah ni aku reka taip 2011, tahun 2013 dalam traffic blog aku ramai jugak yang search pasal villa lama atas Bukit Larut..mungkin korang2 nak bercuti ke sana, mungkin jugak korang2 pernah dengar cerita misteri di sebalik Bukit Larut versi lain macam yang aku dengar dari nenek aku yang berlaku era 1980 , jadi kepada sesiapa yang pernah mengalami kejadian aneh tak kiralah dimana berlaku kalau nak share story boleh e-mailkan ke violet_chunkt@yahoo.com 

Friday, June 10, 2011

MISTERI KELIBAT PUTIH BARING KAT BILIK STUDY AKU



AKU TAK KACAU KAU..KAU JANGAN KACAU AKU..

AMARAN KERAS : kalau takut tak payah la baca..
Assalamulaikum..bismillahirrahmanirrahim..untuk pengetahuan korang sekarang ni aku ada kat hostel bukan kat rumah..
tadi aku sorang2 duduk kat bilik study..korang tak payah la bayang kan muka aku yang tengah study..aku bila time ada quiz dan exam je study..pemalas wei..
aku duduk situ pun sebab menaip entry blog ni..lampu bilik study aku biar tertutup..
tengah melakukan misi dari blog ke blog..tiba-tiba..aku rasa lain macam..meremang ..sejuk..
pastu aku toleh belakang..waktu tu jam 12.34 tgh mlm,.
hah.! aku nmpak kelibat putih atas meja study belakang aku.kelibat tu tengah baring..kecut perut aku !
aku cepat2 pergi cari suis lampu dan bukak..fuh seriau aku rasa..
rupa2nya bantal peluk warna putih tanpa sarung kat atas meja study tu..aku ingatkan hantu pocong..kawan aku jemur bantal dia kat situ..persoalannya masa mula-mula aku masuk bilik study aku tak nampak pun bantal tu kat situ..apakah mata aku semakin rabun..nampaknya kenalah tambah power spek mata ni lagi..leceh..

p/s: dalam banyak2 hantu..aku paling takut pocong..pontianak also know as kuntilanak spesis tu aku tak takut apatah lagi toyol..comel je toyol..cakap besar pulak aku..

Monday, April 18, 2011

DOKUMENTARI SERAM "PENUNGGU ISTANA"


so..cerita penunggu istana ni berkisahkan apa sebenarnya? melalui informasi yang yanie dapat..Penunggu Istana merupakan sebuah filem dokumentari sekumpulan mengenai istana lama di Perak.Istana Billah kalau xsilap. Mereka pelajar ASWARA  merakam beberapa perkara ganjil menggunakan kamera mereka. Tanpa disangka, mereka telah di'teman' sejak mereka tiba lagi....macam gempak citer ni,,wajib tonton bagi siapa2 kat luar sana yang minat tentang dunia paranormal,,and siapa2 yang tak percaya tentang kewujudan makhluk2 alam lain ini.bagi sape2 yang xpernah kena ganggu  dengan makhluk ni mmg sukar untuk korang percaya dengan kewujudan nya..
 jom ikuti sinopsis filem ini :



Penunggu Istana adalah sebuah dokumentari yang mengikuti sebuah kumpulan paranormal iaitu “The Seekers Team” yang cuba menjejaki misteri yang terdapat di dalam Istana Bilah, istana tua yang terbiar di Perak. Pada Feb 2009, krew sebuah TV produksi yang menjalani penggambaran untuk siri drama ‘Warkah Terakhir’ telah mengalami satu pengalaman yang ngeri dan dasyat. Mendengar cerita ini, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri tersebut bagi menyiasat perkara sebenarnya yang telah berlaku dan bekerjasama dengan Wan Hasliza (pengarah ‘Warkah Terakhir’). Mereka bermalam di istana yang sunyi dan menyeramkan itu selama 7 hari berturut-turut dengan harapan dapat menemui bukti-bukti kewujudan kuasa misteri. Segala tindakbalas atau perkara yang berlaku semasa penyiasatan ini dirakamkan sendiri oleh Wan Hasliza. Sesetengah kejadian yang berlaku boleh diklasifikasikan sebagai gangguan biasa seperti keadaan istana yang sudah begitu usang menghasilkan gema yang menyeramkan atau bunyi angin melalui atap bumbung yang sudah rosak. Tetapi mereka akhirnya menyedari bahawa mereka tidak berseorangan malah ditemani oleh ‘penghuni-penghuni’ yang telah menetap di istana itu – sejak hari pertama lagi mereka di situ. Melalui temubual, kamera-kamera yang digunakan dalam penyiasatan dan alat-alat khas yang lain, terdapat imej-imej yang ganjil dan menyeramkan telah ditemui disebalik misteri tinggalan istana lama ini.

mereka2 yang terlibat dalam pngambaran





dalam pngambaran seekers yang lepas,seorang pngkaji paranormal seekers bernama Salim koma,mnjadi cacat seumur hidup shingga sekarang..APAKAH mereka yang terlibat dalam filem ini mgalami nasib yang sama ???
adik2 yang bawah umur 13 tahun,,di syorkan mmbawa 

parents atau kakak abg yg dewasa..kalau nak tengok filem

 ni...termasuk lah adik gue..filem ini bakal ku tonton !!





sumber : blog uncle seekers,TV 3 THE MAKING Of  PENUNGGU ISTANA

JEJAK LU ORANG