Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

Wednesday, January 18, 2012

AWAS KAUM ADAM : INI ADALAH CARA MENGAYAT YANG KURANG SESUAI UNTUK KAUM HAWA


Assalamualaikum kalian,kali ini patik..patik? ingin berkongsi sesuatu  :

Semalam,semalam,semalam
Bukan hari terang
Cahaya bulan  rasa kelam
Hati rasa berang
Inilah namanya malam
Malam tanpa sinaran garang.
Mendapat kiriman salam.

Kiriman salam semalam menjadi  sejarah
Esok menjadi misteri
Dari anak sultan digelar tuanku
Hati ketawa hilang amarah
Wahai saudara dan saudari
Anak raja ini mencuit qalbuku.

Anak raja mana ini? siapa gerangannya?
Inilah anak rajanya..rasa kelakor pulak dengan gaya bahasanya…keh..keh..keh..=_=`

terlebih puitis menjadi dramatik
dan akhirnya menjadi sarkastik
yang kelihatan seperti plastik

awas kaum Adam : ini adalah cara mengayat yang kurang sesuai untuk kaum Hawa


Erkk...



Ayuh dayang-dayang siapkan kamar putera mahkota,
Lekas-lekas tuanku mahu beradu memejam mata.
 -Sekian



Sinaran rembulan yang indah 


p/s :Adakah tuanku akan murka...adakah..apakah..kena..hukum pancung..buang negeri..baiklah merepek di sini.Hey lamanya tak update blog ni.Baru ku sedar..

Friday, December 23, 2011

DAH LA PAKWA NAK CARI CINA BUTA!! ABANG PULAK RAMPAS KEKASIH ADIK,HADOO..LEPAS TU TOREH PULAK TANGAN

Well..Let the story begin with..
First of all I don`t know why he want to find " cina buta " Ya Allah bagi aku kekuatan untuk meneruskan entri ni..
adakah ini berunsur suspen? Pakwa siapa?

JANGAN CUBA MENJADI SEPERTI BEGINI SETELAH BACA KISAH TRAGIS MAGIS GUA

Assalamualaikum,gua masih waras lagi untuk memberi salam.Amacam tajuk post gua?ada siapa-siapa yang pernah mengalami nasib yang sama?apa!!ada?kalau ada gua ucapkan salam simpati..hadoo..kesian lu.Biar gua mulakan hot story dengan
kisah abang rampas kekasih adik.,


JANGAN RAMPAS KEKASIH ADIK

Hey abang! Lu tak de awek lain ke nak rampas?asal lu rampas kekasih adik lu..kesian la kat adik lu.Dah lama dia berkawan dengan awek tu.Tup-tup lu pulak yang sapu.Sebagai abang patut ke lu rampas kekasih adik lu?Lu tak rasa ke hubungan antara adik-beradik lu akan berantakan kerana sikap lu tu?
Lu tak rasa ke yang adik lu berasa sangat kecewa dengan sikap lu? Kepada abang yang rampas kekasih adik..fikir-fikirkanlah.Jangan disebabkan orang luar hubungan adik-beradik berpecah terbelah-belah-belah ...Gua pulak yang terlebih emosi.Kalau berada di tempat perempuan tu mesti susah.Kesudahnya dua-dua melepaskan kentut berangin kosong.

Kisah Pakwa nak cari cina buta.,


KENAPA ITU OLANG MAU CALI SAYA?

Yang ni gua tak tahu la pakwa siapa.dan gua pun tak pasti apa tujuan pakwa dia nak cari cina buta.Ini antara beberapa sebab yang gua rasa :
Sebab pakwa dia nak dermakan organ mata tanda kesian kat cina buta tu barulah awek dia kata “wah..baiknya pakwa aku sampai nak derma organ mata,inilah pakwa yang aku cari selama ini .”
Mungkin jugak sebab cina buta tu ada simpan rahsia siapa ibu kandung sebenar pakwa dia.ala..macam dalam drama melayu tu.

Mungkin jugak sebab pakwa dia nak jadi waris kepada cina buta tu sebab cina buta tu kaya beraya dan tiada anak untuk di bahagikan hartanya.

Mungkin jugak sebab cina buta tu lagi cun dari makwa dia.

Pelbagai kemungkinan yang gua pandai-pandai buat…lu orang ada kemungkinan jugak nak buat?

Kisah gambar Ajinomoto.,
Buat sesape yang tak pernah tengok atau tak kenal dengan Aji ni..meh tengok gambarnya.Gua nak memperkenalkan this is..


Gua pernah lalu depan kilang Ajinomoto.


Kisah surat cinta klasik.,
Gua tahu yang search keywords ni mesti bukan calang-calang orang.Dia seorang pelajar pintar yang sedang menuntut bahasa melayu..dan dia dari German dan orang German yang cuba mendalami bahasa Melayu.Mengikut feedjit live source gua la.
Tengok! memandai-mandai je gua buat andaian.Korang pun percaya seketul-seketul.wakaka.
Atau mungkin dia ni seorang yang puitis dan cuba nak jadi puitis lagi.kengkonon nak hantar surat/email kat awek dia.Surat cinta klasik mampu menambat hati gadis melayu ..ini adalah fakta bukan auta.








SEGALANYA TERMUAT DI BLOG SAKAI INI
BLOG PALING SAKAI DI MALAYSIA

Kisah Idgham Maal Ghunnah.,
Gua khatam Al-Quran masa darjah 3 tahun 2002 dan menjadi peserta yang termuda di Masjid Wilayah..masa tu gua lah yang paling kiut-miut,ini kisah benar,takdenya gua nak kelentong lu orang..Idgham Maal Ghunnah ini adalah tajwid (hukum nun mati dan tanwin)di dalam Al=Quran di mana bila kita jumpa ayat Nun mati atau tanwin bertemu dengan huruf Idgham.yakni, “ya”,”wau”,”mim”,”nun” dibaca dengan dengung.Ada jugak yang tak tahu apa itu tanwin.Tanwin adalah Dua baris di atas,dua baris di bawah,dua baris di depan.Harap dapat faham sedikit perkongsian gua ni.Untuk maklumat lebih lanjut boleh hubungi gua di nombor 999.Dah sampai penjara hantar 
e-mail kat gua nanti gua datang sambil membawa buku tajwid dengan senaskah Al-Quran.

Kisah Orang makan Janin.,
Kisah ni dah semakin popular.Gua rasa yang makan janin ni tiada perasaan atau tiada selera yang asli.Deria lidah mengalami kerosakan kronik.
Berselerakah anda makan janin?sedapkah? sesiapa yang nak usha chef potong janin dan buat sup boleh usha link ni….
MAKAN BAYI SEDAP WOOOO

Kisah Bukit Bintang Gothic dan Sebuah seni tangan yang bagus.,

Kisah ni gua campurkan sekali.Gua dulu adalah budak emo yang berkawan dengan budak Gothic.Celak dibawah mata adalah kebiasaan bagi gua.Bukit Bintang adalah tempat kami berkumpul.Kadang-kadang kami jugak ada pergi gigs..underground.Macam-macam fesyen yang di pamerkan muda-mudi yang baru nak kenal dunia.Bagi gua emo itu cool..yeah really cool..aha..emo sampai gua toreh tapak tangan gua sendiri.Biasala zaman remaja.Semua kita nak try.Sampai sekarang torehan itu masih ada.





Torehan yang di conteng dengan pen merah stabillo dakwat basah yang beli kat Jaya Jusco Taman Maluri takkan pernah hilang selagi gua tak ambil air wuduk.Gua bukanlah budak emo seperti yang gua ceritakan.Itu semua kawan-kawan gua.Gua budak emo yang baik.Budak emo yang selalu beremosi di dalam hati.Bila hati kita beremosi kita akan dekat dengan pencipta kita .Sekarang gua dah jadi budak bertamadun dalam bidang psychology dan gua dah tahu kenapa ada manusia yang suka nak toreh-toreh diri dia sendiri..kerana mereka mengalami tekanan emosi tinggi.
BEST KE WEYH MAIN TOREH2 TANGAN ? LU ORANG DAH TRY ?


Wednesday, November 30, 2011

RIWAYAT HIDUP GUNTING TIDAK BERAKHIR DALAM TONG SAMPAH SEPERTI KEBIASAAN YANG MANUSIA LAKUKAN

Apa ke hey tajuk entri ni ==`..awas! kepada adik-adik sekolah rendah yang nak cari contoh karangan


Riwayat hidup gunting tidak berakhir dalam tong sampah.Adakah ianya sayu bagi anda? mungkin tidak kerana bukan semua orang berperasaan seperti aku. Apa yang aku fikir tak sama dengan apa yang mereka fikir.
Tahukah anda apa itu patah tumbuh hilang berganti atau patah tak tumbuh hilang tak berganti?
Aku selalu positifkan minda aku mungkin sesuatu yang hilang itu bukan milik aku..bukan hak aku..maka aku lepaskan ia pergi tanpa mengugurkan setitis pun air mata.*drama melayu lebih.
Semua perkara dan tragedi telah diaturkan Tuhan sudah tentulah apa yang diaturkan itu terbaik buat kita.Jika semalam aku kehilangan suatu impian yang bagi aku sangat berharga tetapi hari ini aku berjumpa dengan 70 kali ganda lebih baik dari impian aku yang semalam.Tetapi belum tentu impian yang aku jumpa hari ini akan kekal,mungkin esok ia akan hilang dan impian yang lama serba kekurangan itu akan muncul kembali..persoalannya sekarang aku tidak mampu lagi untuk menerima impian lama yang sudah bercambah yang sudah usang .Tapi aku berusaha untuk menerimanya kembali.Segala cacat cela yang hadir dalam dirinya aku cuba perbaiki satu persatu.Kata orang habis madu sepah dibuang tapi bukan bagi aku.Bagi aku madu itu tetap akan ada.

Gunting..sinonim dengan bahaya..kau selalu hadir di waktu aku memerlukan kau..senang atau susah kau tetap ada.Aku tak faham kenapa orang lain sering memburukkan diri kau.


“kau jangan dekat dengan dia,dia tu gunting dalam selimut”…
“kau dah tahu mulut dia tu tajam macam gunting kenapa kawan dengan dia?

Kenapa mesti gunting yang menjadi kiasan mereka.Sedangkan gunting yang banyak menolong kita.Sedar atau tidak sedar gunting sebenarnya banyak berjasa dalam kehidupan kita,

--dalam pembedahan
--pembikinan masakan
--rambut
--menghasilkan hasil seni
--dan banyak lagi(apa lagi?)

Pemegang gunting aku patah tetapi aku masih berdegil menggunakannya agar peranannya terus berjalan.Aku gembira gunting pun gembira.Tidaklah riwayatnya berakhir ke dalam Tong Sampah.  
Aku pernah kehilangan gunting yang menemani aku sejak zaman tadika,gunting yang banyak menyimpan kenangan..kerana gunting tu aku telah "tergunting" pergelangan baju tadika kawan sebelah aku.



Tuesday, April 26, 2011

mana mina dapat cangkul nak gali kubur?Xkan la daging manusia sedap?Mana mina dapat pisau nak potong daging tu?nak siat kulit lagi..






Hobi sejak kecik menulis dan bercerita..paling suke bile cikgu skola bagi karangan jenis cereka,xkisahlah pasal ape pon..
mulakan karangan anda dengan.."aku ternampak api lalu...""ketika hujan lebat kamu sedang menanti ketibaan ibu kamu di sekolah,ceritakan detik itu "
cerita sedih,lawak seraam semua yane taram ikut sesedap rasa.dulu masa zaman sekolah rendah 
yane selalu datang awal pagi,
langit pon xcerah lagi..
datang pagi2 terus duduk kat kantin..duduk dengan 3-4 orang kawan,,lepas tu mula la bukak cerita..zaman tu xreti nak gossiping pasal orang lagi..budak2 la katakan,,cakap pasal bukak cerita,tau tak cerita ape yang d bukak? Cerita hantu..hee..mmg hobi yane mereke cerita hantu..nak dipendekkan cerita yane jadi tukang karut kat skola rendah..asal datang pagi2”leyanie..cerite la cerite hantu..ktorng nak dengar”dengan brsemangat waja yane akan bercerite dengan dorg secara spontan(xkan nak tgk buku plak )sambil mmbulatkn biji mata,,asal ape yang keluar berlegar2 kat otak nih itula yang yane lontarkan lantak la merepek ke merapu ke hentam saja labu!…dan ade diantara dorg yang percaya bulat2 cerita yane meskipun yane cakap kat dorg di akhir“cerite tu xbetul pun okey, kite reka2 je”sampai dorg takut nak pegi tandas ..ni ade suatu kisah yang mmbuatkan sorg kawan yane nangis ..mase tu umur 10 tahun darjah 4.sampai kini yane ingat kisah tu,,mane taknye dah buat orang menangis!,.nasib baik mak n bapaknye xjumpa yane kalau tak mampuih la yane kne cuci.kisahnye begini..pada suatu hari ,makcik salmah memberikan duit kepada Mina dan mnyuruh mina mmbeli 2 kilo daging.selepas mngambil duit itu..mina pon pergi la ke kedai daging..semasa berjalan2 ke kedai daging mina singgah di kedai video game dan bermain game di situ sampai la duit yang makcik salmah bagi untuk di belikan daging habis di gunakannya ..bila duit da habis macam mana nak beli daging yang mak kirim,,fikir mina.lantas mina ke tapak perkuburan lalu mengorek kubur dan mngambil daging manusia sebagai ganti daging yang mak mina suruh beli..dia pun balik ke rumahnya yang berada di tingkat 4..lepas tu mak mina pon masak la dagingtu..(daging manusia) mak mina pon kata “hmm,,sedap daging ni” mina langsung tak sentuh lauk daging tu.tibalah waktu untuk tidur..masa tu jam menunjukkan 12.30 malam..orang lain semua sudah tidur ,tinggal mina sorang je yang tidak dapat mlelapkan mata akibat rasa  bersalah menggali kubur orang…malam tu mina rasa seram sejuk sangat..terngiang2 suara mayat meminta dagingnya di pulangkan semula..tingkat 1…”mina..mana kau mina..pulangkan daging aku..”tingkat 2…”mina mana kau mina aku cari kau ni..pulangkan daging aku..”tingkat 3…’mina..mana kau mina aku nakdaging aku…” tingkat 4…”mina ……mana kau mina..aku datang ni..pulang kan daging aku…”bilik mina..”mina..pulangkan daging aku HARRRGGGHH!!!!!!!!”
Sampai kat part akhir2 cter tu yane sergah dorg,,cube bayangkan daripada nada suara yang perlahan berunsur saspens..tiba2 mninggi! Apakah korg akan terkezut al beruk?semestinya..smpai sekarang lah hobi itu masih ade dalam jiwa ..tapi yane xcerite kat kawan sebaya la…skngkan da umur19..kang xpasal2 kawan2 cop yane sbgai budak mereng (gelaran budak psycho dah dapat pon)...kalu nak story morry pon yane story kat kawan adik2,,tu pon mase bekalan elektrik kat kawasan perumahan yane terputus…kumpul dalam 7 orang letak torch light bawah muka dan mulakan story..seronok dapat layan budak-budak sambil mndengar lolongan terpekik pekak dorg.argggh!!”siapa sentuh bahu aku?”
Kalau nak ikutkan ..cter tu langsung xlogik,xmasuk dek akal..mana mina dapat cangkul nak gali kubur?takkan pakai tangan kot..xkan la xde orang Nampak mina gali kubur tu? Xkan la daging manusia sedap?Mana mina dapat pisau nak potong daging tu?nak siat kulit lagi..xlogik.pelbagai persoalan bermain di minda..-the end-

Monday, April 18, 2011

DOKUMENTARI SERAM "PENUNGGU ISTANA"


so..cerita penunggu istana ni berkisahkan apa sebenarnya? melalui informasi yang yanie dapat..Penunggu Istana merupakan sebuah filem dokumentari sekumpulan mengenai istana lama di Perak.Istana Billah kalau xsilap. Mereka pelajar ASWARA  merakam beberapa perkara ganjil menggunakan kamera mereka. Tanpa disangka, mereka telah di'teman' sejak mereka tiba lagi....macam gempak citer ni,,wajib tonton bagi siapa2 kat luar sana yang minat tentang dunia paranormal,,and siapa2 yang tak percaya tentang kewujudan makhluk2 alam lain ini.bagi sape2 yang xpernah kena ganggu  dengan makhluk ni mmg sukar untuk korang percaya dengan kewujudan nya..
 jom ikuti sinopsis filem ini :



Penunggu Istana adalah sebuah dokumentari yang mengikuti sebuah kumpulan paranormal iaitu “The Seekers Team” yang cuba menjejaki misteri yang terdapat di dalam Istana Bilah, istana tua yang terbiar di Perak. Pada Feb 2009, krew sebuah TV produksi yang menjalani penggambaran untuk siri drama ‘Warkah Terakhir’ telah mengalami satu pengalaman yang ngeri dan dasyat. Mendengar cerita ini, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri tersebut bagi menyiasat perkara sebenarnya yang telah berlaku dan bekerjasama dengan Wan Hasliza (pengarah ‘Warkah Terakhir’). Mereka bermalam di istana yang sunyi dan menyeramkan itu selama 7 hari berturut-turut dengan harapan dapat menemui bukti-bukti kewujudan kuasa misteri. Segala tindakbalas atau perkara yang berlaku semasa penyiasatan ini dirakamkan sendiri oleh Wan Hasliza. Sesetengah kejadian yang berlaku boleh diklasifikasikan sebagai gangguan biasa seperti keadaan istana yang sudah begitu usang menghasilkan gema yang menyeramkan atau bunyi angin melalui atap bumbung yang sudah rosak. Tetapi mereka akhirnya menyedari bahawa mereka tidak berseorangan malah ditemani oleh ‘penghuni-penghuni’ yang telah menetap di istana itu – sejak hari pertama lagi mereka di situ. Melalui temubual, kamera-kamera yang digunakan dalam penyiasatan dan alat-alat khas yang lain, terdapat imej-imej yang ganjil dan menyeramkan telah ditemui disebalik misteri tinggalan istana lama ini.

mereka2 yang terlibat dalam pngambaran





dalam pngambaran seekers yang lepas,seorang pngkaji paranormal seekers bernama Salim koma,mnjadi cacat seumur hidup shingga sekarang..APAKAH mereka yang terlibat dalam filem ini mgalami nasib yang sama ???
adik2 yang bawah umur 13 tahun,,di syorkan mmbawa 

parents atau kakak abg yg dewasa..kalau nak tengok filem

 ni...termasuk lah adik gue..filem ini bakal ku tonton !!





sumber : blog uncle seekers,TV 3 THE MAKING Of  PENUNGGU ISTANA

JEJAK LU ORANG