Showing posts with label SIKAP. Show all posts
Showing posts with label SIKAP. Show all posts

Sunday, February 10, 2013

KASIH SAYANG TERSEMBUNYI

MINTA PERTOLONGAN RAKAN-RAKAN
KALAU TERJUMPA ADIK SAYA INI SILA HUBUNGI DI TALIAN 03-8323 1000 ATAU 03-9221 7222 ATAU  E-MAILKAN LOKASI ANDA DI VIOLET_CHUNKT@YAHOO.COM.

NAMA :  RASHID not the kpop fan
TINGGI : 150 CM
UMUR : 11 TAHUN
WARNA KULIT : GELAP MANIS
PERWATAKAN : NORMAL KADANG-KADANG GILA



KISAH POTATOES YANG RANGUP
 Ini kisah lama.. baru nak terbit,
Masa dalam perjalanan balik Taiping aku ada ejek adik aku..

"style rambut kau macam thambi"

padahal adik aku memang suka gila dengan style rambut raya dia yg berjambul kat depan tu.
Sekali dia bawak keluar potato chips sebalang yang dia beli dengan harga RM4 lebih kat stesen minyak,maka terbau lah satu kereta dan aku pulak memang suka potato-potato ni.*gila kentang !
 Aku pulak duduk sebelah dia..Maka bersuara lah aku..

"hmm..sedapnya bau,nak satu (siap menghulurkan tangan ,menadah mengharapkan sekeping chip tu sampai ke tapak tangan aku sambil terkebil2 kelopak mata,)"

Maka bersuara lah juga adik aku,

"tak boleh,tadi kau kata rambut aku macam thambi,"

(bunyik cengkerik)

"tak boleh? tak pe lah.." bunyi nada merajuk aku.

Maka kempunan lah aku .

"nah lah..amik la .." suara adik aku memujuk aku yang sedang merajuk "tipu".

"takpe lah,"----> aku sambil buat muka merajuk "tipu".

Mulai dari saat tu ,masa tu kat highway tapah, setiap 30 minit adik aku akan hulurkan balang potato dia dan harap aku terima pemberian potato tapi aku buat bodoh dengan muka merajuk "tipu" aku.

Dalam 5 kali dia pujuk aku setiap jam tiada mengenal erti putus asa,

"amik lah.."
"amik lah.."

"amik lah.."
"amik lah.."

"amik lah.."
"amik lah.."


sampai lah esok harinya.Akhirnya aku makan jugak potatoes tu.


                ****************************************************


SUBANG EMAS 316 HILANG

Kejadian berlaku malam hari, aku rasa telinga aku sakit.Maka subang yang terpasang kat telinga ni aku cabut buang dan letak atas meja jepun lipat  yang terletak dalam bilik sebelah katil.Kemudian aku ke ruang tamu tengok tv.Aku lupa terus pasal subang yang aku cabut tu. Esok pagi bangun-bangun tidur baru aku teringat yang kat telinga aku dah takde subang.Aku cari balik subang tu. Malangnya meja jepun dah berlipat dan tersimpan rapi. Persoalannya di manakah hilangnya subang itu ? gulp..-_-" *subang tu pemberian mak aku... dan aku sangat menghargai pemberian dari orang tersayang tapi aku lalai dan aku cuai

Aku tanya si tukang lipat meja,

"angah, lipat meja eh semalam ? nampak subang  ?"

"ada subang ke, tak nampak pun.." kata si Angah.


bertendang ! bertendang ! bertendang ! bertenang..

subang aku dah hilang warrgghh..aku berusaha bertungkus lumus cari subang tu,angkat karpet
selak tu selak ni check bawah katil amik penyapu sapu dengan harapan jumpa balik subang tu..hampa..tiada..
dalam proses pencarian tu,adik aku yang aku ejek style rambut ala thambi chandramuki tu jugak la yang tolong aku dengan lampu suluh spot light berkuasa tinggi bersungguh-sungguh dia tolong aku padahal selama ni aku selalu marah-marah dia.Cubit dia.Pijak kaki dia.Rasa menyesal babe..rasa menyesal dude..Akhirnya subang itu telah dijumpai.Mungkin berkat rasa insaf aku.
Aku sayang kau Rashid.Mintak maaf selama ni garang dengan kau.Kadang-kadang bila kau tidur aku suka kacau kau,calit bedak kat muka kau,telengkup kuali  ,tutup lampu bilik air masa kau mandi..dan macam-macam lagi aku buat.Lepas ni jarang-jarang aku dapat kacau kau lagi. Aku sibuk di kampus.
Aku mintak angah coklat malangnya angah tak bagi tiba-tiba muncul Rashid.
"nah amik lah coklat aku"
"ko tak makan coklat ke?"-aku
"aku makan tapi coklat aku banyak, nah amiklah satu"-Rashid.


Sunday, February 12, 2012

HIDUP SEPERTI LAMPU ISYARAT..KADANG MERAH KADANG HIJAU NAMUN PERJALANAN PERLU DITERUSKAN



HIDUP SEPERTI LAMPU ISYARAT..KADANG MERAH KADANG HIJAU NAMUN PERJALANAN PERLU DITERUSKAN..



MEREPEK DISEBALIK MEREPEK
Sometimes I couldn’t realized my mistake until someone realized it for me or I realized it by myself,. burning question,bolehkah seseorang itu menyedari kesilapan mereka sendiri ?..hah..aku dah sedar yang aku buat silap bulan ni..adakah tidak mengupdate blog selama sebulan tolak seminggu sama dengan 3 minggu satu kesilapan?-merepek pertama.

Adakah engkorang tengah garu kepala macam aku sekarang cuba untuk memahami apa yang hendak disampaikan tapi tak berdaya..apa lagi aku nak taip erk,(termenung melengung..soalan untuk diri sendiri) okey,aku taip pasal bulan lah .








Aku suka melihat bulan meskipun bulan tak mahu melihat aku..tapi aku aneh,kenapa setiap kali aku melihat bulan,bulan pasti melihat aku juga..dan walaupun aku tak pandang bulan,bulan pasti pandang aku.Aku perlukan bulan buat cahaya kala gelita..tanpa lampu kita pasti perlukan bulan,tanpa lilin kita juga pasti perlukan bulan..apa pendapat korang ? korang mesti kata apalah yang minah ni merepek main taip je apa yang dia rasa nak taip..sekarang dah jarang update blog pasal aku/saya/ana/gua/I dah start blajo, dah mula kelas menghadap  para prof dan dr yang err...huh..mereka baik sebenarnya.-merepek kedua.

Maaf sebab lama tak terjah laman coretan kalian yang banyak pengisian nurani dan jasmani (bodek)..maaf ? mudahnya ungkapan maaf diungkapkan..sekali lagi maaf kepada arjuna dan arjuni..arjuni ? bukak kamus dewan cari maksud arjuni..entah wujud ke tidak perkataan arjuni tu..-merepek ketiga.

Tahukah anda disebalik merepek-merepek ini tersirat suatu perkara yang hanya calang-calang orang boleh detect,hanya orang tertentu je.Adakah anda orangnya?mampukah anda hidup tanpa bulan?-merepek keempat.

Siapa nak buat merepek kelima? Silakan..aku dah tak tahu nak merepek apa lagi.

p/s : aku dapat roomate dengan international student yg tak tahu berbahasa melayu..yang suka ketawa walaupun baca novel seorang diri dan sama sekali tidak sombong...alhamdulillah roommate aku ok..ternyata budak-budak international mmg tak sombong macam segelintir orang kita yang bila kita senyum dia buat dek macam nak kena baling kerusi plastik kalau nak kejam lagi baling sofa.Nak balas senyuman orang bukannya kena bayar pun.

waktu orang lain berkejar-kejar untuk sesi add drop subject,aku sempat lagi capture image ni,baru aku sedar
hidup juga sama seperti kepulan awan yang bergerak mengikut angin...terkadang bila kepulan awan itu penuh dengan bebanan panas matahari yg memancar ke tasik,sungai,lautan, ianya akan menjadi panas maka terhasil wap menjadi sang awan yang semakin berat dan akhirnya akan menitiskan butiran...titisan demi titisan mutiara hujan sama seperti emosi manusia..-Koshikuyanie,uiam Gombak.

Wednesday, January 18, 2012

AWAS KAUM ADAM : INI ADALAH CARA MENGAYAT YANG KURANG SESUAI UNTUK KAUM HAWA


Assalamualaikum kalian,kali ini patik..patik? ingin berkongsi sesuatu  :

Semalam,semalam,semalam
Bukan hari terang
Cahaya bulan  rasa kelam
Hati rasa berang
Inilah namanya malam
Malam tanpa sinaran garang.
Mendapat kiriman salam.

Kiriman salam semalam menjadi  sejarah
Esok menjadi misteri
Dari anak sultan digelar tuanku
Hati ketawa hilang amarah
Wahai saudara dan saudari
Anak raja ini mencuit qalbuku.

Anak raja mana ini? siapa gerangannya?
Inilah anak rajanya..rasa kelakor pulak dengan gaya bahasanya…keh..keh..keh..=_=`

terlebih puitis menjadi dramatik
dan akhirnya menjadi sarkastik
yang kelihatan seperti plastik

awas kaum Adam : ini adalah cara mengayat yang kurang sesuai untuk kaum Hawa


Erkk...



Ayuh dayang-dayang siapkan kamar putera mahkota,
Lekas-lekas tuanku mahu beradu memejam mata.
 -Sekian



Sinaran rembulan yang indah 


p/s :Adakah tuanku akan murka...adakah..apakah..kena..hukum pancung..buang negeri..baiklah merepek di sini.Hey lamanya tak update blog ni.Baru ku sedar..

Friday, January 6, 2012

KUALA LUMPUR BANDAR BARAN : BANYAK GELANDANGAN TIADA BERUMAH.





KUALA LUMPUR BANDAR METROPOLITAN
TEMPAT MANUSIA MENCARI REZEKI
ADA KEBAIKAN ADA KEJAHATAN
SEHARI-HARI MENABUR BAKTI
MANUSIA RAMAI SEPARUH LAUTAN

KUALA LUMPUR BANDAR  MAJU
KEMUDAHAN AWAM SERATA TEMPAT
BAS,TEKSI,KERATAPI LAJU
WALAUPUN TIBA WAKTU TAK TEPAT
KITA MASIH TERUS MENUJU

KUALA LUMPUR BANDAR BARAN
KERANA MANUSIA PUNYA ANGKARA
WALAUPUN TELAH DI BERI AMARAN
MEREKA BERANI IBARAT BARA
TERUS-TERUSAN LAKSANA PENCEMARAN


KUALA LUMPUR..SEGALANYA TENTANG KUALA LUMPUR.BANDAR YANG MAKIN PESAT MEMBANGUN.BANYAK JUGA GELANDANGAN TIADA BERUMAH DI KUALA LUMPUR.WARGA KOTA KUALA LUMPUR NEGATIF?MEREKA MENGAMALKAN GAYA HIDUP SOSIAL?KALAU DI KAMPUNG PUKUL 9 JALAN SUNYI SEPI BERLAINAN DENGAN KUALA LUMPUR ,BANDAR INI MASIH RANCAK MESKIPUN SAMPAI KE HENING PAGI..BERBALIK KEPADA ISU NEGATIF WARGA KOTA KUALA LUMPUR, BUKAN SEMUA BEGITU.BANYAK JUGA WARGA LUAR YANG BERHIJRAH MENDAFTAR MENJADI WARGA KUALA LUMPUR.RATA-RATANYA ANAK MUDA.

MERANTAU MENCARI PENGALAMAN .
KELUAR DARI DESA MENYAMBUNG PELAJARAN.

ADA YANG BAGUS ADA YANG TIDAK.YANG BAGUS TAHNIAH DAN TERUS MAJU JAYA.YANG MENDAPAT "KEJUTAN BUDAYA" HARAP TIDAK LUPA DIRI.TERUTAMA ANAK MUDA MELAYU.DATANG KE KUALA LUMPUR TERUS MENEGUK ARAK.DARIPADA BERSOPAN-SANTUN TERUS-TERUSAN MENJADI LIAR MENONGKAH ARUS KEHIDUPAN.TAK KIRALAH ANAK MUDA TIDAK BERPELAJARAN MAHUPUN MAHASISWA DAN MAHASISWI MAAF UNTUK "DIPERKATAKAN-KATAKAN".ANAK MUDA MEMANG MUDAH TERPENGARUH.JAGA DIRI DI KUALA LUMPUR.-SEKIAN.



p/s: Adakah kehidupan di Taipei juga begini.


Saturday, December 31, 2011

AKU NAK CELEBRATE NEW YEAR KAT DISKO ?: APA PENDAPAT BLOGGER SETELAH MELIHAT GAMBAR INI ?

DI SEBALIK WAJAH-WAJAH INI ADA NAMPAK KELIBAT HANTU TAK ? DI SEBALIK WAJAH-WAJAH INI APA YANG KALIAN LIHAT ?  


PENJELASAN BERUNSUR KEMACHOAN :
GUA CILOK GAMBAR INI DARI ADIK GUA.ENTAH KENAPA GUA RASA ADA YANG ISTIMEWA DALAM GAMBAR NI..CUMA GUA TAK DAPAT NAK JELASKAN APA YANG ISTIMEWANYA..MUNGKIN LU ORANG DAPAT MEMBANTU GUA CUBA UNTUK MENTAFSIR GAMBAR INI.


PENJELASAN BERUNSUR KELEMBUTAN :
SAYA MENGAMBIL GAMBAR INI DARI ADIK SAYA.ENTAH KENAPA SAYA RASA ADA YANG ISTIMEWA DALAM GAMBAR NI..CUMA IANYA SUKAR UNTUK DI TAFSIRKAN.MUNGKIN KALIAN BOLEH MENCUBA UNTUK MENTAFSIR GAMBAR INI.


OH YA! 2012 BAKAL MENJELMA DAN INI ADALAH ENTRI PENUTUP BAGI TAHUN 2011.SEMOGA TAHUN-TAHUN LEPAS DI JADIKAN PEDOMAN DAN PENGAJARAN UNTUK TAHUN-TAHUN AKAN DATANG.SELAMAT TAHUN BARU KEPADA BLOGGERS DAN PEMBACA SEMUA.SEMAKIN MENINGKAT TAHUN SEBENARNYA SEMAKIN DEKAT KITA DENGAN KEMATIAN..JADI INGATLAH SESIAPA YANG MERANCANG UNTUK MELAKUKAN KEMUNGKARAN PADA AMBANG TAHUN BARU.SEKALI LAGI SAYA UCAPKAN SELAMAT TAHUN 2012.PHEWWIIT ! JUMPA KAT DISKO NANTI !


Tuesday, December 27, 2011

AKU TAK NAK JADI KELDAI DADAH.BUKAN KERANA AKU BERSIKAP PERKAUMAN

IKUTI PERBUALAN PANAS ANTARA ADIK CUN DAN AWANG HITAM
AH : DIK,TOLONG JUAL DADAH BOLEH ?
AC : TOLONG JUAL DADIH BOLEH LA.DADAH TAK MAU.
AH : BAYARAN LUMAYAN DIK.BOLEH PEGI PARIS. 
AC : PEGI PARIS? PEGI MEKAH BOLEH?
AH : ERR..PEGI MEXICO BOLEH?
AC : TAK NAK ! NAK PEGI MEKAH.
AH : KAU NAK PEGI MEKAH DENGAN HASIL JUAL DADAH?
AC : BUKAN...BRAPA KALI NAK HABAQ,TAK NAK JUAL DADAH..NAK JUAL DADIH..



Assalamualaikum,


p/s: akhirnya cita-cita gua nak jadi Superman tercapai dan baru gua perasan yang muka gua dengan clark kent ada iras-iras.Ada jugak dikalangan rakan-rakan gua yang baru perasan yang gua dah tukar jantina.Ada jugak yang tak perasan.Tapi gua rasa tukar jantina dalam fb tak salah kowt..sebab tak memerlukan pembedahan plastik.Lagi pun tukar jantina dalam fb kos dia tak mahal.Boleh la lepas ni gua nak ngorat awek-awek fb cun dengan muka yang macho.-sekian..

Eh ade lagi...

FAIL JENAYAH : FACEBOOK 
Lepas gua tukar jadi kent clark,.gua bukak la friend request dengan harapan clark kent sebenar add gua..Ya,memang gua mengaku ada clark kent add gua.Cuma namanya berbeza ala-ala Jepun dan rupa yang sama.Gua begitu teruja dan approve..Setelah approve maka terungkailah segalanya.Keterujaan gua semakin bertambah..wahh..rupa-rupanya clark kent itu adalah
“Awe Hite”/”Awang Hitam yang pemes dengan kegiatan haram jadah dadah marabahaya.Gua harap tak ada awe hite yang terasa dengan entry gua.Buat awang hitam yang faham bahasa melayu,,gua mintak maap okay.Gua terus ke ayat report/blocked person..dan blocked itu clark kent.Bukannya gua bersikap perkauman..kerana dia hitam dan gua putih.Cuma gua takut dengan apa yang gua dengar dan apa yang gua lihat dengan isu semasa sekarang.. gua tak nak jadi Keldai dadah..penjual dadah..dadih tu boleh lagi la..kalau ada sesape nak gua tolong jual dadih,gua boleh tolong..

itulah kata orang melayu 

“kerana nila setitil rosak susu sebelanga”


GAMBAQ AKU TAK DAK KAT SITU TOKSAH CARI
DRUG IS NOT YOUR LOVE.TAK DAK DUIT
NAK KAWIN JANGAN JUAL DADAH

p/s kali kedua : gua akan membalas jejak lu orang serta komen nanti.Sebab sekarang gua sibuk jual dadih..-sekian buat kali kedua.wahaha..chiau !

Thursday, December 15, 2011

TAK MUNGKIN AKU KENA SANTAU ANGIN

SETIAP GAMBARAN LEPAS YANG AKU NAMPAK ITU TERAKAM DALAM MEMORI

10:00 pagi = Mak aku dengan semangat waja tentera bergajah mengajak aku dan segomboralan budak-budak nakal pegi jalan TAR.Misi utama singgah ke kedai Bata mencari kasut sekolah B-First.Al-maklumla sekolah kan lagi berapa minggu nak bukak.Pegi lambat-lambat lagi ramai manusia tak ke pening.Yang tu nak try kasut,yang ni nak try kasut.yang tu menangis nak kasut tapak biru,yang ni menangis nak kasut tapak merah.*salah sorang adik aku.

11:00 pagi = Bertolak dari rumah.Abah hantar kami dan meninggalkan kami di jalan TAR.Dia memberhentikan kami di depan KAMDAR MEMANG BERBALOI.Sambil memesan
“kalau dah selesai beli semua ,telefon Abah”
Sesampai sahaja di depan KAMDAR MEMANG BERBALOI misi utama kami bertukar menjadi MARI MENUJU KE JAKEL PUSAT JUALAN KAIN
(arah mak aku ala-ala iklan Pakistan hidung mancung)

Rupanya mak aku juga ada misi tersendiri,mencari kain langsir untuk raya tahun depan*awal gila mak aku beli,pasal kat Jakel sekarang buat promosi akhir tahun kalau beli time nak Raya pasti ramai orang macam lalat menghurung makanan tak ke pening.Buat puan-puan pergi la ke JAKEL sekarang sebab promosi memang gila-gila.Masa tengah tengok2 kain dekat tingkat bawah dengar bunyi siren bomba,semua org jakun keluar tgk.Mungkin ada kedai emas yang terbakar aku pun tak tahu,mungkin jugak ada org terkepit celah tayar eksiden sebab tu bomba datang.Pelbagai kemungkinan.

12:00 tghri = keluar dari JAKEL sambil mengheret beg plastik JAKEL besar berisi kain langsir di tambah pula dengan 3 pasang kain ianya agak berat untuk di heret ke sana ke mari.Singgah kedai bunga telur sebelah kedai JAKEL,tengok-tengok je lambat lagi nak kahwin.

12:15 tghri = meneruskan perjalanan ke kedai kasut Bata.Semasa sedang berjalan mata aku memerhatikan kelibat sindiket anak-anak Yatim yang jual buku Yasin.Sesekali mata aku melirik ke arah selendang yang tergantung.Cantik-cantik coraknya.Mata aku mula bersinar dan automatic niat di hati terpasang.Aku mesti membelinya nanti.Melintas jalan yang sibuk.Mak aku pegang tangan adik aku.Aku pegang tangan?tangan beg plastik.

12.45 tghri = Masih lagi berada di dalam kedai Bata.

12.50 = dah keluar dari kedai.sekali lagi melintas jalan yang sesak.Orang ramai keluar lunch melintasi jalan.Masa tunggu lampu isyarat bertukar merah tunggu kat bawah pokok.Adik aku pesan,
“hati-hati kak nanti ada gagak berak”.Lalu kat depan KAMDAR,hati aku menjadi sayu melihat dua orang buta yang sudah tua dan tidak mampu berbuat apa-apa.Sedih aku tengok sebab pakcik tu duduk bawah manakala org pulak ramai lalu lalang hampir nak langgar dia,Ada yang melangkah sedikit kaki pak cik buta yang terlunjur tu.Aku nampak semua tu.Mak aku tengok muka aku.Rasanya dia sudah tahu apa terbuku dalam hati aku.Dompet dibuka not duit dikeluarkan lalu dihulurkan kepada mereka berdua.

1.15 tghri = Mak aku tinggalkan aku memilih selendang yang berkenan di hati.Aku memilih selendang sambil di hasut-hasut Pakistani.Kedai di barisan tepi menjadi pilihan aku.Ada Mat Saleh nak beli Pashmina berharga RM10 tapi jurujual tu kata “THIS IS RM20” aku mengerutkan dahi.ceh! Dengan pelancong pun korang nak kencing.Ingat dorang bo**h ke?
last-last Mat Saleh tu blah tak beli.Padan muka.


LAIN KALI BERSIKAPLAH LEBIK TAMAK LAGI



Pakistani terus menghasut aku.









“kakak beli ini corak baru cantik,kakak pun cantik” hah! Dia panggil aku kakak atau mungkin aku yang nampak tua.Tapi aku rasa dia lagi tua.Akhirnya dia Berjaya menghasut aku membeli 6 helai selendang walaupun panggil aku kakak mungkin sebab dia tambah perkataan cantik kowt.Dari jauh aku lihat mak aku melambai tangan dari kedai seberang.Kiri Kanan tengok jalan baru lintas.Sampai-sampai mak aku tak dak.Yang ada adik-adik aku.Aku tanya
“mana mama?” adik aku hanya menunjukkan lori cendol berwarna putih.Rupa-rupanya mak aku beli cendol bukan lori cendol.


CONTOH LORI CENDOL


Cendol sekarang bukan RM1,RM1.50 tapi RM 2.00.Dan…waktu itulah..,aku tiba-tiba rasa nak muntah,pening kepala,sakit perut,pandangan mata aku dah bertompok-tompok hitam bila pandang orang lalu lalang.Sumpah aku rasa nak pengsan.Aku yang cergas menjadi lemah.Mak aku sampai kat aku.Dia tengok aku dah memberi isyarat yang aku akan muntah.Muka aku tukar jadi merah.Adik aku pulak mulut puaka kata aku dah kena santau( ni semua pengaruh KUSALMI mak mertua DHiA)

SANTAU!

,Terus aku tak jadi muntah.Mak aku call abah aku meskipun barang-barang sekolah masih belum lengkap.Abah aku pulak kata dia nak datang jemput boleh tapi lambat sikit.Mak aku dah risau tengok aku yang tiba-tiba jadi zombie merah.Teksi yang lalu terus di tahan,lastly kami balik dengan teksi.

PUNCA aku jadi begitu bukan sebab kena santau tapi aku tak sarapan pagi.Aku hanya minum 2 cawan teh.Itulah kata orang sarapan pagi tu penting.Ambil sedikit pun jadilah.Habis spoil mood tarzan-tarzan aku.Kalau tak kerana aku mesti kami balik lewat dan bersuka ria hingga ke petang.Terima kasih bagi yang sudi meluangkan masa membaca sampai habis.Buang yang keruh ambil yang jernih =)

Friday, November 25, 2011

HAMBAMU INI HAMPIR PUTUS NAFAS


Ya Allah,saya hampir putus nafas.Bagi sesiapa yang hampir putus nafas teruskan bernafas begitu jugak la dengan saya.Saya akan terus bernafas selagi saya bernafas.Manusia akan mati tanpa nafas.Oleh itu, manusia-manusia yang saya kasihi sekalian jangan biarkan nafas anda berhenti melainkan takdir menentukan nafas anda untuk berhenti.Sekarang ini saya bernafas menggunakan saluran sebelah kiri saja.ianya semakin kronik apabila saluran sebelah kanan tak boleh pakai akibat tersumbat dengan cendol hijau yakni selsema.


yang penting ni bukan hinguih aku



Susah dan tak selesa bernafas itulah situasi saya sekarang di tambah pula dengan 
kepulan asap rokok+asap kenderaan-asap kentut(tak nampak kepulan)=nafas aku semakin terhenti.
Di sini aku berbesar hati,usus dan paru-paru nak bagi nasihat buat pemandu dan penumpang yang nak kena pelempang dilarang merokok dan melepaskan ..


di dalam kenderaan..-sekian terima kasihan aku.

KAMEK MINTA MAAF PENGGUNAAN BAHASA BERCAMPUR SAYA DAN AKU

JEJAK LU ORANG