Showing posts with label sayang. Show all posts
Showing posts with label sayang. Show all posts

Sunday, February 10, 2013

KASIH SAYANG TERSEMBUNYI

MINTA PERTOLONGAN RAKAN-RAKAN
KALAU TERJUMPA ADIK SAYA INI SILA HUBUNGI DI TALIAN 03-8323 1000 ATAU 03-9221 7222 ATAU  E-MAILKAN LOKASI ANDA DI VIOLET_CHUNKT@YAHOO.COM.

NAMA :  RASHID not the kpop fan
TINGGI : 150 CM
UMUR : 11 TAHUN
WARNA KULIT : GELAP MANIS
PERWATAKAN : NORMAL KADANG-KADANG GILA



KISAH POTATOES YANG RANGUP
 Ini kisah lama.. baru nak terbit,
Masa dalam perjalanan balik Taiping aku ada ejek adik aku..

"style rambut kau macam thambi"

padahal adik aku memang suka gila dengan style rambut raya dia yg berjambul kat depan tu.
Sekali dia bawak keluar potato chips sebalang yang dia beli dengan harga RM4 lebih kat stesen minyak,maka terbau lah satu kereta dan aku pulak memang suka potato-potato ni.*gila kentang !
 Aku pulak duduk sebelah dia..Maka bersuara lah aku..

"hmm..sedapnya bau,nak satu (siap menghulurkan tangan ,menadah mengharapkan sekeping chip tu sampai ke tapak tangan aku sambil terkebil2 kelopak mata,)"

Maka bersuara lah juga adik aku,

"tak boleh,tadi kau kata rambut aku macam thambi,"

(bunyik cengkerik)

"tak boleh? tak pe lah.." bunyi nada merajuk aku.

Maka kempunan lah aku .

"nah lah..amik la .." suara adik aku memujuk aku yang sedang merajuk "tipu".

"takpe lah,"----> aku sambil buat muka merajuk "tipu".

Mulai dari saat tu ,masa tu kat highway tapah, setiap 30 minit adik aku akan hulurkan balang potato dia dan harap aku terima pemberian potato tapi aku buat bodoh dengan muka merajuk "tipu" aku.

Dalam 5 kali dia pujuk aku setiap jam tiada mengenal erti putus asa,

"amik lah.."
"amik lah.."

"amik lah.."
"amik lah.."

"amik lah.."
"amik lah.."


sampai lah esok harinya.Akhirnya aku makan jugak potatoes tu.


                ****************************************************


SUBANG EMAS 316 HILANG

Kejadian berlaku malam hari, aku rasa telinga aku sakit.Maka subang yang terpasang kat telinga ni aku cabut buang dan letak atas meja jepun lipat  yang terletak dalam bilik sebelah katil.Kemudian aku ke ruang tamu tengok tv.Aku lupa terus pasal subang yang aku cabut tu. Esok pagi bangun-bangun tidur baru aku teringat yang kat telinga aku dah takde subang.Aku cari balik subang tu. Malangnya meja jepun dah berlipat dan tersimpan rapi. Persoalannya di manakah hilangnya subang itu ? gulp..-_-" *subang tu pemberian mak aku... dan aku sangat menghargai pemberian dari orang tersayang tapi aku lalai dan aku cuai

Aku tanya si tukang lipat meja,

"angah, lipat meja eh semalam ? nampak subang  ?"

"ada subang ke, tak nampak pun.." kata si Angah.


bertendang ! bertendang ! bertendang ! bertenang..

subang aku dah hilang warrgghh..aku berusaha bertungkus lumus cari subang tu,angkat karpet
selak tu selak ni check bawah katil amik penyapu sapu dengan harapan jumpa balik subang tu..hampa..tiada..
dalam proses pencarian tu,adik aku yang aku ejek style rambut ala thambi chandramuki tu jugak la yang tolong aku dengan lampu suluh spot light berkuasa tinggi bersungguh-sungguh dia tolong aku padahal selama ni aku selalu marah-marah dia.Cubit dia.Pijak kaki dia.Rasa menyesal babe..rasa menyesal dude..Akhirnya subang itu telah dijumpai.Mungkin berkat rasa insaf aku.
Aku sayang kau Rashid.Mintak maaf selama ni garang dengan kau.Kadang-kadang bila kau tidur aku suka kacau kau,calit bedak kat muka kau,telengkup kuali  ,tutup lampu bilik air masa kau mandi..dan macam-macam lagi aku buat.Lepas ni jarang-jarang aku dapat kacau kau lagi. Aku sibuk di kampus.
Aku mintak angah coklat malangnya angah tak bagi tiba-tiba muncul Rashid.
"nah amik lah coklat aku"
"ko tak makan coklat ke?"-aku
"aku makan tapi coklat aku banyak, nah amiklah satu"-Rashid.


Tuesday, February 28, 2012

Meskipun guguran kelopak bunga yang kelihatan adalah sekadar bunga kemboja merah yang sinonim dengan bunga "kubur" ia tetap bunga ciptaan indah dan ia perlu dihargai meski bunga tahi ayam sekali pun hargailah.-Koshikuyanie.



Assalamualaikum,masa aku pulang dari kelas bersama seorang kawan ,lokasinya di Mahallah Asiah,aku melihat sesuatu  yang bagi aku mempunyai makna tersirat.Guguran kelopak merah yang berteraburan di atas tanah, ia menghentikan langkahku yang laju.Aku berhenti dan aku perhati seraya berfikir adakah kehidupan aku juga akan menjadi seperti kelopak merah itu.Yang dipijak oleh manusia yang tidak tahu menghargai.Kenapa kelopak bunga itu gugur? persoalan ini berlingkar dalam kotak fikiranku,mungkin ianya rapuh ditiup sang angin yang membadai.Mungkin juga ada yang iri hati dengan kesempurnaannya lantas sengaja memetik. Membiarkan kelopaknya berguguran.Pelbagai kemungkinan.Kalau ikutkan hati ingin sahaja aku mencantumkan kelopaknya kembali agar ia menjadi sempurna ditatap umum dengan senyuman terkadang bunga yang cantik bersama kelopak yang sempurna disisinya juga bisa menjadi penawar bagi mereka yang berduka,mereka yang dikuasai amarah.Tetapi apakan daya aku tidak bisa mencantumkannya kembali.Mana mungkin kelopak yang sudah terpisah dari bunganya bisa bercantum kembali.Pakai gam? hilanglah keasliannya.Kesimpulannya,cubalah untuk menghargai bunga yang masih kekal pada akarnya jangan cuba untuk memetik jika berniat mahu membuang.Meskipun guguran kelopak bunga yang aku lihat adalah sekadar bunga kemboja merah yang sinonim dengan bunga "kubur" ia tetap bunga ciptaan indah dan ia perlu dihargai meski bunga tahi ayam sekali pun hargailah.-Koshikuyanie. 


ini adalah buku THE MISSING ROSE,MAWAR YANG HILANG,dari bulan lepas aku mencari buku ni tapi tak jumpa.Mungkin edisinya limited di Malaysia.Sekarang aku cuba menghabiskan buku karya Andrea Hirata.Buku yang bagi aku mempunyai pelbagai unsur sedih,gembira,suka,duka dan bahasa yang harmoni -sekian.
 
Fakta : Bunga plastik tak akan pernah layu.Tapi ia tidak asli.

p/s: agak-agak pernah tak seseorang yang pada hari ulang tahun perkahwinan mereka menghadiahkan pasangan mereka bunga plastik?

Wednesday, November 30, 2011

RIWAYAT HIDUP GUNTING TIDAK BERAKHIR DALAM TONG SAMPAH SEPERTI KEBIASAAN YANG MANUSIA LAKUKAN

Apa ke hey tajuk entri ni ==`..awas! kepada adik-adik sekolah rendah yang nak cari contoh karangan


Riwayat hidup gunting tidak berakhir dalam tong sampah.Adakah ianya sayu bagi anda? mungkin tidak kerana bukan semua orang berperasaan seperti aku. Apa yang aku fikir tak sama dengan apa yang mereka fikir.
Tahukah anda apa itu patah tumbuh hilang berganti atau patah tak tumbuh hilang tak berganti?
Aku selalu positifkan minda aku mungkin sesuatu yang hilang itu bukan milik aku..bukan hak aku..maka aku lepaskan ia pergi tanpa mengugurkan setitis pun air mata.*drama melayu lebih.
Semua perkara dan tragedi telah diaturkan Tuhan sudah tentulah apa yang diaturkan itu terbaik buat kita.Jika semalam aku kehilangan suatu impian yang bagi aku sangat berharga tetapi hari ini aku berjumpa dengan 70 kali ganda lebih baik dari impian aku yang semalam.Tetapi belum tentu impian yang aku jumpa hari ini akan kekal,mungkin esok ia akan hilang dan impian yang lama serba kekurangan itu akan muncul kembali..persoalannya sekarang aku tidak mampu lagi untuk menerima impian lama yang sudah bercambah yang sudah usang .Tapi aku berusaha untuk menerimanya kembali.Segala cacat cela yang hadir dalam dirinya aku cuba perbaiki satu persatu.Kata orang habis madu sepah dibuang tapi bukan bagi aku.Bagi aku madu itu tetap akan ada.

Gunting..sinonim dengan bahaya..kau selalu hadir di waktu aku memerlukan kau..senang atau susah kau tetap ada.Aku tak faham kenapa orang lain sering memburukkan diri kau.


“kau jangan dekat dengan dia,dia tu gunting dalam selimut”…
“kau dah tahu mulut dia tu tajam macam gunting kenapa kawan dengan dia?

Kenapa mesti gunting yang menjadi kiasan mereka.Sedangkan gunting yang banyak menolong kita.Sedar atau tidak sedar gunting sebenarnya banyak berjasa dalam kehidupan kita,

--dalam pembedahan
--pembikinan masakan
--rambut
--menghasilkan hasil seni
--dan banyak lagi(apa lagi?)

Pemegang gunting aku patah tetapi aku masih berdegil menggunakannya agar peranannya terus berjalan.Aku gembira gunting pun gembira.Tidaklah riwayatnya berakhir ke dalam Tong Sampah.  
Aku pernah kehilangan gunting yang menemani aku sejak zaman tadika,gunting yang banyak menyimpan kenangan..kerana gunting tu aku telah "tergunting" pergelangan baju tadika kawan sebelah aku.



JEJAK LU ORANG