Showing posts with label STORRY. Show all posts
Showing posts with label STORRY. Show all posts

Friday, November 11, 2011

SAMAD DARI RAMPING KE BUNCIT BACA MESSAGE BERGAMBAR INI !

ERKK? SAMAD JADI BUNCIT KE..TAKKAN LA BACA MESSAGE PUN BOLEH JADI BUNCIT..MESSAGE APA YANG SAMAD BACA?MESSAGE YANG ADA UNSUR SIHIR KE?


Assalamualaikum,,entri kali ini masih lagi bersangkut dengan entri yang lepas.Kali ini aku tertarik untuk menjawab persoalan yang diajukan oleh mushroomCute komen beliau :



Persoalannya APA LAGI ?? INI DIA...




AKU TAHU..SEMUA BLOGGER HAVE A STRONG MIND kan3..tak macam Samad  =D .
P/S: BAGI AKU TAK SALAH KALAU NAK GUNA AYAT COMEL TU SIKIT-SIKIT ..TAPI KALAU DAH SAMPAI PERENGGAN PERTAMA HINGGA PERENGGAN AKHIR PENUH GUNA AYAT COMEL TU....AKU PUN FENIN AL- LALAT.NANTI AKU TERJAH ENTRY KORANG PASAL AKU TENGAH FENIN DENGAN SUKAN SEA NI.MALAYSIA BOLEH ! INDONESIA BISA ! BRUNEI BOLEH ! SINGAPURA BOLEH ! CAMBODIA BOLEH !*ada yang aku tertinggal- sekian laporan pembukaan rasmi dari Fadh Leyanie .

Thursday, August 11, 2011

TANGAN YANG SUATU KETIKA DAHULU PERNAH MENCORET SEBUAH LUKISAN YANG LANTAS MENGGEMBIRAKAN HATI SEORANG GADIS TELAH HANCUR DI GILIS TRELER

Kalau anda pembaca prihatin..hayati kisah ini sampai habis..-tiada paksaan..


Kisah yang berlaku 2 tahun lepas akan kekal dalam memori si gadis,,bukan seperti kebiasaan..walaupun hari menunjukkan cuaca yang kurang baik..si gadis tetap dengan niat di hatinya..niat untuk menempah hadiah hari ibu di Pasar Seni..si gadis inginkan kelainan pemberian hadiah untuk ibunya pada tahun itu.,si gadis ingin menempah sebuah kepingan kayu berserta ucapan hari ibu dan gambar ibunya pada kepingan itu..pada hari itu..hari di mana si gadis ingin melaksanakan niatnya..hatinya terasa indah entah mengapa..hari itu hari Selasa bersamaan 5 Mei 2009.Si gadis masih sabar menanti loceng sekolahnya berbunyi tanda semua pelajar di benarkan pulang…si gadis duduk di suatu sudut di dalam kelasnya sambil memandang ke langit..redup sekali seperti sang hujan akan menyembah bumi..namun niat di hatinya tetap kekal..
"walau apa pun terjadi  ,,aku tetap akan ke tempat itu” bisik hati si gadis.
Loceng sekolah pun berbunyi…berangkat lah si gadis ke arah perhentian bas dan menanti satu satunya bas awam di situ..seperti jangkaan si gadis pada awalnya..redup itu menandakan hujan yang akan mnyembah bumi..maka turun lah sang hujan membasahi mereka di perhentian bas itu,,perhentian bas tidak mampu menampung bilangan pelajar yang terlalu ramai..seperti kebiasaan juga adengan tolak-menolak berlaku semasa mereka menaiki bas Rapid,,Si gadis mengumpulkan kekuatannya untuk menaiki bas tersebut agar cepat sampai ke lokasi yang sering bermain di fikirannya sejak semalam .
"aku kena cepat,,esok aku dah tak ada masa lagi” bisik hatinya lagi.sesampai sahaja di Pasar Seni.
 si gadis terus menuju kearah  kedai itu..si gadis terasa dirinya perhatikan seseorang ..entah siapa..si gadis membiarkan perasaan itu.
"akak,saya nak tempah yang bentuk hati ni,ni gambar mak saya dan ini ucapannya” kata si gadis terhadap peniaga itu.
"okey,,adik nak ambil tempahan ni harini jugak ke?”Tanya peniaga sambil terukir senyuman di wajahnya.
"kalau saya nak ambil harini jugak berapa lama ye kene tunggu?” Tanya si gadis kembali,
"akak tengah buat satu tempahan ni,dah nak siap pun,lepas ni boleh sambung adik punya pulak ada la dalam 30 minit adik kene tunggu”jawab si peniaga.
“kalau macamtu saya ambik hari jugak la kak,saya tunggu”kata si gadis sambil tersenyum..siapa sangka senyuman itu jugak telah menjadi sebuah lukisan.
"eh,tak kan adik nak tunggu sini 30 minit kot,,jalan2 la tempat lain dulu,pastu singgah sini balik” kata peniaga sambil membaca ucapan yang di beri si gadis.
"eh,,tak pe la kak,,kalau ada kawan meneman dah lama sy merayap ke  tempat lain,sy takut tengok rakyat asing ramai sangat melepak kat sini..sy tunggu sini je lah.”jawab si gadis .
Maka..30 minit lah si gadis setia menanti tempahan istimewa untuk ibunya..dia mengeluarkan sebuah novel untuk menghilangkan rasa kebosanan..sekali sekala dia juga menyapa peniaga itu..maka,30 minit juga telah berlalu,,
“ok adik,,ni dah siap adik punya..puas hati tak?kalau tak puas hati akak nak bagi lawa lagi”Tanya si peniaga yang ramah itu.
“cantik,,sy suka..ok kak terima kasih,sy beli ye.”jawab si gadis tersenyum gembira lantas meninggalkan kedai itu…sekali lagi dia terasa dirinya di perhatikan .
Beberapa hari kemudian..
Hari ibu pun berlalu,,hadiah itu telah selamat sampai ke tangan ibunya.Pada waktu ketiadaan guru di  kelasnya 2 orang kawan menyapa si gadis
"nak tanya,,berapa kau kena bayar untuk sekeping potret?”
“potret?maaf aku tak faham maksud korang..”jawab si gadis.
“semalam ,,ktorang jalan-jalan kat pasar seni ,,Nampak potret kau”jawab kawan si gadis.
“maksud kau..wajah aku?”seribu pertanyaan bermain di jiwa si gadis,apakah itu hanya wajah pelanduk dua serupanya.
Lantas untuk mendapatkan kepastiaan si gadis ke tempat itu ,,tempat di mana wajahnya di pamerkan..sekali dia melangkah kaki ke Pasar Seni..ternyata memang benar kata rakan-rakannya..itu adalah potret si gadis..si gadis berasa sedikit kaget dan kagum terhadap lukisan itu..begitu indah..
Tanpa keraguan si gadis bertanyakan tentang lukisan tersebut 
“boleh saya tahu siapa pelukis potret ni?”
“owh..potret awak tu kan,,potret tu kawan saya ..maksud saya Adnan yang lukis”kata pelukis itu.
“Adnan..apakah dia Adnan yang aku kenali..ah tak mungkin,,Adnan dah lama pergi” bisik kecil hati si gadis.
“emm,mana Adnan?boleh sy jumpa dengan dia?”Tanya si gadis,hatinya terdetik untuk melihat pelukis potretnya itu.
“cik,Adnan baru je balik tadi..dari pagi dia kat sini.”jawab pelukis itu lagi.
“kalau macam tu saya nak beli lukisan ni,berapa harganya?”Tanya si gadis..dia telah jatuh hati pada seni halus itu..
“eh..eh..cik nak lukisan ni cik boleh ambik,,free..Adnan pesan gitu,katanya kalau pemilik wajah potret ni datang  dia bagi percuma” jawab pelukis sambil mngulungkan potret si gadis.
“bila encik Adnan ada kat sini?”Tanya si gadis lagi.
“tak payah la nak berencik dengan dia,geli bulu hidung ni dengor,,lusa dia ada,esok dia cuti”loyar buruk si pelukis bernama Kamal..yang merupakan kawan baik Adnan.
Bermula dari saat itu..hati si gadis yang telah terkunci rapat ..berbunga kembali..si gadis jatuh cinta pada hasil lukisan itu ..dan juga pelukisnya..setiap waktu yang terluang si gadis menatap potret itu..
Dengan harapan dia dapat berrjumpa dengan pelukis potret itu..
Seperti hari yang di janjikan,,si gadis yang ayu bertudung  bersama senyuman manis hadir
ke tempat di mana potretnya di pamerkan dengan bertujuan untuk melihat sang arjuna yang telah berjaya menambat hatinya kembali… Adnan..
“assalamualaikum..kamal.Adnan ada?”Tanya si gadis .
“eh.,awak hari tu kan..Adnan dapat sms dari adik dia,mak  dia masuk hospital ,.tu yang dia bergegas balik kampong..”jawab Kamal  ,pelukis yang Si gadis jumpa beberapa hari lepas.
Meskipun agak kecewa..si gadis masih lagi bertanya 
“boleh saya tahu kampung Adnan kat mana?”
“Dia balik Seberang Perai..”jawapan ringkas dari Kamal yang memberi impak besar kepada si Gadis.
Berderau hati si gadis ,,apakah ini hanya kebetulan atau dia adalah Adnan yang pernah mengecewakannya suatu ketika dahulu.
“awak,ni Adnan ada titipkan barang untuk awak,,”kata Kamal sambil menghulurkan  sekotak warna krayon.Si gadis begitu mngenali kotak krayon itu.tertera nama si gadis di situ.kotak krayon itu memang kepunyaannya..ternyata Adnan yang pernah mngecewakannya kembali meragut hatinya.terselit sehelai kertas kecil di kotak itu,.
“Terima kasih dan maafkan aku”-Adnan
Malam itu merupakan malam yang memberi seribu erti kepada si gadis..
Ketika sedang menonton buletin utama bersama keluarga ..wajah yang amat di kenalinya terpampang di kaca televisyen ..wajah Adnan..meskipun itu hanya wajah pada kad pengenalan dia amat mengenali wajah itu…wajah yang pernah mnyelamatkan nyawanya suatu ketika dahulu,wajah yang pernah hilang tanpa berita,,.wajah itu..wajah itu..mangsa yang terbunuh dalam kemalangan ngeri itu adalah Adnan..tangan yang suatu ketika dahulu pernah mencoret sebuah lukisan yang lantas mngembirakan hati seorang gadis telah hancur di gilis treler…Adnan yang selalu mengindahkan hati seorang gadis dengan gurau tawanya kini tiada lagi..tiada lagi senyuman Adnan..Adnan yang selalu memetik gitar akustiknya  bersama irama indah telah tiada.kehilangan Adnan pada pertamanya telah membuat hati si gadis tertutup…kehilangan keduanya membuat hati si gadis mati..bulan terang hilang nyawa tanpa bintang…
kini Adnan lenyap dari dunia buat selamanya..2 tahun pemergiannya.YA ALLAH..begitu cepat kau mengambil nyawanya…tanpa sempat si gadis bertemu dengannya..tanpa sempat Adnan bertemu ibunya..siapa sangka yang sihat akan pergi dahulu sebelum yang sakit..kini si gadis cuba melupakan kisah silam itu dengan membakar potret peninggalan arwah..

Thursday, June 16, 2011

FOLLOWER KORANG TAK IKHLAS ? AKU NAK TENGOK FOLLOWER MANA YANG IKHLAS..



ENTRY TANPA GAMBAR BERGERAK...kalau sebelum ni aku selalu letak gambar gerak2 dalam entry aku dengan harapan ada blogger atau follower yang terjah..tapi kalini sengaja aku tak letak..sebab aku nak tengok..siapakah sebenar benarnya follower aku.. 

sejauh manakah keikhlasan kalian menjadi follower..
renung2kan..selamat beramal.

Assalamualaikum kalian..di harapkan kalian sihat sejahtera..
huh satu keluhan panjang..sekarang ni aku dah tak boleh selalu update entry..masa tersangatlah singkat..
alhamdulillah..semester kali ni lebih menyeronokkan berbanding semester sebelum-sebelum ni..
kalau dulu aku berat hati untuk kembali menuntut ilmu..kini tidak lagi..konklusinya..aku bahagia gilak.
kerana? lecturer2 telah mula mengagihkan tugasan..popular word---assignment..
alhamdulillah jugak..sem ni aku dapat sebilik dengan rakan sekelas..jadi kalau ada kerja yang membabitkan kumpulan..tak perlu la kami nak susah hati membuat perjumpaan di luar..
Al kisah kali ni..adalah mengenai perihal manusia..
setakat ni aku tengok rakan sebilikku semua pemalu..a.k.a pendiam..amat berbeza berbanding bilik aku yang sem lepas..riuh rendah..konklusinya..aku suka kedamaian..tapi aku rasa kekok pula dalam suasana kedamaian..masuk sem baru ni..ramai yang tak kenal aku..sebab apa?
aku buat pembedahan plastik muka.....
memang korang kena kelentong dengan aku...
ramai tak kenal aku sebab...aku buat perubahan image ..
daripada tidak berkaca mata....kepada berkaca mata bingkai tebal coklat..
daripada bertudung Ariani....kepada bertudung bawal..
daripada muka berjerawat....kepada muka tidak berjerawat...
aku menjadi semakin skema.....................................................................................
dan ada satu benda yang tak berubah.....
sikap aku masih sama seperti dulu...cuma kali ni aku lebih banyak tersenyum..senyum itu sedekah..

tadi kat kelas aku "terbuat" lawak bodoh masa presentation..malu weyh..dah la ramai..aku di ketawakan orang..kelas waktu tu pukul 5..nak di pendekkan cerita..sebelum mulakan presentation aku kena la bagi ucapan dulu...dengan semangat tentera bergajah..
aku memulakan bicara aku dengan ucapan..
A very good morning to our lecturer and fellow friends,,our group will explain about..blablabla..padahal waktu tu dah pukul 5 petang ..A VERY GOOD MORNING WEYH..lecturer pun gelakkan aku..al maklum la..sebelum ni aku tak pernah ada kelas petang..satu kelas gelakkan aku..malangnya nasib si fadhley ni..

p/s: dah nak pukul 1.15 pagi...aku kena tidur dulu..esok lepas subuh nak baca buku..(insyaallah)

Saturday, April 30, 2011

TEMU BUAL DENGAN ORANG UTANS :KORANG INTROVERT ATAU EXTROVERT ?


Assalamualaikum uols,,hola-hola..hye-hye !!
korang pernah mengalami kesedihan tak? tipulah kalau korang kata korang tak pernah mengalaminya kan,,maharaja lawak,badut yang selalu menghappykan orang pun pernah mengalami kesedihan.Persoalannya,apakah korang yang mengalami kesedihan ini akan menceritakan kesedihan korang dalam erti kata lain story morry kisah sedih korang kat orang lain.ya..ada manusia suka berkongsi kesedihan ..ada manusia lebih suka memendamkannya sendiri...manusia yang suka memendamkan perasaan ni kita panggil introvert ..melalui subjek psikologi yang yane belajar:orang jenis ni lebih tertarik kepada kehidupan dirinya sendiri ,dia tidak suka bersosial huhahuha dengan org lain,tak suka campur hal orang lain.dia juga seorang pendiam,tetapi jangan ingat golongan jenis ni tak ada kawan,,mereka ada kawan dan mereka hanya rapat dengan sahabat akrab yang di percayai.walaupun pendiam bukan bermaksud mereka pemalu..nampak je pemalu,penakut,,tapi jangan di cari pasal dengan mereka..(jangan di sangka air yang tenang tiada buaya) Mereka yang jenis introvert ni kadang2 di sebabkan faktor sekeliling dan tekanan...Mereka yang introvert ni tersangatlah sensitif kadang2 gurauan orang lain terhadap mereka untuk suka2 boleh "tersentap perasaan" (sakit hati).

Apa pulak definisi bagi extravert ? : ha..mereka yang jenis extravert ni lebih kepada dunia luar,mereka lebih peramah dan suka berkongsi pengalaman cerita suka duka dengan orang lain
Golongan extravert ni tak boleh hidup tanpa kawan.mereka akan rasa diri mereka tak lengkap tanpa kawan.Mereka suka ketawa.berani mengutarakan pendapat meskipun tau pendapat mereka salah.Mereka suka mempertahankan diri mereka.Tetapi apabila di beri tanggungjawab untuk melaksanakan sesuatu perkara contohnya assignment atau kerja sekolah atau kerja office yang berlambak mereka akan rasa terbeban,,,pendek citer orang yang jenis introvert ni lebih mysterious dan mereka yang extravert ni jenis happy go lucky..





nak tau fakta tak ?? When a person cries and the first drop of tears come from the right eye, it's from happiness. But when the first roll is from the left, it is pain.. -Psychological Fact

JEJAK LU ORANG