Showing posts with label POPULAR LA SANGAT. Show all posts
Showing posts with label POPULAR LA SANGAT. Show all posts

Monday, August 8, 2011

SOGO : JALAN TAR : KEDUTAN KEROMOT KERUTAN HEROT PETOT DI DAHI LELAKI KORANG PATUT TAHU SEBAB APA..


PENCULIK SENTIASA MEMERHATIKAN ADIK/ANAK ANDA...

There were several reasons kenapa manusia macam aku mungkin jugak macam kau suka balik rumah family  time Ramadhan..


pegang tangan anak anda ketika berada di  tempat ramai penduduk bumi
              Pertama…gua dapat keluar merayap dengan mak gua ke jalan TAR *tanpa abah..kerana beliau tidak suka akan kesibukan dan ke huru haraan manusia..korang tau kan jalan TAR memang sinonim dengan suku kaum melayu,,lagi-lagi waktu nak Raya..baik kaum adam mahupun kaum hawa..itu adalah lokasi untuk mereka membeli dan terus belah,,tak pon hanya sekadar melihat dan terus belah*macam aku..
Apa yang dapat aku perhatikan sewaktu membeli dan tak belah2 di sogo..*seriously,aku pening kerbau tengok manusia yang ramai..berlanggar-langgar bahu..
 Berbalik kepada apa yang aku perhatikan,,Kedutan keromot kerutan herot petot di dahi kaum adam..lagi-lagi yang dah berkeluarga..mana taknya,,nak tunggu anak bini try baju try kasut memang lama…dan…duit mereka juga bakal melayang,tapi tak kisah lakan..Raya setahun sekali..
Aku paling tension bila jalan kat bazar Ramadhan jalan TAR..KENAPA?
Kerana jalan aku sering di  sekat oleh ibubapa yang kureng bertanggungjawab…
Yang membawa kereta sorong anak lalu di parkir kan di merata-rata tempat..membiarkan anak mereka sendirian..bukan hanya menyesakkan jalan malah berisiko 98 % untuk aku menculik anak mereka..
Kedua,,,.aku dapat buat biskut raya dengan mak aku..”BLACK BEAUTY” biskut ni memang menjadi kegilaan ramai *termasuk aku yang tak gila..

Untuk 1 adunan kalau korang nak try buat silakan lah,, :
Tepung gandum 1 ¼ cawan
Tepung jagung 1 ¾ cawan
Serbuk koko ¾  cawan
Cornflake 1 cawan setengah di kisar halus
mentega/planta/butter
gula halus 1 3/4 cawan 
1 biji kuning telur
1 camca teh esen vanilla
coklat rice untuk hiasan 

cara-caranya..

1-putar mentega dan gula hingga kembang
2-masukkan esen vanilla dan telur
3-masukkan cornflake,serbuk koko,tepung gandum,tepung jagung (kacau hingga sebati)
4-sapukan putih telur di atas biskut
5-bakar 18 minit,suhu 180 darjah




gaulkan sehingga sebati.

biskut tinggal sikit sebab aku dah melantak depan tv.
treng... ! inilah coklat rice yang aku maksudkan.*jangan korang pegi amik beras celup coklat pulak.
p/s: selain itu ,dapat bukak puasa bersama keluarga dan menunaikan terawih bersama keluarga ..*ni anak ke? dah sama tinggi dengan mak pun kata makcik Zubedah Sameon Duda(bukan nama sebenar)..persoalannya,tak tajam sungguh daya penglihatan mak cik Zubedah Sameon Duda..aku tak sama tinggi dengan mak aku pun..

Thursday, June 16, 2011

FOLLOWER KORANG TAK IKHLAS ? AKU NAK TENGOK FOLLOWER MANA YANG IKHLAS..



ENTRY TANPA GAMBAR BERGERAK...kalau sebelum ni aku selalu letak gambar gerak2 dalam entry aku dengan harapan ada blogger atau follower yang terjah..tapi kalini sengaja aku tak letak..sebab aku nak tengok..siapakah sebenar benarnya follower aku.. 

sejauh manakah keikhlasan kalian menjadi follower..
renung2kan..selamat beramal.

Assalamualaikum kalian..di harapkan kalian sihat sejahtera..
huh satu keluhan panjang..sekarang ni aku dah tak boleh selalu update entry..masa tersangatlah singkat..
alhamdulillah..semester kali ni lebih menyeronokkan berbanding semester sebelum-sebelum ni..
kalau dulu aku berat hati untuk kembali menuntut ilmu..kini tidak lagi..konklusinya..aku bahagia gilak.
kerana? lecturer2 telah mula mengagihkan tugasan..popular word---assignment..
alhamdulillah jugak..sem ni aku dapat sebilik dengan rakan sekelas..jadi kalau ada kerja yang membabitkan kumpulan..tak perlu la kami nak susah hati membuat perjumpaan di luar..
Al kisah kali ni..adalah mengenai perihal manusia..
setakat ni aku tengok rakan sebilikku semua pemalu..a.k.a pendiam..amat berbeza berbanding bilik aku yang sem lepas..riuh rendah..konklusinya..aku suka kedamaian..tapi aku rasa kekok pula dalam suasana kedamaian..masuk sem baru ni..ramai yang tak kenal aku..sebab apa?
aku buat pembedahan plastik muka.....
memang korang kena kelentong dengan aku...
ramai tak kenal aku sebab...aku buat perubahan image ..
daripada tidak berkaca mata....kepada berkaca mata bingkai tebal coklat..
daripada bertudung Ariani....kepada bertudung bawal..
daripada muka berjerawat....kepada muka tidak berjerawat...
aku menjadi semakin skema.....................................................................................
dan ada satu benda yang tak berubah.....
sikap aku masih sama seperti dulu...cuma kali ni aku lebih banyak tersenyum..senyum itu sedekah..

tadi kat kelas aku "terbuat" lawak bodoh masa presentation..malu weyh..dah la ramai..aku di ketawakan orang..kelas waktu tu pukul 5..nak di pendekkan cerita..sebelum mulakan presentation aku kena la bagi ucapan dulu...dengan semangat tentera bergajah..
aku memulakan bicara aku dengan ucapan..
A very good morning to our lecturer and fellow friends,,our group will explain about..blablabla..padahal waktu tu dah pukul 5 petang ..A VERY GOOD MORNING WEYH..lecturer pun gelakkan aku..al maklum la..sebelum ni aku tak pernah ada kelas petang..satu kelas gelakkan aku..malangnya nasib si fadhley ni..

p/s: dah nak pukul 1.15 pagi...aku kena tidur dulu..esok lepas subuh nak baca buku..(insyaallah)

Tuesday, May 24, 2011

SEMAKIN POPULAR HIDUP AKU TIDAK TERURUS SAMPAI KENA SANTAU





AKU TAK NAK POPULAR  ! HENTIKAN PERBUATAN SANTAU MENYANTAU !


hujan..hujan..turun ibarat sang mutiara menyembah bumi..ASsalamualaikum.. baru aku tahu betapa susahnya jadi orang popular..dulu..aku ingatkan kalau jadi popular ni best..rupa-rupanya tak..nak pegi jalan-jalan pun susah..asyik-asyik orang mintak nak bergambar dengan autograph itu aku tak berapa kisah sangatlah..tapi bila waktu kita tak ada mood tak selesa orang buat macam tu ,amik gambar pun bagi senyuman palsu tak ikhlas..dah tu..bila jalan orang sekeliling pandang macam nak makan kita..bila buat kesalahan sikit semua orang pandang..mulalah nak timbul gossip baru.sebab tu la kena pasang pengurus..semakin popular hidup tidak terurus…
nak online fesbuk pun tak senang..online chat kena sentiasa off..kalau tak layan kata sombong pulak,,tapi mmg serius tak menang tangan nak mnjawab..kehidupan tiada privasi lagi !! huarrggh !!handphone pun kena pasang banyak..satu untuk keluarga ..satu lagi untuk urusan luar..
bila dah jadi popular mula la ada orang dengki..siap pasang bomoh lagi..what the hal?..tak baik la main santau-santau wak KETARI …sy ni hantu hembus-hembus jaga silap haribulan wak ketari kena hembus..tak percaya ? baca ni YANE DI GANGGU HANTU THAILAND * ceh ! bajet aku popular pulak…-_- syok sendiri..


p/s: sebenarnya..semalam yane mimpi jadi orang popular…tu pasal la timbul entri ni..jadi orang biasa lagi best rupanya…J tadi yane buat blogwalking sambil memfollow..jadi follower 666 kalau terbalik jadi 999..dapat entry khas dari CIK NUSHA terima kasih buat anda ..selamat berblogging blogger semua..marilah kita menyokong antara satu sama lain..yeah..

JEJAK LU ORANG