sayap kau hitam putih
duduk diam tak bergerak
entah mati atau hidup
aku pun tak tahu
memang kau hidup sendiri
andai kau segulung lukisan
berus warna ingin ku gapai
calit calit terus calit
biar sayap gerak kembali
agar dapat kau terbang tinggi
capai realiti
oh kupu...jangan kau jadi kupu mati
bangkit..bangkit......
watak 1 :
"dia tu nampak je jahat tapi hati dia baik walaupun mulut dia agak lancang dan kencang"
watak 2 :
"dia tu nampak je baik tapi hati dia jahat walaupun dia suka bagi tazkirah"
watak 3 berkata:
"namun siapa kita untuk menilai hati dan watak manusia ? dah kenal lama baru kita tahu watak sebenar"
"putih bersih atau hitam kotor"
"manis gula atau pahit ubat"
"baik atau buruk"
"rajin atau malas"
"ramah atau angkuh"
*******************************************
Betul la kata orang , lagi jauh perjalanan kita sebenarnya lagi luas pengalaman.Dan apabila timbulnya konsep luas pengalaman sebenarnya menambah lagi cabaran. Pelbagai cabang masalah dan dugaan timbul.Dan apabila datang pula konsep masalah , mengajar kita erti kepayahan.
Dan dari erti kepayahan itu sebenarnya mengajar kita untuk berfikir dan belajar menilai sesuatu perkara dengan lebih baik.Sejauh manakah mampu kita berfikir menggunakan 10 million neuron yang terdapat dalam otak?
" berfikir membuatkan kita semakin matang.Adakah benar? "
Masa zaman kanak-kanak dulu aku langsung tak ambil kisah pasal masalah sekeliling.Aku dengan dunia aku.Dunia patung kertas.Tapi kini lain.Aku kena ambil tahu.
" dunia kanak-kanak berbeza dengan dunia dewasa "
"dunia politik berbeza dengan dunia lorong kaki lima chow kit"
"duniawi berbeza dengan akhirat"
"egois berbeza dengan emosi"
Bila usia dah makin meningkat baru aku tahu banyak lagi benda yang aku kena fikirkan dan banyak lagi perkara yang perlu aku selesaikan dan banyak lagi situasi yang perlu aku berdepan.Dan situasi yang paling kurang digemari itu sedang berleluasa sekeliling aku.Manusia datang dengan pelbagai topeng tanpa diketahui rupa sebenarnya.
" takut dengan manusia topeng "
kita semua manusia topeng.? mungkin ada yang masih asli wataknya.
" jangan meletakkan kepercayaan 100% kepada individu jika tidak yakin dengan wataknya "
Mungkin ini coretan akhir dari aku .Selepas ni aku mungkin kembali sibuk dengan dunia nyata selamat tinggal dunia maya.
UIA dah panggil aku balik, 3 bulan lebih dah aku cuti.Otak yang kosong dengan angan ini ku harapkan dapat befungsi secara normal.
Menjelang 9/9/2012 aku akan masuk bilik baru di blok H mahallah Asiah dan roommate yang baru.Harap-harap bakal roommate kelakuannya ok.Tension jugak kalau roommate yang k.o. ya la,nak tinggal sebumbung selama 4 bulan kena la sejiwa.*cakap macam aku ni baik sangat.
Untuk sem baru aku kali ni,aku kena rancang waktu dengan bijak..*eh tiba-tiba jadi baik
dan untuk sem baru ini juga aku harapkan semuanya berjalan dengan lancar.
4 bulan di semester baru sehingga Januari 2013.Masa akan berlalu dengan pantas dan macam-macam perkara boleh terjadi.Bye.
.......................
56 ,134 blogger sensasi komen:
Selamat menyambung pelajaran :)
Hitam itu lukisan dunia..
Dunia yg penuh dengan kegelapan..
Andai putih dapat ku calitkan..
Moga tiada lagi kekotoran..
Kadang kala mengharapkan sang pelangi..
Dalam mimpi fantasi duniawi..
Tapi saat menyedari realiti..
Hanya hitam dan putih mengelilingi..
Andai putihnya sebuah lukisan..
Pasti ada titik hitam..
Andai hitamnya sebuah lukisan..
Pasti ada putih menjelang..
Andai burung patah sayapnya..
Bantulah dia sembuhkannya..
Tika saat terbangnya kembali..
Pasti kita tidak ditinggali..
tudiaaa semangat2~!!!! ^_^
gud luck fadh..
semoga lu jumpa rumet yg sehati sejiwa, seginjal sejantung dengan lu eh :)
hati & sikap manuia sukar diramal
hidup ini adalah suatu perjalanan yang panjang..pengalaman itu suatu ilmu dalam perjalanan....:) be a good muslimah...:)
bila kita dah besar ni, memang akan mengetahui segala yang tersirat tentang kehidupan yang kita tak pernah tau dan nampak masa kecik2 dulu. bila kita dah nampak, baru kita tau permainan dunia ni sebenarnya.. lebih banyak yang pahit daripada yang manis.. takpelah, yang penting, kt sendiri kena bijak dan pandai mengatur kehidupan kita sendiri..
semoga berjaya hendaknya..~
Aku setuju dgn kau, tapi aku xtau cmner nak tulis entry yg hebat betul cmni.. siap ada sajak lagi kat atas tu xD
Luas pemandangan, lebih kematangan kita.. daripada cabaran2 yg kita lalui tu semua
Apa2 pun selamat kembali ke UIA dan gd luck di sana
singgah dan meninggalkan jejak...
panjang tulisannya... syukur, berdaya juga menghabiskan...
slamat kembali semula ke kampus nanti... sibuk manapun jgn lupa kawan jauh ni...
like :)
lengkap. aku suka baca yang ini.nais nais
Berfalsafah Pulak , huhuhu
all the best ye, gd luck moga terus berjaya!
selamat sambung pelajaran... good luck :-)
hitam putih dalam kehidupan mmg tak boleh dipisahkan...
bila mula kuliah semua makin busy and takde masa tuk blog n so on.kan
Ambil yang jernih buang yang keruh.
Kumpul yang bersih, yang kotor buang jauh².. ;)
Cuti 3 bulan lebih!! Memang best kalau kau berjaya isi dengan benda yang menggembirakan..
Selamat kembali ye!
wowww. hehehe amboi amboii. kalah df nak bersastera ni hehehe btw ganbatee~~
TAKE CARE & Study smart!
Gonna miss you yanie!
Still wonder when can we met again yaa <3
all d best,sama2 la kita mulakan study..huhu
gud luck ye.. sme2 kte mulakan sem bru dengn bersemangt.. =)
jom yanie..kite same2 berjuang utk semester baru ni..harap2 otak yg dah lame tido ni x terkejut la bile fakta2 baru masuk secara mendadak.. :)
Semangat. bagus. Hehe. all the best kak =D
saya sgt suka entry awk ni..tul kite hdup bkn dgn idup kite jer.kna slalu alihkan pada sekeliling...salam knal yer =)
baik2 smbung study
Seronoknya masuk UIA. Enjoy ur study kat sana.
Explore many things there!
UIA yg awesome walaupun mmg selalu dilema bila masuk sem baru
gudluck ye...hihi..
selamat kembali ke UIA. make the most of it!
Saya block H juga dulu. tapi mahalah hafsah la..hehe
Rindunya UIA bila dah grad ni. huhuhu :')
selamat kembali ke UIA.. :)
mengenali seseorang sepanjang hayat pun belum tentu kita benar2 kenal..
selamat mnyambung blajar :)
yelah,roomate kene ok..mungkin tak sebulu,tp mesti berkerjasama,tolak ansur,saling paham.kalo tak,susah owhhh..
moga dpermudahkan urusan kamu =)
setuju fadh... jangan percaya 100%. :)
gudluck!
Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...
nanti bila tiba musim peperiksaan jangan lupa tiru kawan sebelah..hehe
aku suka ni . jadi la kupu-kupu yang walau hayat nya seketika cuma tapi bebas terbang melalui hari harinya
hai...
jemput ke my giveaway
http://oneniezuka.blogspot.com/2012/09/giveaway-saya-mau-novel-dari-onenie.html
good luck ok..
jom baca entry sya :)
http://chot91.blogspot.com/2012/09/ceritakubahagiakukebahagiaanku.html
kalau dulu subjek bahasa melayu SPM, kalau ada pepatah, peribahasa, dpt extra mark,..time pertandingan nasyid dulu, sblm nasyid ada puisi arab, dpt extra point..mcm tu la gua nk bg kt entry lu ni..
susah nak kenal org skg.ada yg sgup "jual agama" sbb nak nampak baik..ada yg nampak jahat, tp baik..
cuma gua igt pesan org2 tua "layan la org mcm mana kita harap org layan kita"...nescaya akan jadi mcm gua dan rakyat jelata taiping
slmt kembali ke skolah.
sem baru, semangat baru, insyaAllah...goodluck :)
judgemental much.. hu hu hu.. that's comes negative thoughts more than positive.. tp sy percaya 1 thing, everyone has their own goodness and evil side.. ;) biasa la hati kita mmg slalu nmpk luaran dl kn
semangat2 ! gudluck :) hee
akan ku turut kata2 mu syg...cewahhh...hihi
xpe doa byk2 insyaAllah :)
Good luck dlam study!^^
ada masa jmput la singgah ke blog amatur mcm fira ni:)
Sekarang dah mulai tampil lebih elegan...Good Luck..
semangat boleh dtg, dia bole jua pergi.
Gudluck
gud luck fadh! study rerajin! kalau dapat roomate yang ko, just ignore je ok.haha
. . . . . . .memang kehidupan manusia ini penuh dengan pancaroba yang berbagai-bagai . . . .
really love ur writitng....
masing-masing berbeza
kalo semua sama tak best la kan.hihi
gudluck ye menyambung pelajaran :D
all the best in your upcoming campus life. susah untuk tunjukkan diri sebenar kdg2.
salam kenal fadh.
salam kenal fadh.
Nilailah dirimu sendiri, nescaya kamu tidak akan sempat menilai diri org lain. Kerana terlalu banyaknya dosa dan kesalahan yg telah kamu lakukan..
mmm sy pun kkadang cuba juga nk buang yg keruh, tp kkdang juga yg kerun tu dtg dgn sendiri nyer.mksud sy org yg suke buat hal tu xmau selesaikan hal yg berlalu tu.kalau kita srg je yg cuba lupakan pon boleh juga, cuma kkadang tu org mmg suka buat masalah dgn kite...hish aper la yg sy melalut ni..ekeke :)
Post a Comment