Monday, December 29, 2014

Anak ku Sosial


Aku malas cakap..malas taip..Tapi sekarang ni otak aku rajin berfikir. #akutengah #finalexam Sekarang ni ada manusia dari planet Marikh mencabar diri dia agar aku bercakap/bertegur dengan dia dulu. Hurm.,tak kot.. sampai itik bertanduk  aku takkan cakap dengan hang melainkan ada benda penting yang aku nak sampaikan #mimpimanusia #darimarikh. Macam isi dalam dalam entri ni. Nah aku copy paste assignment aku berkenaan kajian kes sosial ni. Ini hasil temu bual group aku dengan penjaga. Motif gambar? maksudnya berjanji takkan buat masalah sosial. Aku janji.

File audio 3
Q: Encik tuutt ke pengasas?
A: ye saya dari tahun 1988..

Q: Pusat tuuut ni sebenarnya lebih kepada apa?
A: kalau ikut, kita mula-mula dulu dengan kawan NGO, kita buat kem-kem motivasi untuk remaja, pelajar sekolah, buat masa cuti penggal, cuti hujung tahun, kadang-kadang ada ibubapa datang rujuk sebab tak cukup program 3 hari, kalau cuti penggal tu, mereka mintak anak-anak mereka duduk dengan saya, seminggu, 2 minggu. Jadi, kalau ikut dulu masa peringkat awal (tahun 1988), ramai lelaki saja, yang ponteng sekolah, tak nak sekolah, lari rumah, pergaulan bebas, merokok, minum arak, hisap ganja semua.. itulah kumpulan sasar..peringkat awal..jadi memanglah berperangai dgn mereka ni..tengoklah pagar kat luar ni..kebanyakkan dipaksa, jadi ramai yg nak lari.. deal dengan mereka ni macam deal dengan org sakit jiwa..jiwa yang tak sihat

Q: Semua ke duduk sini?
A: ye pada tahun 1988 sampai 1998. Lepas dapat teguran dari kebajikan masyarakat, kita pengusaha ni tak boleh tinggal sama. Lepas tu, kami cari dan bina pusat yang betul dekat Gombak batu 5. Tapi sekarang dah tutup lah sebab dapat bantahan dari penduduk sekitar..jadi sekarang ni kami bukak pusat baru dekat pontian, Johor..

Q: masa mula-mula tu memang nak tolong budak-budak ni la?
A: mula-mula dulu, servis kita memang khidmat social, maknanya kami NGO, buat kem motivasi semua.


Q: Encik tuuut, antara kumpulan sasar ada tak remaja yang buang anak/ gugurkan anak?
A: Macam ni, ikutkan dulu kami tak handle kes-kes macam ni.. tahun 1996 baru kami ambik kes pregnant luar nikah. Sebenarnya sebelum ni kami pelik macam mana nak uruskan mereka ni..tapi dalam masa yg sama, kami keep dengar kes jumpa bayi kat masjid dan sebagainya, jadi saya bincang dengan isteri, entah-entah orang yang buang anak ni ada jumpa saya, tapi saya cuma bagi nasihat saja, padahal mereka ni mungkin serahkan diri mengharapkan pusat tuut terima mereka..tolong dia..lindung dia.. lepas pada tu barulah kami mula ambik kes-kes mcm ni.. kami mudah jaga golongan mcm ni.... mereka  ni Serah diri sebab mereka perlukan perlindungan, bukan dipaksa mcm budak-budak ponteng sekolah, merokok, degil, malas sembahyang..jadi group ni dipaksa..sebab tu tahun 1996 baru kita ambik kes mengandung

Q : jadi kebanyakkan yang datang kat encik di sini ni memang diorang menyerah diri, kira mcm rela la?
A: Yelah kalau yang datang yang sendiri tu memang  menyerah diri, kalau yang datang dengan keluarga tu memang kena menyerah diri la..takde pilihan

Q: berapa ye range umur?
A : yang paling muda umur 13 tahun, yang paling tua umur 43 tahun, maknanya kumpulan yg ramai ialah umur 17 sampai 22, dari 1988 hingga ke hari ni, kita dah kendalikan tidak kurang dari 3500 orang, separuh tu memang umur lingkungan macam tu

Q: yang mengandung tu memang rela hati la?
A: terpaksa laa..nak kata betul rela..kadang-kadang ada yang tak nak masuk.. ada yang rela..kahwin jugak dengan lelaki tu..keluarga ada yang tak setuju..lelaki tu penagih dadah ke..suami orang ke..takda kerja ke..

Q: Jadi mereka ni dijaga dari mula masuk?
A: Yelah dari mula masuk sampai habis pantang, ataupun jangka 3 bulan walaupun dah sihat. Adalah modal-modal pengisian kami sempat bagi 3 bulan tu.. ada yang masuk tu kami interview ada yang tak pandai mengaji..kalau sembahyang tu lakonan je cantik.. bila suruh baca, step-step dia, tunggang langgang, kebanyakkan tak tau..tapi ayat-ayat tak tahu..

Q: Kalau yang mengandung tu boleh diselamatkan lagi, kalau yang gugurkan anak, ada tak yang lepas tu baru datang sini?
A: yelah kalau ikutkan yang datang tu semua ada sejarah tersendiri, dahulu pernah gugurkan, pernah mengandung, pernah terberanak.. pada pendapat saya yang buang anak ni, mereka tak tahu maklumat, nak pegi mana, jumpa siapa.. maklumat tu tak jelas, dia tak dapat klu-klu yang penting yang meyakinkan..itu je yang mereka perlu tahu..biasa menggigil telefon.. cakap saya ada kawan, gini gini, tapi sebenarnya diri dia..

Q: Kira jadi menyebab juga la buang anak ni sebab tak tahu?
A: dari segi kesimpulannya, saya buat rumusan, sebab mereka ni tak tahu nak pegi mana..lagi satu takut kena tangkap..bila mereka call saya, saya mesti bagi maklumat yang meyakinkan..kita jaga, kita tutup aib dia, sampai kesudahhan.

Q: kesudahan tu kira macam mana?
A: dia siap bersalin, dan balik la

Q: Anak tu macam mana?
A: Anak tu..tengoklaa..yang mampu jaga, jagalah tapi keluarga mesti tahu, ada juga yang keluarga tak tahu, ini yang buat saya pelik tu.. jadi saya diam diam begitahu..jadi mereka ni terkejut beruk tengok mak sampai..kat sini, yang datang tu bawah umur, merayu jangan bagitu mak bapak, tapi sebab bawah umur jadi saya kena inform mak bapak..kita nak selamatkan mereka..akta kanak-kanak pun terikat itu semua..mereka takleh bertindak sendiri..kena cari parents dia..

Q: bagi pandangan encik, selain dari mereka ni tak tahu maklumat, ada tak penyebab lain untuk jadi kes mcm ni?
A: kadang-kadang dia orang ni sorang diri, kalau dia ada rakan, walaupun rakan tu pun sama sosial, tapi tak akan ada cetuskan idea untuk gugurkan atau buangkan..paling tak dia suruh letak kat masjid ke..ni kalau sorang, duduk tingkat 26, mula la melayang baby tu, kalau berdua, mesti sorang tu akan bagi idea yang positif, walaupun tak kena cara..

Q: Yang datang sini semua melayu?
A: Memang la melayu, ada la segelintir bukan melayu, tapi jarang la..kebanyakkan semua bumiputera, sebab kalo dia bukan muslim, nak jaga dia susah.

Q: kes-kes mcm ni kan, bg encik, apa kesan terhadap perlaku tu sendiri?
A: tuan punya diri, kalau tak pegi sesi kaunseling, mungkin berlanjutan sepanjang hayat, menghantui, dengan tekanan..ada juga kami terima orang yang nak sesi kaunselling, dia orang tak duduk sini, tapi datang je..biasa budak-budak ipt la..ada satu kes ni ni letak anak dalam bonet kereta, tak tutup la bonet tu..tunggu sampai orang ambik, lepastu tak sudah-sudah fikir, macam-macam fikiran la datang..tapi insyaAllah lepas kaunseling, mereka ok je, kembali dapat kekuatan..

Q: Kebanyakkan yang datang akan OK la?
A: tak boleh cakap sebab ada tu bila kita jaga cantik je, tapi bila balik semula rumah, kembali bermasalah, kadang mak bapak pun tak solat (Q: kira parents pun bermasalah la), kita boleh tengok bila mereka datang sini..mak pun pakai lagi seksi kadang-kadang..jadi kita boleh agakla..ada yang nak duduk sini lama-lama..sebab keluarga pun bermasalah..ada yang 5-6 tahun..kami serap jadi staff..

Q: sepanjang encik jadi caretaker ni apa cabaran yang dihadapi?
A: kalau nak disenaraikan, memang banyak cabaran.. tapi kalau saya boleh simpulkan dengan satu perkataan, masalah sikap.. sikap budak yang masuk, sikap keluarga, sikap masyarakat, sikat badan kerajaan, sikap NGO, sikap pemimpin, dan lain-lain.. itu cabaran kita.. sikap orang kita dengan mentafsirkan adanya pusat mcm ni menggalakkan maksiat..sikap masyarakat yang lebih menghukum dari ambil berat..memang ada cabaran lain macam kewangan semua tu, tapi yang besar ialah sikap.. kadang-kadang tu saya hilang sabar jugak.. bila jumpa dengan doktor, sembang dengan dia, dia tabik dengan saya.. tu datuk fadilah kamsah tu.. dia pernah cakap kalau dia pun mungkin tak sanggup buat apa yang saya buat.. dia cakap bukan senang nak buat apa yang saya buat...kami pernah sembang, dia tanya macam mana budak-budak sekarang? Saya cakap datuk.. saya ni nak bersara, ehh dia cakap tak boleh..saya cerita la masalah saya..dia kata kerja-kerja mcm sy ni, sama jugak Rasulullah, para nabi, dari zaman nabi Adam pun berdepan dgn cabaran. Maknanya kerja nak berda’wah, pulihkan akidah ni bukan senang.. kita diuji macam itu..nabi pun diuji..jadi kita pun sama.. itulah yang menyuntik semangat saya..

Q: apa yang encik buat untuk handle masalah-masalah?
A: asas dalam diri kita..mesti yakin, niat nak selamatkan mereka, kita ni seakan diberi amanah oleh Allah. Ni bukan kerja yang ada orang lantik kita. Dari permulaan tahun 1988 hingga 2000, saya tak minta bayaran, saya cakap kerja dengan Tuhan..jadi lepas banyak sangat masalah, saya kena mintak..mula-mula dulu memang saya ikhlas, tapi sekarang macam taska.. dikenakan yuran..melainkan yang tak mampu, itu ikut budi bicara..tapi tu pun tak banyak, rm17 sehari, sekarang rm25 sehari..PLKN pun lagi mahal..

Q: wanita-wanita yang hamil luar nikah ni, kalau nasihat, mereka respon mcm mana?
A: 15 tahun kebelakangan ni, mereka masuk, kita buat program penyucian,kalau tak tahu, kita ajar. Lepas 2 minggu, baru kita buat sesi kaunseling. Kalau masuk terus bagi nasihat, mereka tak respon. Baru bagi perhatian..kita bagi semangat..


...... bersambung

Tuesday, December 16, 2014

Mak Nyah Short Story



This is short story of Sazali who has conflict in his gender identity. Gambaq kat atas tu hiasan, aku sendiri pun tak boleh nak imagine muka Sazali macam mana.

Ini kisah tentang Sazali. Sazali mengalami krisis jantina. Kisah ni di sampaikan oleh Mak aku sendiri. Siapa Sazali?
Sazali kawan sekolah Mak (mama). Dulu-dulu zaman sekolah menengah Sazali lebih selesa berkawan dgn perempuan. 
Macam mana Mak aku kenal dia mula-mula. Bendang ayah Sazali sebelah bendang nenek aku. Pernah Sazali ke bendang pakai baju kurung.
Lepas je tamat SPM. Sazali berhijrah ke kota metropolitan. Kuala Lumpur. Tiada sebarang berita tentang Sazali.




Sehinggalah.. Mak aku nampak dia dalam TV sekitar tahun 90-an.

"eh..itu Sazali.."

Dia dah makin cantik. Kena angkut dek lori polis.
-tamat-

Saturday, December 13, 2014

Permanent Memory



dan tiba-tiba hati berbisik sendiri..langit menjadi saksi bersama hamparan ombak hati

Sesekali ia datang menyapaku, bayu

Bersama setangkai bunga yang hampir layu

Tanpa sepatah kata

Diam seribu bicara

kaku 

Seperti ada yang ingin diperkongsikan

mungkin secebis ceritera

tapi ia hanya berlalu

sudah namanya pun bayu

kau sekadar lalu
*******************************
aku rindu bayu
________________________________________________________________________



Ombak bertanya kepada pasir si kersik halus..
Sakitkah engkau kerana aku selalu menghempaskan badai kepada mu ?
Pasir menjawab..
Sesakit mana pun aku, engkau dan aku mana mungkin dapat dipisahkan dan aku terima itu seadanya.Lagi pula bukan niat kau untuk menyakiti aku.Itu sudah lumrah kejadian alam. Engkau sama saja seperti manusia yang kadang-kala sukar mengawal emosi.
Ombak bertanya lagi..
Maksud engkau ?
Pasir menjawab..
Ah, Malas aku ingin berbicara sama kau lagi.Dasar lembab…lambat loading..buffering..


*********************************


Perihal hati, Ini adalah kepingan hati yang masih belum bercantum,satu kiri satu kanan,ada gunting di sebelahnya..gunting akan sentiasa memastikan yang serpihan hati kiri dan kanan tidak dapat bercantum.Berhati-hati sama gunting.


Ini adalah hati yang telah bercantum.Cantik bukan.Hati ini dapat bercantum setelah gunting beredar dan munculnya "stapler".Meskipun adanya stapler membantu untuk mengikat  hati, itu saja tidak cukup dan tidak memadai.Hati perlu dipegang agar ia sentiasa terasa dijaga dan selamat.Stapler tajam bilahnya.Kalau pakai salotep belum tentu kekuatan dan kekukuhannya. Apa kemungkinan yang bakal berlaku jika hati dilepaskan dari tangan ?


maka hati akan menjadi sebegini rupa..stapler tidak dapat membantu kerana kehabisan ubat.




maka hati akan terbang bebas seperti burung Phoenix.Terbang sejauh mungkin.

"Hati organ dalam badan yang berwarna perang kemerah-merahan terletak di dalam perut di bahagian sebelah kanan tugasnya mengeluarkan hempedu ,mengawal kadungan gula dalam darah,menawarkan racunan nitrogen,menghasilkan urea,menyimpan glikogen" -Sumber Dewan Bahasa dan Pustaka.


Saat ini ketahuilah ..anda juga membaca artikel ini melalui jiwa iaitu melalui hati.
Jagalah hati masing-masing jangan sampai tercemar.*ecewah

Nota kaki: Nukilan 2010. 2014 baru publish. Entri nostalgic.  Al- Fatihah untuk yang dah pergi.

 

Monday, December 8, 2014

Relationship between Emotions and Actions







" You never tell people the exact words behind your emotions, but people can notice it from your actions"

Selamat pagi.

ingat ya, walau mulut tidak berkata tapi kelakuan itu mentafsirkan segalanya.

Friday, November 14, 2014

Panggilan Misteri




Nak di al kisah kan, sekarang ni bulan 11 kan. Ni kisah bulan 9. Aku dapat satu panggilan misteri. 
Aku ni jenis kalau ada missed call nombor tak kenal aku biarkan. Aku save nama nombor tu sebagai "Entah".

Nak di al kisah kan, suatu petang lepas aku balik kelas bulan 11. Nombor tu telefon lagi.
Keluar dekat screen phone aku "Entah"

Lama jugak bunyi tapi aku macam ragu-ragu nak angkat panggilan "Entah" tu. Seriau.

Selang beberapa jam nombor "Entah" call lagi.
Hai..ini macam panggilan penting.

Aku check la kat Whatsapp kot ada keluaq gambaq "Entah". Tapi takde. "Entah" takde whatsapp.

Tiba-tiba masuk peti inbox aku.

Pesanan dari "Entah"

"dik kbrx mcm mn sht sxg ha2"

Ha! aku terus call nombor "Entah" tu dengan berbaki kredit RM 2.60. Sebab aku kenal dia.

Rupanya tu panggilan daripada Kak Rin (bukan nama sebenar) perantau dari Surabaya, Kak Rin mengalami masalah. 
Kak Rin lingkungan 35 tahun. Bekerja di Malaysia untuk menyara anak-anaknya di Surabaya.
Kak Rin tanya aku pasal kerja kosong. Kata Kak Rin dia dah tak kerja di tempat lama sebab hampir tertangkap dengan imigresen dan bekas boss bayar gaji dia lambat. Sekarang ni pun tinggal di rumah kongsi. Bukannya aku tak boleh tolong, hal ini menjadi rumit sebab Kak Rin tiada permit. Aku ingat lagi, sebelum ni ada driver Tan Sri dotdot datang jumpa Kak Rin mintak dia kerja balik dengan Tan Sri. Tapi Kak Rin tak nak (jawatan sebagai cleaner pejabat) sebabnya, gaji dia lewat masuk. 

Sebelum kes kak Rin, aku pernah berdepan perantau dari sana yang intellectual orangnya, lulusan Universitas katanya, golongan sederhana tapi bila sampai Malaysia dia kena tipu dengan majikan. Majikan janji macam-macam. Janji hampeh.

Aku tak salahkan Kak Rin yang tanpa permit, nasib hidup memaksa dia untuk bekerja di sini. Dan.. yang lagi aku kesian. Gaji Kak Rin tak sampai RM50 sehari (tak silap RM900 per month), tapi kerja 10 pagi-10 malam..tak boleh cuti melainkan sakit. No life kot. Tak patut.

Kenapa aku boleh kenal dengan depa semua ni, itulah hasil pengalaman cuti 3 bulan uia. aku mengambil masa untuk kenal masyarakat umum termasuklah guard Nepal yang tak tau cakap English dan Melayu.. kenapa ambil mereka sebagai guard sedangkan basic language pun depa tak tau. Sebab bayar murah.

Sunday, November 9, 2014

Mengamalkan konsep "aku je yang betul"




Susah bercakap atau berhujah dengan homo sapiens yang tahu nak menang je, maksudnya, dia tak faham makna kalah tapi hakikat sebenar dia salah dan kalah..dah tahu salah tapi tetap degil nak berpegang dengan prinsip yang salah. Kelakar aku dengan orang macam ni. Orang yang..

Mengamalkan konsep "aku je yang betul". Pernah mengalami situasi ini? bersabar je lah..

Kadang-kadang kita sebagai manusia tak boleh la nak menang 24 jam, buka minda dan cuba menerima pendapat orang lain itu kan lebih baik.Kalau aku tak mengalah, aku pun di kira sebagai homo sapiens yang mengamalkan konsep "aku je yang betul". 

masing-masing punya pendapat sendiri.

Dalam konsep perdebatan ini paling bahaya kalau masing-masing berkepala batu,
Kepala batu tak boleh bertembung bertembung dengan kepala batu nanti boleh timbul rasa sengketa mencetuskan perang dunia. 

This is Prophet Muhammad saying;

 “Whoever believes in Allah and the Last Day let him speak good or remain silent.” [Bukhari and Muslim]

Imam Shafi’i states that the meaning of this hadith is that if someone desires to speak, then he should speak only that which is good. But if it is clear to him that his speech may cause harm, then he should refrain from speaking. Shaykh ibn Uthaymeen says it is as if the Prophet ï·º said, “If you believe in Allah and the last day, then speak what is good or be quiet.” 

Source: SILENCE IS GOLD bercakap bila perlu je

pendapat aku ditendang melayang why ha? why? why? ouh..sebab konsep tu..haish..

Saturday, November 1, 2014

Pengkid dan Lelaki Alim

💋 Ni Al kisahnya. Tadi aku ke satu tempat.Naik LRT. Time pegi aku duduk. Waktu balik aku berdiri. Di tiang tengah. Maklum la.. Waktu aku balik tadi orang2 office pun balik jugak. Maka nya aku berdiri. Tiada pilihan lain. Aku kena berdiri. Berdiri aku menghadap seorang jejaka. Dia pakai kurta. Sampai di satu stesen. Masuk pula 2 orang lelaki berdiri di tepi pintu. Seorang berjubah berkopiah putih dan seorang lagi berbaju melayu. Berbalik kepada kisah lelaki berbaju kurta. Di sebelah dia. Ada seorang wanita sedikit gempal berbaju kurung. Aku syak wanita ni adik dia atau jiran dia. Mereka rapat. Macam adik dan abang. Sampai di satu stesen. Telinga aku tertangkap dengan pertanyaan lelaki berkopiah. "Dia lelaki ke perempuan?" Kalau ada nasik goreng dlm kunyahan aku boleh tersembuq. Sumpah. Boleh tersemburr. Maka. Jawab lah perempuan yang agak sedikit gempal tu. "Dia perempuan". Si pengkid mula tersengih. " ooo..perempuan. Ingatkan lelaki" kata si lelaki berbaju melayu". Telinga aku aktif merakam perbualan mereka dan sel rakaman suara di transfer masuk ke dlm memori. Aktif. Aku ni kalau bab dengar mmg cekap.

Sebelum si kopiah turun ke destinasinya, dia sempat menyampaikan dakwahnya.  "Kami nak ke majlis ilmu..rajin-rajinkan lah diri ke masjid join majlis ilmu"..
jawab si pengkid " tengok lah kalau sy terlajak. sy pegi" sambil ketawa. I don't know what she feels actually. Marah atau redha. She able to control her emotions.

Terlajak mengingkari perintah Tuhan. Pintu taubat masih terbuka. 

Berkata Rasulullah s.a.w" Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."

Ilmu yang kita ada walaupun sedikit. Kongsi kan lah kemanisan ilmu itu bersama yang lain. Ilmu yang sedikit mampu memberi perubahan yang besar.

Rasulullah s.a.w. bersabda :"Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman-Hadis sahih riwayat Muslim

Salaam alaykum, may Allah Azzawajal protect all of us. Enlighten our Eeman. sedikit perkongsian dari #KED. 💋

Thursday, October 30, 2014

Proses Mengejutkan Jasad Seorang Islam.






Tak semua orang suka mengejutkan orang bangun dari tidur. 

Bagiku perbuatan menyuruh aku mengejutkan orang lain dari tidurnya adalah tersangat berat dalam erti kata lain membuatkan aku rasa bersalah, rasa kesian bila kena kejutkan orang lain bangun dari tidur. Meskipun dia tidur berlebih-lebihan masa. *Tak bangun Subuh? nak kena babap ni..

Di sini aku ingin berkongsi antara adab-adab mengejutkan orang bangun dari tidur.

Pertama, gerakkan jasad yang sedang tidur secara perlahan-lahan. Elakkan mengerak jasad yang sedang tidur dengan kuat dan kencang kerana perbuatan ini boleh menyebabkan roh tak sempat masuk dalam jasad k tipu, bukannya apa kalau kita gerakkan jasad dengan kasar dikhuatiri mood seseorang yang sedang tidur dan baru sedar akan bertukar menjadi marah.

Kedua, gunakan bahasa yang sopan ketika mengejut..jangan menjerit-jerit dan memekik seolah-olah beg anda baru lepas kena ragut. Budi bahasakan budaya kita. kalau tak nak bangun jugak bisikan perkataan “ Marobbuka”

Ketiga, pastikan sebelum mengejut jasad, anda selaku tukang kejut memeriksa kadar cahaya di sekeliling jasad, pastikan cahaya terang benderang untuk memudahkan proses mengejut jasad.

Keempat, jika jasad terlampau liat sangat nak bangun, dinasihatkan ambil sesudu kecil air sejuk dan tuangkan ke atas kelopak mata jasad yang liat nak bangun. Kalau nak simbah air satu baldi kecik pun booleh


IMAGINASI


You can go wherever you wanna go
Go wherever you wanna go
Fly up to the moon and say hello now
You can go wherever you wanna go
You don’t ever have to go to war no more
Never have to go to war no more
Wear them boots and swim that icy shore now
You don’t ever have to go to war no more
You can get up on some sunny day and run
Run a hundred miles just for fun now
Heartaches and yesterdays don’t weigh a ton now
You can get up on some sunny day and run
You don’t ever have to pay the bills no more
Break a sweat or walk a worried floor now
Working like a dog ain’t what you’re for now
You don’t ever have to pay the bills no more
You can go wherever you wanna go
You can go wherever you wanna go
Go to where the time’s wound all the way down
Put a penny on the track and wait for train sounds
Tell your mama you’re coming back before the sun’s down
You can go wherever you wanna go

Walaupun dengan hanya baca lirik tanpa dengar. Lagu ni buat aku imagine tentang zaman hitam putih . zaman sephia..didendangkan kat tepi station keretapi..
That is my imagination. "Imaginasi kita lain-lain"

Saturday, October 18, 2014

Motivasi Pagi

Salaam alaykum dan selamat pagi.
Diam kaku tak tahu
Mulut kunci terduduk bisu
Mata termenung
Hati rintih
Kau pegang erat
masih sakit
Bila kita di uji dengan ujian yg hebat..jangan berputus asa.teruskan hidup.cekalkan hati.yakin! yakin yang melalui ujian ini akan ada ganjaran  sebaliknya. Mungkin ganjarannya kita tak nampak dengan mata kasar. Mungkin ganjarannya kita tak dapat sekarang. Kelak akhirat sana kita peroleh.Yakin.
Diriwayatkan dari Abu Sa'id Al-Khudri dan Abu Hurairah ra bahawa Nabi Saw pernah bersabda:
"Tidak ada kepayahan, sakit, kesedihan, kesengsaraan dan musibah yang menimpa seorang muslim , bahkan sekalipun tertusuk duri, melainkan Allah menjadikan semua itu sebagai penghapus dosanya (jika dia bersabar)". -Al Bukhari
Bila kita terasa "down" sangat.. Jangan duduk sorang2..menangis sorang2..
"No man is an island" berkongsi. Berkongsi rasa hati. Berkongsi masalah. Kalau rasa malu nak berkongsi dengan manusia. Berkongsi dengan Tuhan. Doa.
If u are under stress u really need social support. It is valuable stress relief tool.. Emotionally beneficial..Tak percaya boleh cuba.
#KED #stressmanagement #jauhistress #motivation

Friday, October 17, 2014

MASYARAKAT CINA HORMAT MELAYU



Lokasi: Bukit Broga, Semenyih.

_____________________________________________

Hari Ahad 2.30 pagi bangun
4.10 pagi bertolak ke Broga
5.00 pagi mula aktiviti mendaki

Waktu Subuh kami solat di peak ke dua. Waktu solat tu ada pulak sekumpulan
budak melayu yang urban ketawa,

"hahahaha" *aku syak mereka jakun

manakala sekumpulan non-Muslim berbangsa Cina memberi isyarat terhadap
rakan-rakan mereka untuk senyap, rakan-rakan mereka juga berbangsa Cina

"sshhhhhh" *non Muslim pun tau bagi hormat kalau nak dibandingkan dgn sekumpulan budak-budak melayu urban tadi

Melayu ketawakan Melayu lain #opsracist

Kami menunaikan solat Subuh di tempat terbuka, tempat tinggi tiada musolla disediakan.
Aktiviti mendaki seronok, Bila dah matahari naik, Mashaa Allah memang cantik sangat view dari atas Broga.*pengantin-pengantin aku syorkan ambik gambar kawin korang kat atas puncak ni kalau larat, har har har

Ada jugak yang bawak family mendaki sekali.

"eh, kagum nampak sorang pakcik tua 58+ turut mendaki"

Beberapa keping gambar kat bawah ni menceritakan kebesaran ciptaan Tuhan di sana.









sikit je la eh gambau,
puas hati walaupun penat.
entry berhabuk dalam draf, lama gila dah entry ni duduk diam2 dalam draft
Lepas ni pegi Gunung Daik bercabang 3 pulak, jom siapa nak ikut.
Bila kita buat aktiviti gini sekaligus mampu menghapuskan sedikit
lemak-lemak bergelandangan, cuba tengok perut masing-masing ada boyot. , jom amalkan gaya hidup sihat.




Monday, September 29, 2014

SAMSENG DAN PETALING STREET


Ini cerita tentang Petaling Street, Chinatown yang terletak di tengah garisan Khatulistiwa..


Kalau dulu anda dihidangkan dengan kisah yang kurang enak tentang cara peniaga Petaling Street yang melayan customer secara kasar atau dalam erti kata lain samseng..kini tidak lagi..aku pergi beberapa kedai dengan sengaja menguji mereka,.eh! okay je mereka*ekeke sibuk nak uji samseng walhal lusa ada ujian physio,.ke sebab aku pun samseng.

Prinsip..
prinsip kat sini, harga boleh nego sampai letgo..contoh : harga barang dia letak RM200 (kebiasaan untuk pelancong harga cekik darah gilaa) anda boleh mintak separuh harga RM100..dalam bab harga peniaga-peniaga di sini boleh bertolak ansur, lagi-lagi dengan rakyat tempatan, macam mak aku, misalnya kalau harga RM100 peniaga tak bersetuju, mak aku akan kata, "takpelah kita jalan kedai lain dulu" dan dengan langkah perlahan beredar dari kedai, tak sampai 20 saat peniaga  akan kata "okaylah boleh angkat"

Undang-undang..
kat sini ada undang-undang yang perlu pengunjung tahu. Kalau korang dah berkenan dengan sesuatu barang (kebiasaannya harga di letak "gila-gila") anda boleh tawar menawar dengan peniaga tapi dengan syarat barang mesti kasi angkat, kau dah tawar menawar lepastu kau tak nak angkat barang tu memang kau cari nahas Jangan nak gedik-gedik tawar menawar lepastu tak nak beli. Kalau dah yakin nak beli baru tawar menawar.

Bodyguards..
bila nak berjalan kat sini bawak la kaum Adams sebagai bodyguards..kita kaum Hawa keselamatan kena jaga,

Buah Berangan..
aku suka kat tengah-tengah Petaling Street ni ada orang jual buah Berangan
rasa buah Berangan tu memang buat aku berangan, es mi favorito..it's my favorite,bapak aku, mak aku, tok sedara aku, adik-adik pun suka makan buah ni.

Chinatown, lokasi pelancongan yang patut anda kunjungi, lagi-lagi nak Chinese New Year, cun maa..dia punya decoration dah macam kat China.





Tuesday, September 16, 2014

THE VERSATILE BLOGGER AWARD

http://fuzamusa.blogspot.com/2014/09/the-versatile-blogger-award.html

Salaam alaykum everyone! sebelum aku memula pencarian sumber assignment berkaitan penyakit neuron yang Dr. M bagi. Adalah baiknya aku menjalankan amanah..amanah apa tu.."the versatile blogger award" setelah di tag oleh akak scientist Dila Kazuha  jom terjah ..kak Dila zass..

Rules:
1. Thanks the person who nominated you
2. Provide a link to the person's blog
3. Write 7 facts about yourself

7 Fakta tentang saya


eh..ada lagi..nombor tujuh. berkecimpung dalam dunia blogger semenjak tahun 2010

Sahabat Blogger yang saya TAG:

1- Kak Areen.. http://erynsyaze.blogspot.com/
2- Farhan Paan.. http://parkarn.blogspot.com/
3- Normi Nieza.. http://norminieza.blogspot.com/
4- Yang Ayesha.. http://purplestarz89.blogspot.com/
5- Prof Iqa.. http://purplestarz89.blogspot.com/
6- Abang Wan.. http://hedzwan.blogspot.com/
7- Dentist Sinuha.. http://sinuhadentist.blogspot.com/
8- Fifiey.. http://me-miss-fifieyqa91.blogspot.com/
9- Detective Fiqa.. http://conan2657.blogspot.com/

Wednesday, September 10, 2014

5 LANGKAH MUDAH MENJADI KETUA YANG HEBAT !



Effective leader tips!
Untuk menjadi ketua bukanlah semudah Alif Ba' Ta atau kita panggil semudah A B C. Lagi-lagi dalam kelompok yang besar. Jadi, ini adalah 5 langkah utama yang perlu "ketua" ambil..
Tunggu apa lagi, mari mencatat.

Menepati masa 

Y'all as ketua kalau berjanji waktu tapi tidak menepati waktu yg dijanjikan mmg nak kena ketuk dgn aku lah nasib tiada senduk tembaga di tanganku, Kalau setakat lewat 5 atau 10 minit aku boleh terima lagi, ni lewat 30 minit! kau memang nak kena...be punctual ok!

Sabar dan tidak tergopoh-gapah

As a leader, kesabaran itu amat penting agar semua kerja berjalan dengan lancar, janganlah panic kalau tiba-tiba plan tidak menjadi, be a relax person, a relaxed person makes it easier for other people to relax, rancang plan dengan teratur dan jangan tergopoh gapah dan INGAT ni, jangan campur adukkan urusan peribadi dalam meeting, kita dalam meeting kan..tak perlu lah y'all nak bermesraan angkat phone call dari org tersayang (yang pasti bukan mak/bapak)  and orang lain tengah sibuk discuss ideas and you dok gelak terkekek kekekehahahaa! on phone depan kami, annoyed meh..kerut dahi aku. 

Mendengar dan menerima idea

Hurm, tak payah nak keras kepala sangat dengan setiap keputusan yang diambil. You are the leader, yes you are, tapi kena ingat, setiap kata putus yang diambil harus lah menepati keputusan majoriti, hang ketua tapi kalau keputusan hang itu akan memberi kesan yang tidak elok? hang patut mempertimbangkan idea orang lain! berlapang minda terima idea org lain yg lebih bernas dari idea anda.

Mempunyai matlamat dan pendirian yang jelas dan tepat

Sekejap kata begitu dan sekejap lagi kata begini, tiada misi dan visi yang tepat. Aku konpius. Sebagai ketua, anda harus dan wajib mempunyai matlamat yang jelas dan tepat supaya tidak menimbulkan kekeliruan dan org lain hilang kepercayaan kepada anda!

Tidak mementingkan diri

Ini penting agar orang lain menghormati anda sebagai ketua. Jangan mementingkan diri sendiri. Percaya cakap aku, you as a leader masih setia mementingkan diri..wah.. Seriously, there is no respect for you. Kau tak respect orang lain, should others respect you? dush!



Wednesday, September 3, 2014

Terbakar!


Bila dilihat dari segi perwatakan dan bicara kelihatan si polan sangat berilmu tetapi malang akalnya sedikit terpesong.

Apa yang hanya si polan lihat hanyalah picisan-picisan negatif tanpa dalil. Dengar dan terus percaya tanpa siasatan dan yg paling penting tanpa bukti yang kukuh.

Aku tak faham kenapa orang yang berilmu boleh menjadi tak berapa cerdik dengan hanya dengar..dengar..dan dengar..tanpa siasatan dan terlampau mengikut emosi.

Elakkan mendengar sesuatu yang belum tentu kesahihannya.


"gossip..gossip..everywhere"

Aku rasa zaman sekarang ramai yang suka dengar dan sebar serta mengapi-apikan pihak yang senang diper"api"kan. Awas. Jangan sampai aku panggil bomba. 999.. Assalamualaikum, hello bomba, ada orang nak apikan saya. 


DIK..BAGI LA DISKAUN %

fefeling jadi patung sat
Apa romantis tajuk entry blog aku? Salaam alayki wa salaam alayka. Yahuu yihaa yippie! dah lama aku menyepi dari dunia penulisan maya ni, bukannya apa.. aku sibuk menjalankan tggujwb sebagai supervisor..dah sementara UIA cuti long sem 3 bulan tak buek apo,ada baiknya aku mencari rezeki yang halal ya anak-anak... Sepanjang bekerja, bermacam2 pengalaman manis yang aku alami, kadang-kadang tu rasa macam retis pun ada jugak, Mana taknya bila mana ada pelancong asing yang nak bergambor dgn kita, *aku ingatkan nak suruh aku amikkan gambor rupanya nak bergambor skali. hiks.

Ada jugak dikalangan pengunjung butik yang terkejut dengan pergerakan aku. Apahal pulak tiba2 masuk bab pergerakan..err..

lagi-lagi bila aku berabaya hitam. Depa sangka aku patung yang bergerak. Cuma ketinggian aku tak serupa patung. Mana taknya aku dok perhati depa statik membelek pakaian tiba-tiba aku bergerak, terkejut la depa.

Pengalaman manis yang aku ingat bila ajaq pelancong dari Brazil pakai tudung hoody,.dah pakaikan tudung,pelancong tu rasa seronok dan lepas dia bayaq harga tudung tu, dia terus keluar..dengan tudung yang masih berlitup di kepala. alhamdulillah..tapi ada satu yang tak kena di situ, dia bersinglet.

"im gonna wear this hijab to airport" oh ..weirdo, tapi tak apalah suka hati hang, aku dah kata "hang akan nampak pelik"

bye2 pelancong Brazil.
Lokasi Brazil
Itu kisah pelancong Brazil, kalau pelancong China bila depa mai..depa cakap cina dengan aku dan staff lain meskipun kami tak mahir Mandarin. Walaupun mata aku dok terkebil-kebil tak faham depa habaq apa, depa tetap bercakap dalam bahasa ibunda mereka.

Image result for china
Lokasi China

Ada jugak kes pelancong dari Saudi yang suruh ikatkan sampin songket tenun..cara dia cakap tu macam marah, setelah diperhati pelancong-pelancong dari Saudi memang bercakap daam nada yang tinggi. Nasib lah dia bawak bini dia, jadi bini dia tolong ikatkan.

______________________________________________________________

aku juga terharu bila ada pengunjung yang mengingati nama aku, meskipun waktu tu aku tak masuk kerja.tersentuh hati aku.
kehilangan aku di sana meninggalkan kenangan, pasal aku dah berhenti, minggu depan dah start kelas balik.
mereka mungkin akan bertanya *aku tak kata pasti aku kata mungkin kah!

"mana adik yang pakai shawl tu?"
"mana.adik yang selalu senyum tu?"
"mana adik yang tak mau bagi discount tu?"


bab discount tu, bukan aku tak mau bagi..aku nak bagi tapi aku bukan taukeh.



JEJAK LU ORANG