Monday, December 29, 2014

Anak ku Sosial


Aku malas cakap..malas taip..Tapi sekarang ni otak aku rajin berfikir. #akutengah #finalexam Sekarang ni ada manusia dari planet Marikh mencabar diri dia agar aku bercakap/bertegur dengan dia dulu. Hurm.,tak kot.. sampai itik bertanduk  aku takkan cakap dengan hang melainkan ada benda penting yang aku nak sampaikan #mimpimanusia #darimarikh. Macam isi dalam dalam entri ni. Nah aku copy paste assignment aku berkenaan kajian kes sosial ni. Ini hasil temu bual group aku dengan penjaga. Motif gambar? maksudnya berjanji takkan buat masalah sosial. Aku janji.

File audio 3
Q: Encik tuutt ke pengasas?
A: ye saya dari tahun 1988..

Q: Pusat tuuut ni sebenarnya lebih kepada apa?
A: kalau ikut, kita mula-mula dulu dengan kawan NGO, kita buat kem-kem motivasi untuk remaja, pelajar sekolah, buat masa cuti penggal, cuti hujung tahun, kadang-kadang ada ibubapa datang rujuk sebab tak cukup program 3 hari, kalau cuti penggal tu, mereka mintak anak-anak mereka duduk dengan saya, seminggu, 2 minggu. Jadi, kalau ikut dulu masa peringkat awal (tahun 1988), ramai lelaki saja, yang ponteng sekolah, tak nak sekolah, lari rumah, pergaulan bebas, merokok, minum arak, hisap ganja semua.. itulah kumpulan sasar..peringkat awal..jadi memanglah berperangai dgn mereka ni..tengoklah pagar kat luar ni..kebanyakkan dipaksa, jadi ramai yg nak lari.. deal dengan mereka ni macam deal dengan org sakit jiwa..jiwa yang tak sihat

Q: Semua ke duduk sini?
A: ye pada tahun 1988 sampai 1998. Lepas dapat teguran dari kebajikan masyarakat, kita pengusaha ni tak boleh tinggal sama. Lepas tu, kami cari dan bina pusat yang betul dekat Gombak batu 5. Tapi sekarang dah tutup lah sebab dapat bantahan dari penduduk sekitar..jadi sekarang ni kami bukak pusat baru dekat pontian, Johor..

Q: masa mula-mula tu memang nak tolong budak-budak ni la?
A: mula-mula dulu, servis kita memang khidmat social, maknanya kami NGO, buat kem motivasi semua.


Q: Encik tuuut, antara kumpulan sasar ada tak remaja yang buang anak/ gugurkan anak?
A: Macam ni, ikutkan dulu kami tak handle kes-kes macam ni.. tahun 1996 baru kami ambik kes pregnant luar nikah. Sebenarnya sebelum ni kami pelik macam mana nak uruskan mereka ni..tapi dalam masa yg sama, kami keep dengar kes jumpa bayi kat masjid dan sebagainya, jadi saya bincang dengan isteri, entah-entah orang yang buang anak ni ada jumpa saya, tapi saya cuma bagi nasihat saja, padahal mereka ni mungkin serahkan diri mengharapkan pusat tuut terima mereka..tolong dia..lindung dia.. lepas pada tu barulah kami mula ambik kes-kes mcm ni.. kami mudah jaga golongan mcm ni.... mereka  ni Serah diri sebab mereka perlukan perlindungan, bukan dipaksa mcm budak-budak ponteng sekolah, merokok, degil, malas sembahyang..jadi group ni dipaksa..sebab tu tahun 1996 baru kita ambik kes mengandung

Q : jadi kebanyakkan yang datang kat encik di sini ni memang diorang menyerah diri, kira mcm rela la?
A: Yelah kalau yang datang yang sendiri tu memang  menyerah diri, kalau yang datang dengan keluarga tu memang kena menyerah diri la..takde pilihan

Q: berapa ye range umur?
A : yang paling muda umur 13 tahun, yang paling tua umur 43 tahun, maknanya kumpulan yg ramai ialah umur 17 sampai 22, dari 1988 hingga ke hari ni, kita dah kendalikan tidak kurang dari 3500 orang, separuh tu memang umur lingkungan macam tu

Q: yang mengandung tu memang rela hati la?
A: terpaksa laa..nak kata betul rela..kadang-kadang ada yang tak nak masuk.. ada yang rela..kahwin jugak dengan lelaki tu..keluarga ada yang tak setuju..lelaki tu penagih dadah ke..suami orang ke..takda kerja ke..

Q: Jadi mereka ni dijaga dari mula masuk?
A: Yelah dari mula masuk sampai habis pantang, ataupun jangka 3 bulan walaupun dah sihat. Adalah modal-modal pengisian kami sempat bagi 3 bulan tu.. ada yang masuk tu kami interview ada yang tak pandai mengaji..kalau sembahyang tu lakonan je cantik.. bila suruh baca, step-step dia, tunggang langgang, kebanyakkan tak tau..tapi ayat-ayat tak tahu..

Q: Kalau yang mengandung tu boleh diselamatkan lagi, kalau yang gugurkan anak, ada tak yang lepas tu baru datang sini?
A: yelah kalau ikutkan yang datang tu semua ada sejarah tersendiri, dahulu pernah gugurkan, pernah mengandung, pernah terberanak.. pada pendapat saya yang buang anak ni, mereka tak tahu maklumat, nak pegi mana, jumpa siapa.. maklumat tu tak jelas, dia tak dapat klu-klu yang penting yang meyakinkan..itu je yang mereka perlu tahu..biasa menggigil telefon.. cakap saya ada kawan, gini gini, tapi sebenarnya diri dia..

Q: Kira jadi menyebab juga la buang anak ni sebab tak tahu?
A: dari segi kesimpulannya, saya buat rumusan, sebab mereka ni tak tahu nak pegi mana..lagi satu takut kena tangkap..bila mereka call saya, saya mesti bagi maklumat yang meyakinkan..kita jaga, kita tutup aib dia, sampai kesudahhan.

Q: kesudahan tu kira macam mana?
A: dia siap bersalin, dan balik la

Q: Anak tu macam mana?
A: Anak tu..tengoklaa..yang mampu jaga, jagalah tapi keluarga mesti tahu, ada juga yang keluarga tak tahu, ini yang buat saya pelik tu.. jadi saya diam diam begitahu..jadi mereka ni terkejut beruk tengok mak sampai..kat sini, yang datang tu bawah umur, merayu jangan bagitu mak bapak, tapi sebab bawah umur jadi saya kena inform mak bapak..kita nak selamatkan mereka..akta kanak-kanak pun terikat itu semua..mereka takleh bertindak sendiri..kena cari parents dia..

Q: bagi pandangan encik, selain dari mereka ni tak tahu maklumat, ada tak penyebab lain untuk jadi kes mcm ni?
A: kadang-kadang dia orang ni sorang diri, kalau dia ada rakan, walaupun rakan tu pun sama sosial, tapi tak akan ada cetuskan idea untuk gugurkan atau buangkan..paling tak dia suruh letak kat masjid ke..ni kalau sorang, duduk tingkat 26, mula la melayang baby tu, kalau berdua, mesti sorang tu akan bagi idea yang positif, walaupun tak kena cara..

Q: Yang datang sini semua melayu?
A: Memang la melayu, ada la segelintir bukan melayu, tapi jarang la..kebanyakkan semua bumiputera, sebab kalo dia bukan muslim, nak jaga dia susah.

Q: kes-kes mcm ni kan, bg encik, apa kesan terhadap perlaku tu sendiri?
A: tuan punya diri, kalau tak pegi sesi kaunseling, mungkin berlanjutan sepanjang hayat, menghantui, dengan tekanan..ada juga kami terima orang yang nak sesi kaunselling, dia orang tak duduk sini, tapi datang je..biasa budak-budak ipt la..ada satu kes ni ni letak anak dalam bonet kereta, tak tutup la bonet tu..tunggu sampai orang ambik, lepastu tak sudah-sudah fikir, macam-macam fikiran la datang..tapi insyaAllah lepas kaunseling, mereka ok je, kembali dapat kekuatan..

Q: Kebanyakkan yang datang akan OK la?
A: tak boleh cakap sebab ada tu bila kita jaga cantik je, tapi bila balik semula rumah, kembali bermasalah, kadang mak bapak pun tak solat (Q: kira parents pun bermasalah la), kita boleh tengok bila mereka datang sini..mak pun pakai lagi seksi kadang-kadang..jadi kita boleh agakla..ada yang nak duduk sini lama-lama..sebab keluarga pun bermasalah..ada yang 5-6 tahun..kami serap jadi staff..

Q: sepanjang encik jadi caretaker ni apa cabaran yang dihadapi?
A: kalau nak disenaraikan, memang banyak cabaran.. tapi kalau saya boleh simpulkan dengan satu perkataan, masalah sikap.. sikap budak yang masuk, sikap keluarga, sikap masyarakat, sikat badan kerajaan, sikap NGO, sikap pemimpin, dan lain-lain.. itu cabaran kita.. sikap orang kita dengan mentafsirkan adanya pusat mcm ni menggalakkan maksiat..sikap masyarakat yang lebih menghukum dari ambil berat..memang ada cabaran lain macam kewangan semua tu, tapi yang besar ialah sikap.. kadang-kadang tu saya hilang sabar jugak.. bila jumpa dengan doktor, sembang dengan dia, dia tabik dengan saya.. tu datuk fadilah kamsah tu.. dia pernah cakap kalau dia pun mungkin tak sanggup buat apa yang saya buat.. dia cakap bukan senang nak buat apa yang saya buat...kami pernah sembang, dia tanya macam mana budak-budak sekarang? Saya cakap datuk.. saya ni nak bersara, ehh dia cakap tak boleh..saya cerita la masalah saya..dia kata kerja-kerja mcm sy ni, sama jugak Rasulullah, para nabi, dari zaman nabi Adam pun berdepan dgn cabaran. Maknanya kerja nak berda’wah, pulihkan akidah ni bukan senang.. kita diuji macam itu..nabi pun diuji..jadi kita pun sama.. itulah yang menyuntik semangat saya..

Q: apa yang encik buat untuk handle masalah-masalah?
A: asas dalam diri kita..mesti yakin, niat nak selamatkan mereka, kita ni seakan diberi amanah oleh Allah. Ni bukan kerja yang ada orang lantik kita. Dari permulaan tahun 1988 hingga 2000, saya tak minta bayaran, saya cakap kerja dengan Tuhan..jadi lepas banyak sangat masalah, saya kena mintak..mula-mula dulu memang saya ikhlas, tapi sekarang macam taska.. dikenakan yuran..melainkan yang tak mampu, itu ikut budi bicara..tapi tu pun tak banyak, rm17 sehari, sekarang rm25 sehari..PLKN pun lagi mahal..

Q: wanita-wanita yang hamil luar nikah ni, kalau nasihat, mereka respon mcm mana?
A: 15 tahun kebelakangan ni, mereka masuk, kita buat program penyucian,kalau tak tahu, kita ajar. Lepas 2 minggu, baru kita buat sesi kaunseling. Kalau masuk terus bagi nasihat, mereka tak respon. Baru bagi perhatian..kita bagi semangat..


...... bersambung

5 ,134 blogger sensasi komen:

afeb pilah said...

pawer

nini said...

erm....kadang2 kesian kat dorang kan....

ewanthology said...

anak perempuan paling susah nak jaga.... pengaruh kpd gejala sosial sgt tinggi.

kampung gagdet online said...

Hai, nak ajak tuan punya blog melawat blog baru saya ini di http://kampunggadgetonline.blogspot.com.

Saya promote pelbagai jenis aksesori telefon, gadget & sewaktu . silalah singgah.

Anak Wak Mail said...

err..panjang nye interbiu ni..hihi

JEJAK LU ORANG