Thursday, December 15, 2011

TAK MUNGKIN AKU KENA SANTAU ANGIN

SETIAP GAMBARAN LEPAS YANG AKU NAMPAK ITU TERAKAM DALAM MEMORI

10:00 pagi = Mak aku dengan semangat waja tentera bergajah mengajak aku dan segomboralan budak-budak nakal pegi jalan TAR.Misi utama singgah ke kedai Bata mencari kasut sekolah B-First.Al-maklumla sekolah kan lagi berapa minggu nak bukak.Pegi lambat-lambat lagi ramai manusia tak ke pening.Yang tu nak try kasut,yang ni nak try kasut.yang tu menangis nak kasut tapak biru,yang ni menangis nak kasut tapak merah.*salah sorang adik aku.

11:00 pagi = Bertolak dari rumah.Abah hantar kami dan meninggalkan kami di jalan TAR.Dia memberhentikan kami di depan KAMDAR MEMANG BERBALOI.Sambil memesan
“kalau dah selesai beli semua ,telefon Abah”
Sesampai sahaja di depan KAMDAR MEMANG BERBALOI misi utama kami bertukar menjadi MARI MENUJU KE JAKEL PUSAT JUALAN KAIN
(arah mak aku ala-ala iklan Pakistan hidung mancung)

Rupanya mak aku juga ada misi tersendiri,mencari kain langsir untuk raya tahun depan*awal gila mak aku beli,pasal kat Jakel sekarang buat promosi akhir tahun kalau beli time nak Raya pasti ramai orang macam lalat menghurung makanan tak ke pening.Buat puan-puan pergi la ke JAKEL sekarang sebab promosi memang gila-gila.Masa tengah tengok2 kain dekat tingkat bawah dengar bunyi siren bomba,semua org jakun keluar tgk.Mungkin ada kedai emas yang terbakar aku pun tak tahu,mungkin jugak ada org terkepit celah tayar eksiden sebab tu bomba datang.Pelbagai kemungkinan.

12:00 tghri = keluar dari JAKEL sambil mengheret beg plastik JAKEL besar berisi kain langsir di tambah pula dengan 3 pasang kain ianya agak berat untuk di heret ke sana ke mari.Singgah kedai bunga telur sebelah kedai JAKEL,tengok-tengok je lambat lagi nak kahwin.

12:15 tghri = meneruskan perjalanan ke kedai kasut Bata.Semasa sedang berjalan mata aku memerhatikan kelibat sindiket anak-anak Yatim yang jual buku Yasin.Sesekali mata aku melirik ke arah selendang yang tergantung.Cantik-cantik coraknya.Mata aku mula bersinar dan automatic niat di hati terpasang.Aku mesti membelinya nanti.Melintas jalan yang sibuk.Mak aku pegang tangan adik aku.Aku pegang tangan?tangan beg plastik.

12.45 tghri = Masih lagi berada di dalam kedai Bata.

12.50 = dah keluar dari kedai.sekali lagi melintas jalan yang sesak.Orang ramai keluar lunch melintasi jalan.Masa tunggu lampu isyarat bertukar merah tunggu kat bawah pokok.Adik aku pesan,
“hati-hati kak nanti ada gagak berak”.Lalu kat depan KAMDAR,hati aku menjadi sayu melihat dua orang buta yang sudah tua dan tidak mampu berbuat apa-apa.Sedih aku tengok sebab pakcik tu duduk bawah manakala org pulak ramai lalu lalang hampir nak langgar dia,Ada yang melangkah sedikit kaki pak cik buta yang terlunjur tu.Aku nampak semua tu.Mak aku tengok muka aku.Rasanya dia sudah tahu apa terbuku dalam hati aku.Dompet dibuka not duit dikeluarkan lalu dihulurkan kepada mereka berdua.

1.15 tghri = Mak aku tinggalkan aku memilih selendang yang berkenan di hati.Aku memilih selendang sambil di hasut-hasut Pakistani.Kedai di barisan tepi menjadi pilihan aku.Ada Mat Saleh nak beli Pashmina berharga RM10 tapi jurujual tu kata “THIS IS RM20” aku mengerutkan dahi.ceh! Dengan pelancong pun korang nak kencing.Ingat dorang bo**h ke?
last-last Mat Saleh tu blah tak beli.Padan muka.


LAIN KALI BERSIKAPLAH LEBIK TAMAK LAGI



Pakistani terus menghasut aku.









“kakak beli ini corak baru cantik,kakak pun cantik” hah! Dia panggil aku kakak atau mungkin aku yang nampak tua.Tapi aku rasa dia lagi tua.Akhirnya dia Berjaya menghasut aku membeli 6 helai selendang walaupun panggil aku kakak mungkin sebab dia tambah perkataan cantik kowt.Dari jauh aku lihat mak aku melambai tangan dari kedai seberang.Kiri Kanan tengok jalan baru lintas.Sampai-sampai mak aku tak dak.Yang ada adik-adik aku.Aku tanya
“mana mama?” adik aku hanya menunjukkan lori cendol berwarna putih.Rupa-rupanya mak aku beli cendol bukan lori cendol.


CONTOH LORI CENDOL


Cendol sekarang bukan RM1,RM1.50 tapi RM 2.00.Dan…waktu itulah..,aku tiba-tiba rasa nak muntah,pening kepala,sakit perut,pandangan mata aku dah bertompok-tompok hitam bila pandang orang lalu lalang.Sumpah aku rasa nak pengsan.Aku yang cergas menjadi lemah.Mak aku sampai kat aku.Dia tengok aku dah memberi isyarat yang aku akan muntah.Muka aku tukar jadi merah.Adik aku pulak mulut puaka kata aku dah kena santau( ni semua pengaruh KUSALMI mak mertua DHiA)

SANTAU!

,Terus aku tak jadi muntah.Mak aku call abah aku meskipun barang-barang sekolah masih belum lengkap.Abah aku pulak kata dia nak datang jemput boleh tapi lambat sikit.Mak aku dah risau tengok aku yang tiba-tiba jadi zombie merah.Teksi yang lalu terus di tahan,lastly kami balik dengan teksi.

PUNCA aku jadi begitu bukan sebab kena santau tapi aku tak sarapan pagi.Aku hanya minum 2 cawan teh.Itulah kata orang sarapan pagi tu penting.Ambil sedikit pun jadilah.Habis spoil mood tarzan-tarzan aku.Kalau tak kerana aku mesti kami balik lewat dan bersuka ria hingga ke petang.Terima kasih bagi yang sudi meluangkan masa membaca sampai habis.Buang yang keruh ambil yang jernih =)

99 ,134 blogger sensasi komen:

ORLANDO AHMAD said...

gua dulu penah jual tudung, berbuih mulut gua pujuk makwe2 beli keh3

Mrs. Amad said...

wuhuuu...kene tipu sesaje...

Anak Wak Mail said...

hahha,,tu bukan santau angin namanya,,santau shopping sakan..hihi..


betul la jakel tgh diskaun besar-besaran..jom serang!

penjajah minda said...

hehe

aReLaN said...

tulah.spe suruh skip breakfast.kan dh sakit.xpsl2 spoil mood shopping.len kli jgn lpe breakfast ye.hehehe

RayQuaz said...

best baca :)

awEEN said...

la..ni kes perut masuk angin la ni smpai muntah2 kan..lain kali jangan lupa srpan okeh!

NZ Diaz said...

biar betul dia tipu macam tu? tamak gila T_T

Marcella said...

tu bukan santau angin...tu angin hopping dah mai...


beli banyak2, jangan lupa bagi aku selai..

aQimie Ceplos said...

haha! lawak doe.
tp yg penting kau ta kene betul2 kan? :)

nGiau said...

memalukan jg tu penjual tu kn??tamak btl..lepas ni jgn lupa ambil breakfast :)

Juliet_iRa~" said...

hee..ira pon suka g jalan tar..tp msti rmai org kan..heee

santau?haha..dasyat tu beli shawl smpai 6..;p

izzahdegreat said...

mak aku pun dh start beli2 kain langsir hahaa...btw, jagelah kesihatan anda, makan breakfast ok !

Nur Aischa said...

haha terbawa2 pengaruh crita dhia tu.. eh sian akak, tula lain kali bila nak kluar kena sarapan dulu ya.. :)

Ahmad Syuxer said...

ceh..ingatkan betul2 kena santau..rupanya forget to breakfast..lenkali sarapan dulu baru kerajaan usus tak wat hal hehe..

NHMS said...

hamboi.. smpai 6 helai tuh!
da lme x g jln TAR..
best2.. $_$

emy zulaiha said...

amboy nie pakej nie. niat nak beli kasut tp dapat langsir, 6 shawls dgn cendol 2 hengget.haha

cik fadh layan tntg dhia jugak eh?haha geram betol lah tgk ku salmi tue.rase nak bunuh2 je die kan :)

LAici KAng Ais said...

bkn santau angin tapi perut masuk angin. ni mesti shoppin sakan smpai xingat nak mamam

soooooour said...

g MJ x?????ngek kena santau pm boleh...

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

akak penah pengsan dalam bas sbb tak sarapan..hehe

Sha. N. said...

lain kali nak shopping lama-lama..
Makan la breakfast..heeeeee

aniki said...

haha..dasyat tokk lu punya diary ni..haha

sharul izam said...

yang best tue tentang dhia pon ada...hehe:)

アヌムちゃん said...

best2 shopping pashmina.huhu

r-5 said...

hahaha aku baca entri kau memang sampai habis punyalah! aku ingat kau muntah2 sebab ko melantak cendol ade bulu pakistani.. hahaha.. len kali aku nak jual tudung jugaklah buat2 muka ala pakistani pastu jual kat ko mesti laku tudung aku.. hehe oka tak? :p

Juliet_iRa~" said...

heee..nt cuba tau cup cake tu...sng je...bahan2 pon mudah..

gud luck!

TiraPengemis said...

xbest jakelll...hehhee

ZORA said...

sakan bebenor...:)

Nesa Wazir said...

nesa pn slalu x brekpes..x smpat. tp blom pnh jd mcm 2 :D

take care~

MiSz fiFiEyQa said...

hahaha lawak la..ingatkan ape la tadi...tapi kan memang betul la kalau kita singgah beli baju ke ape ke mesti jurujual tu panggil kita akak kan...padahal kalau tengok ade yg da macam mak orang...tapi nak jugak perasan muda..cehh...

Yumida said...

kelakar...aah..lebih tamat lagi...lagi..and lagiiii...org tamak selalu untung..yeyyyy

Popoi said...

len kali srapan dlu,, hehehehe

♪ cik katak ♪ said...

ergh beli 6 sekali gus? tu santau shopping namanya:P

Puan Kutu said...

haha mungkin sbb teh tu angin.pastu perut tak isi apa2 makanan.minumplak smpdua cawan.adoyai!

btw terhibur baca.kehkeh...

fadh leyanie said...

@ORLANDO AHMAD
lu kne buat muka ala2 pakistani gua rasa..:)

fadh leyanie said...

@Mrs. Amad
tipu berdosa mati seksa woo

fadh leyanie said...

@Anak Wak Mail
wahaha..terjah2 zazzz...

fadh leyanie said...

@penjajah minda
ahaha..

fadh leyanie said...

@aReLaN
shopping punya pasal..:P

fadh leyanie said...

@RayQuaz
trima kasih :)

fadh leyanie said...

@awEEN
banyak sangat org lepas angin kat situ,,sampai masuk dalam perut..

fadh leyanie said...

@NZ Diaz
atok tamak..last2 rugi..

fadh leyanie said...

@Marcella
selai je beb..tak cukup tu..

fadh leyanie said...

@aQimie Ceplos
kalau aku terkena betul2,,mintak dijauhkanlah

fadh leyanie said...

@nGiau
bukan dapat untung lagi..rugi bertambah.

fadh leyanie said...

@Juliet_iRa~"
jalan TAR penuh orang,,:P

fadh leyanie said...

@izzahdegreat
boleh geng dengan mak aku la ni

fadh leyanie said...

@Nur Aischa
ku salmi kuat pengaruhnya :)

fadh leyanie said...

@Ahmad Syuxer
kah3 kerajaan usus kebuluran rakyatnya

fadh leyanie said...

@NHMS
apa lagi beb,,belilah :)

fadh leyanie said...

@emy zulaiha
mmg pun ..depan dia baik..belakang..hanya Tuhan yg tau.cis!

fadh leyanie said...

@LAici KAng Ais
tu la,boleh terlupa pulak nk makan.

fadh leyanie said...

@soooooour
tak g pun,,teruk aku kene santau..kah3

fadh leyanie said...

@Sha. N.
lain kali brekpas akan ku ambil :P

fadh leyanie said...

@aniki
tu la,untuk sapa baca diary aku ni..kah3

fadh leyanie said...

@sharul izam
watak ku salmi tu sengaja aku masukkan

fadh leyanie said...

@アヌムちゃん
nak tambah best lagi beli 10 ..:P

fadh leyanie said...

@r-5
ko macam pernah ada pengalaman je makan cendol ada bulu pakistni..haha..

fadh leyanie said...

@Juliet_iRa~"
mesti di cobain nanti :P

fadh leyanie said...

@TiraPengemis
best untuk makcik2..haha

fadh leyanie said...

@ZORA
bila lagi nak sakan..

fadh leyanie said...

@Nesa Wazir
perut nesa kuat ..:P

fadh leyanie said...

@MiSz fiFiEyQa
mmg pun,,mereka tidak menyedari hakikat sebenar yang hakiki yg mereka tua.:P

fadh leyanie said...

@Yumida
pepatah baru tu :P

fadh leyanie said...

@Popoi
yeap kna makan dulu :P

fadh leyanie said...

@♪ cik katak ♪
santau ni mmg tak dak ubat..

fadh leyanie said...

@Puan Kutu
ha`a..baru sedar kesilapan tu..keh3

ZORA said...

btw tentang dhia best...tgh layan skang ni..hahahaha

haney said...

santau shopping. hahaha

Iznie said...

hooho...ingatkan betul santau...cuak ni...hehe

nurkaloi said...

heheh skrg fames sbut psal santau
gara-gara si mak mertua dhia

teyn teyn said...

kelakarlah ayat awkkk .. hahahaha

hazwani yusof said...

ahaha. akibat skip breakfast smpai terspoilt mood nak shopping. fehh rindu lah nak shopping barang2 sekolah :D

aleen aiden said...

perghh,dah lame tak merewang di jalan tar.kah3

delarocha said...

a confession of shopaholic

Anies Anessa said...

tergoda dengan cendol tue..hehe

Miss Purple Ungu said...

wah...shopping sakan nampaknya
siap beli kain langsir tuk raya thn dpn hehehe :)

fadh leyanie said...

@ZORA
bapak aku pun layan cerita tu..:P

fadh leyanie said...

@haney
keh2..itulah golongan perempuan :)

fadh leyanie said...

@Iznie
mintak dijauhkan tu,,:P

fadh leyanie said...

@nurkaloi
mak dia ni,bilalah nak mnyesal..cis!

fadh leyanie said...

@teyn teyn
kelakar secara spontan:P

fadh leyanie said...

@hazwani yusof
feh..apalagi.Jom bli kapur kasut skolah.buat koleksi :P

fadh leyanie said...

@aleen aiden
banyak promosi disitu,bnyk jugak pghasut

fadh leyanie said...

@delarocha
aha..thats true!

fadh leyanie said...

@Anies Anessa
cendol lazat!:P

fadh leyanie said...

@Miss Purple Ungu
itu mak yang lebih2 :P

syafiqakarim said...

hahah santau.santau.kasi bako.

fadh leyanie said...

@syafiqakarim
rambut lu cun la..:P

nasha sanza said...

hoho..santau ke??

Mata Pena Fadz said...

lau kena btol2 sush taw...

budak penjara said...

haha terpengaruh ngn kusalmi

Aida Omar said...

panjang gila cerita dia..paling tak tahan tu hampir pitam pasal x sarap yang dikatakan santau angin tu..haha. gila betul kamu nie :P

✿Dear Yayah✿ said...

apekehenye org tu menipu..ish..teghok betoi :P

bestnyeee sis shopping~

sampai 6 selendang dirembat~ woooh.

berapa harganye? heh

fadh leyanie said...

@nasha sanza
santau shopping :P

fadh leyanie said...

@Mata Pena Fadz
kna panggil bomoh thailand la soh fight balik :P

fadh leyanie said...

@budak penjara
pengaruh satu malaysia habis

fadh leyanie said...

@Aida Omar
keh3..ikutkan panjang lagi celita tu.di pendekkan sikit :P

fadh leyanie said...

@✿Dear Yayah✿
orang nak cepat untung mmg ghitu,last2 rughi padan muka,6 helai rm 70 ~:P

JEJAK LU ORANG