Friday, July 20, 2012

APA KEJADAHNYA

Salaam alaykum, semoga korang berada dalam situasi tak parah macam kucing ni.
kalau aku jadi kucing tu aku akan cakap
"MEMANG DASAR MANUSIA SUKA SANGAT NAK BERDENGKI.. KAU INGAT KAU COMEL SANGAT LA .GEDIK .."--> suara cool.

sumber : dari facebook ku cilok.Lantak la kau,sebenarnya aku tertarik dengan dialog dan mimik muka budak tu je..




dan aku frust dalam bahasa melayu kecewa..sebab laptop aku kan hari tu buat hal ianya boleh on tapi tak keluar apa-apa kat skrin ,hantar pi repair kat PC Clinic at Challenger(The Mines) doktor situ kata motherboard lappy aku rosak jadi aku kena la bayaq.... ogkosnya.... RM 480 tunai...maka,melayang lah duit aku.(aku kecewa) untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan ,lappy aku compaq41,compaq ni mmg cepat rosak ke? hadoo..


Aku punya lah jaga lappy ni dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang punah.RM 480..sejurus sahaja lappy aku selesai dioperate prungpangprungpang..aku agak sedikit gembira "agak la".Tak kisah lah mungkin duit tu bukan rezeki aku sepenuhnya mungkin ada hak orang lain.Aku pun bawak balik la lappy dengan sesuka hatinya...dan.......memang la lappy aku dah pulih tapi malangnya mengalami kecacatan dalaman (dari segi mental) di mana google chrome browser aku tak boleh berfungsi meskipun aku dah uninstall yg lama dan download yang baru tapi masih tak berfungsi (sekali lagi aku kecewa)..


dan........bluetooth aku juga tidak berfungsi membuatkan berlaku sedikit komplikasi bagi aku.Dah tanya kawan aku,dia kata kena cari driver. Apa dia? driver ? driver mana ni? bas ? taxi? aku bukannya mahir bab-bab komputer ni (sekali laginya aku kecewa),..


dan .. phone number  aku telah diceroboh oleh jembalang konon-konon misteri (toyol mana tah) dan..aku kecewa jugak dengan sikap segelintir masyarakat yang kuat berlakon (berpura-pura baik) yang mengalami masalah mental sebenarnya ,


 kekecewaan berlaku berlipat kali kegandaan..Selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia kepada korang semua.Semoga Ramadhan ini membawa cahaya ilahi.-sekian,aku frust siot.


#bapak ku sayang tolong putarkan telur bersama tepung,planta,gula,cornflakes..dengan mesin .katanya " orang dulu-dulu buat semua ni pakai tangan je".Ya la abah,takkan pakai kaki pulak.kuikuikui..

JEJAK LU ORANG