Friday, November 14, 2014

Panggilan Misteri




Nak di al kisah kan, sekarang ni bulan 11 kan. Ni kisah bulan 9. Aku dapat satu panggilan misteri. 
Aku ni jenis kalau ada missed call nombor tak kenal aku biarkan. Aku save nama nombor tu sebagai "Entah".

Nak di al kisah kan, suatu petang lepas aku balik kelas bulan 11. Nombor tu telefon lagi.
Keluar dekat screen phone aku "Entah"

Lama jugak bunyi tapi aku macam ragu-ragu nak angkat panggilan "Entah" tu. Seriau.

Selang beberapa jam nombor "Entah" call lagi.
Hai..ini macam panggilan penting.

Aku check la kat Whatsapp kot ada keluaq gambaq "Entah". Tapi takde. "Entah" takde whatsapp.

Tiba-tiba masuk peti inbox aku.

Pesanan dari "Entah"

"dik kbrx mcm mn sht sxg ha2"

Ha! aku terus call nombor "Entah" tu dengan berbaki kredit RM 2.60. Sebab aku kenal dia.

Rupanya tu panggilan daripada Kak Rin (bukan nama sebenar) perantau dari Surabaya, Kak Rin mengalami masalah. 
Kak Rin lingkungan 35 tahun. Bekerja di Malaysia untuk menyara anak-anaknya di Surabaya.
Kak Rin tanya aku pasal kerja kosong. Kata Kak Rin dia dah tak kerja di tempat lama sebab hampir tertangkap dengan imigresen dan bekas boss bayar gaji dia lambat. Sekarang ni pun tinggal di rumah kongsi. Bukannya aku tak boleh tolong, hal ini menjadi rumit sebab Kak Rin tiada permit. Aku ingat lagi, sebelum ni ada driver Tan Sri dotdot datang jumpa Kak Rin mintak dia kerja balik dengan Tan Sri. Tapi Kak Rin tak nak (jawatan sebagai cleaner pejabat) sebabnya, gaji dia lewat masuk. 

Sebelum kes kak Rin, aku pernah berdepan perantau dari sana yang intellectual orangnya, lulusan Universitas katanya, golongan sederhana tapi bila sampai Malaysia dia kena tipu dengan majikan. Majikan janji macam-macam. Janji hampeh.

Aku tak salahkan Kak Rin yang tanpa permit, nasib hidup memaksa dia untuk bekerja di sini. Dan.. yang lagi aku kesian. Gaji Kak Rin tak sampai RM50 sehari (tak silap RM900 per month), tapi kerja 10 pagi-10 malam..tak boleh cuti melainkan sakit. No life kot. Tak patut.

Kenapa aku boleh kenal dengan depa semua ni, itulah hasil pengalaman cuti 3 bulan uia. aku mengambil masa untuk kenal masyarakat umum termasuklah guard Nepal yang tak tau cakap English dan Melayu.. kenapa ambil mereka sebagai guard sedangkan basic language pun depa tak tau. Sebab bayar murah.

7 ,134 blogger sensasi komen:

Izrah Zulkarnain said...

ohh kesiannya dekat kak rin :(

btw saya pun kalau orang tak kenal call, saya save number dia "Entah" .

Sham said...

6.7 juta dh org asing kt msia ni woo...heh3...

ewanthology said...

klu masuk secara tidak sah memang macam tu lah... mudah kena tipu...sebab majikan tahu diorg tak berani report polis.

Nastyna said...

setahu saya, kita ada perjanjian ngan Nepal hal hal guard mudguard ni bagi kat depa sebab depa tolong kita masa dulu dulu tu... setahu I la. kesian kan dorang.

Afiqah said...

woww bahayanyaa

E'in said...

hahahaha.. lau ein no yg xkenal mmg xkan angkat.. silap2 letak name org tu "si gila" kejam gileeeeeeeeeeeeee

Jane said...

bersosial x kira budaya, asal, agama dan pelbagai...pengalaman tuu

JEJAK LU ORANG