Thursday, October 30, 2014

Proses Mengejutkan Jasad Seorang Islam.






Tak semua orang suka mengejutkan orang bangun dari tidur. 

Bagiku perbuatan menyuruh aku mengejutkan orang lain dari tidurnya adalah tersangat berat dalam erti kata lain membuatkan aku rasa bersalah, rasa kesian bila kena kejutkan orang lain bangun dari tidur. Meskipun dia tidur berlebih-lebihan masa. *Tak bangun Subuh? nak kena babap ni..

Di sini aku ingin berkongsi antara adab-adab mengejutkan orang bangun dari tidur.

Pertama, gerakkan jasad yang sedang tidur secara perlahan-lahan. Elakkan mengerak jasad yang sedang tidur dengan kuat dan kencang kerana perbuatan ini boleh menyebabkan roh tak sempat masuk dalam jasad k tipu, bukannya apa kalau kita gerakkan jasad dengan kasar dikhuatiri mood seseorang yang sedang tidur dan baru sedar akan bertukar menjadi marah.

Kedua, gunakan bahasa yang sopan ketika mengejut..jangan menjerit-jerit dan memekik seolah-olah beg anda baru lepas kena ragut. Budi bahasakan budaya kita. kalau tak nak bangun jugak bisikan perkataan “ Marobbuka”

Ketiga, pastikan sebelum mengejut jasad, anda selaku tukang kejut memeriksa kadar cahaya di sekeliling jasad, pastikan cahaya terang benderang untuk memudahkan proses mengejut jasad.

Keempat, jika jasad terlampau liat sangat nak bangun, dinasihatkan ambil sesudu kecil air sejuk dan tuangkan ke atas kelopak mata jasad yang liat nak bangun. Kalau nak simbah air satu baldi kecik pun booleh


2 ,134 blogger sensasi komen:

Unknown said...

sy ni kalau time tido mati kejutlah mcm mn pun mmg xsedar langsung huhuhu

Afiqah said...

ohh mcm tu ek kak? haha
saya susah juga kekdg nak bgun. bukan kekdg hehehe :P

JEJAK LU ORANG