Thursday, June 18, 2015

Kapal Tangki dikesan

Ingat lagi kes kapal tangki yang hilang? Kapal tangki ditukar nama dan cat? Nah, nak share berita.

Kuala Lumpur: Kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang sejak Khamis lalu, dikesan berada di perairan Kemboja, menurut Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Ketika dihubungi Bernama di sini hari ini, beliau berkata pada masa ini kapal berkenaan sedang diawasi dari udara oleh pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Udara Diraja Australia.

Beliau juga mengesahkan bahawa kapal itu sudah ditukar nama dan catnya.

Kapal MT Orkim yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada 8.57 malam pada Khamis lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal termasuk 16 rakyat Malaysia. Anak kapal lain terdiri daripada rakyat Indonesia dan Myanmar

Sumber dari BERNAMA

Harap semuanya dalam keadaan selamat.

1 ,134 blogger sensasi komen:

Zierwa Zainal said...

zz baru baca berita ni tadi. harap2 semuanya selamat.

JEJAK LU ORANG