Wednesday, November 4, 2015

Bersandar di tiang Monorail

Eh bang, kau jangan sandar boleh

Isu marcapada untuk rakyat umum seperti kita. Ayat berbaur politikus. Tetapi tidak. Foto ihsan google image.

Aku kadang tak faham spesis manusia yang suka bersandar pada tiang padahal dah tahu dah yang penumpang lain nak harapkan tiang tu untuk stabilkan diri mereka dari terjatuh. (untuk mereka yang berdiri) Apa mereka buat? Berpaut pada tiang. Kami berpaut supaya kami tak jatuh. Gedebuk.

Ini kisah aku yang lalu, daripada stesen Jalan Imbi. Aku kena tolak. Dah apahal dengan rakyat Malaysia ni. Nak kata kecik dah dewasa. Yang kau tolak-tolak apahal. Kau nak ambil kesempatan ye. Bedebah.

Malu pelancong asing pandang. Memang begini sikap rakyat Malaysia? Tak reti beratur. Tak reti bersabar.

Balik kepada cerita sandar tiang. Waktu ramai-ramai orang dalam train, dia dah nampak tu kami dok berpaut tiang, boleh pulak mamat badan sihat tu bersandar dkt tiang. Dear my brothers and sisters, u gais kalau naik monorail, lrt. Plisss...plisss..jangan sandaq kat tiang!
Tiang bukan tempat bersandar. Kasihani lah kami yang tak dapat menstabilkan diri ini.


7 ,134 blogger sensasi komen:

Melissa Muklis said...

susahkan kalau pengguna pengangkutan awam tapi pentingkan diri..

ma ❥ said...

betul selalu sy bengang gak dgn org sandar2 tp selalu yg sandar ni gurl.. grr ni lelaki pulak sandar..

amira faqihah said...

betul2,selalu je naik train tak boleh pegang tiang,,lepas tu badan jadi tak stabill

Putri said...

Kalo akak g kl..selalu jugak naik lrt.memang pernah jumpa jenis
macam ni.kalo pompuan yg buat..memang akak selit je tangan
pegang tiang.ko igt tiang tu ko punya. tp kalo laki...huhuhu
X brani. Silap haribulan kena tuduh gangguan seksual

Muhammad Faizal said...

kita sandar reramai kat tiang tu, biar patah...baru tau...pentingkan diri betui...

Zizie Zack said...

pegang je org yg bersandar tu.. haa.. baru tahu! kekeke

fadh leyanie said...

@Putri
aduhai xpasal kita pulak yg kena..hahaa

JEJAK LU ORANG