Saturday, November 21, 2015

Hidup Bermadu


Macam biasa hujung minggu aku akan balik rumah suami aku. Hujung minggu jugak aku kena siapkan assignments. Stress. Nampak tak kat sini tanggungjawab aku ada dua. Isteri dan pelajar. Kahwin muda? Siapa suruh?

Kalau dah jodoh, ekonomi stabil dan yakin untuk pikul tanggungjawab. Itu yang kahwin awal. Dalam rumah tangga ini jangan kau ingat pelangi selalu. Ada jugak ributnya. Al-maklum aku isteri no.2. Jangan kutuk aku lagi. Baca sampai habis boleh.

Seronok jadi isteri kedua?
Banyak dugaan jugak. Orang tak suka. Tapi madu aku ok je. Mak mertua pun ok. Aku menantu pilihan.

Cuma, itu la. Kena saling toleransi, berbaik sangka. Alhamdulillah, aku dikurniakan suami yg memahami, adil dan tak pernah berhenti memberi sokongan padu untuk aku terus maju. Waktu aku susah dia ada. Waktu aku senang pun dia ada. Konklusinya suami aku sungguh sempurna.

Pandang serong? Maaf lah cerita kat atas hanya lah rekaan. Tak perlu la aku rampas suami orang. Choi. Mintak simpang.

Ada siapa hidup bermadu? Mari kongsikan pengalaman anda.

10 ,134 blogger sensasi komen:

ct cheery said...

Rekaan jer ke?

Nabila Syifa said...

jarang org bahagia hidup bermadu.biasanya mcm lagu ' umpama teratai di tasik madu' erk? mcm xkena jerk?

fadh leyanie said...

@ct cheery macam betul ke..rekaan je ni..hihii

fadh leyanie said...

@Nabila Syifakena tgk balik lirik..mgkin boleh kena..:D

Wardah Aneesa said...

Betul ke kak?

Media Sensasi said...

Nak hidup bermadu nie suami kena adil..kalau tak,memang perang dunia la jadinya

ma ❥ said...

ganjaran payung emas tp kalau tak nak bermadu kene jaga suami elok2 la hehe

DariMataHati said...

hahaha... baru nak feel baca. hampeh!

Muhammad Faizal said...

madu itu manis...ermmm....

fadh leyanie said...

wardah: memain je..

JEJAK LU ORANG