Saturday, March 30, 2013

TU..ISTERI DIA TU ANAK MURID DIA


ala-ala cenggini la rambutnya

Waktu: Cacamarba
Tema: Realiti dari kenangan
 
 
        Masa tu malam sekitar pukul 10 malam selepas solat Isyak.Tiada bunyi lagu berkumandang dari Sinar FM. Bapak aku merehatkan minda sambil menghembuskan asap rokok di hadapan laman rumah menghadap bukit, manakala kami anak beranak termasuk opah, mak dan adik beradik lain di dalam rumah.
Seperti biasa malam itu tenang. Tiba-tiba mak aku rasa tak sedap hati setelah melihat bapak aku bersama seorang lelaki berambut panjang di hadapan pagar rumah. Entah apa dan kenapa tak tahu. 

 "lelaki itu nak mintak duit untuk beli dadah?"

        Lelaki itu hadir bersama basikal. Mak aku fikir lelaki itu penagih dadah rupanya tanggapan itu salah.
Kata bapak aku, itu sahabat lama dia sewaktu bersekolah dulu. Kiranya berpuluh tahun tak jumpa.Tajam sunggguh pandangan dan memori lelaki itu. Dia masih mengenali bapak aku meskipun cahaya samar-samar gelap.
Aku tanya, "kenapa rambut dia macam tu abah?"

“Rock OO!!!” 

Bapak aku kata, dia memang begitu semenjak dulu lagi. Gila sikit orangnya tapi normal. Pergi sekolah nama je pakai uniform tapi style rock kapak tu masih ada..dan dia sampai sekarang masih tak kahwin lagi, nak masuk 50 tahun dah umurnya. Bujang terlajak.

        Kemudian bapak aku bukak cerita lagi tentang seorang kawan sekampung, pun masih tidak berkahwin lagi. Bapak aku kata dia tak mahu kahwin. Kawan dia yang ini pandai melukis, pandai melakar potret wajah,orang seni.Tapi tak mahu kahwin.*aku rasa cinta pertama dia kena kawin paksa ikut pilihan keluarga


foto hiasan
Sedang berbual dengan opah, opah pulak bukak cerita dan aku pasang telinga. Perbualan antara mak dan anak itu aku dengar. Aku jadi orang bisu tapi tak pekak tuli. Kata opah

"Li ingat tak kawan Li yang nama Ravi (aku kurang pasti,namanya kurang jelas), rumah mak dia terbakar, sekarang mak dia ambil upah memasak dekat Restoran"-opah

"oh dia tu, ingat. Mana dia sekarang?"-abah

"entah, dia tak tinggal sekali dengan mak dia"-opah


        Pagi esoknya, kami sekeluarga bersarapan di sebuah kafe yang ada menyediakan sajian roti canai. Sedang rancak makan, tiba-tiba bapak aku aku disapa seorang lelaki seusianya juga. Lelaki itu bersama isterinya. Aku fikir, mungkin ini kawan sekolah bapak aku jugak.
Tekaan aku betul. Lelaki itu tampak biasa. Rupanya dia seorang yang dihormati, pengetua di salah sebuah sekolah menengah di Perak. Bapak aku bukak cerita lagi, 

“ tu..isteri dia tu anak murid dia” 

dia kenal dengan isteri dia semasa isteri dia di tingkatan 6.
Tiba-tiba datang si tukang amik order, dicapainya kertas bill atas meja.Kami sekeluarga pelik.Tak habis makan lagi,tak bayar lagi tapi bill dah disambar.
Rupanya, pengetua sekolah belanja kami makan.






Saturday, March 23, 2013

TERIMA KASIH BAPAK MERANGKAP ABAH

Kadang-kadang kita terlepas pandang pengorbanan bapa kita kerana pengorbanan ibu terlihat dengan jelas..
manakala pengorbanan seorang bapa kadang-kala tersembunyi.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra katanya: “Seorang lelaki datang kepada Nabi saw lalu berkata: “Siapa yang paling berhak untuk aku melakukan ihsan dalam persahabatan dengannya?” Nabi saw menjawab: “Ibu kamu.” Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab: “Ibu kamu.” Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab: “Ibu kamu.” Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab: “Bapa kamu.”
Dalam hadith ini menunjukkan keutamaan berkhidmat kepada ibu 3 kali ganda melebihi khidmat kepada bapa kerana Nabi saw menjawab tiga kali ibu dan bapa disebut yang keempat.

Namun demikian, jangan lupa seorang bapa juga mempunyai hak untuk dihormati.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda; “Jangan kamu benci kepada bapamu. Siapa yang benci kepada bapanya, kebencian itu bererti kekafiran"

Konklusinya, hormati lah kedua orang tua mu.

Sayang abah.











JEJAK LU ORANG