zone aksara yang terkandung dalam diari kekal dan kadang-kadang menjadi pentas puisi dunia
Sunday, June 21, 2015
Amaryllis Boutique
Thursday, June 18, 2015
Kapal Tangki dikesan
Ingat lagi kes kapal tangki yang hilang? Kapal tangki ditukar nama dan cat? Nah, nak share berita.
Kuala Lumpur: Kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang sejak Khamis lalu, dikesan berada di perairan Kemboja, menurut Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.
Ketika dihubungi Bernama di sini hari ini, beliau berkata pada masa ini kapal berkenaan sedang diawasi dari udara oleh pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Udara Diraja Australia.
Beliau juga mengesahkan bahawa kapal itu sudah ditukar nama dan catnya.
Kapal MT Orkim yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada 8.57 malam pada Khamis lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.
Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal termasuk 16 rakyat Malaysia. Anak kapal lain terdiri daripada rakyat Indonesia dan Myanmar
Sumber dari BERNAMA
Harap semuanya dalam keadaan selamat.
Wednesday, June 17, 2015
Kerja dan Ramadhan
Hiii Assalaam alaykum, aku baru selesai formal interview dengan satu company ni..punya lah dari semalam dupdapdupdap!! Aku prepare bercakap seorang diri sebagai persiapan interview, buat sikit research pasal company tu ya la kan supaya takde lah berlaku sebarang kegagapan bila interviewers tanya.
Interview berjalan lancar. Sekarang tengah dok tunggu keputusan.Katanya dia akan call. Harap lah aku dapat. Sebab organization tu kata dia nak reqruit employee yang boleh kerja lama. Kalau 3 bulan macam aku tipis sikit lah harapannya.. Kenapa 3 bulan? Sebab sekarang mid sem break.
Oh ya Ramadhan datang lagi!! Jangan membazir di bulan Ramadhan!!
Murtabak nak, bubur lambuk nak, kuew tiaw nak, tepung pelita nak, akhirnya ada yang terbuang. Salaam Ramadhan!!