Assalamulaikum..setelah hampir 2 minggu aku koma..ya.
itulah hakikatnya...semuanya ada hikmah..
hampir 2 minggu blog aku menyepi tanpa berita tanpa cerita
dan hampir sebulan aku tidak pulang ke rumah.kini aku kembali bermaustatin di rumah..(hanya untuk berhujung minggu)
eleh..baru sebulan je pun aku tak balik rumah bukan 9 tahun.eleh belajar dalam Malaysia je pun bukan luar Malaysia..tak kisah la belajar di mana pun..selagi aku hidup
selagi itu ilmu aku cari..bahang kesibukan semakin menyibuk dalam kehidupan harian..yang sebenarnya..ada beberapa kisah manusia yang ingin aku kongsikan bersama kalian.bukan tentang aku..tetapi tentang mak cik bertudung labuh berkasut crocks purple di perhentian KTM seremban..melalui pemerhatian secara rawak.aku kasihan melihat dia..dia tidak berjalan seperti orang lain..langkahnya perlahan..melalui langkahnya itu..aku tahu siapa dia..dia seorang ibu yang gigih ..
kalau aku menjadi dia..aku akan memakai tongkat..tak pun sekadar duduk di atas kerusi roda..betapa kuatnya wanita itu untuk menongkah arus kehidupan.aku tidak pasti ke mana arah tujunya..boleh kalian bayangkan..
kalau berjalan pun sudah perlahan dan hanya mampu melangkah kecil..apatah lagi hendak menaiki tangga ?
mujur mak cik itu bersama suaminya..si suami sabar berjalan seiringan bersama isterinya..
si suami memimpin tangan si isteri semasa menaiki tangga jejantas untuk menyeberangi gerabak ..lantas aku merenung..itulah peranan suami isteri..saling bantu membantu..dan di arah yang berlainan..aku memerhatikan sepasang pasangan muda yang sedang bercinta..bagaimana aku tahu mereka sedang bercinta?ya...banyak aksi-aksi kegedikan melampau di situ.hampir 20 minit aku berdiri menanti ketibaan KTM..lelaki itu tidak pernah melepaskan pimpinan tangan si gadis,,persoalannya..sampai hari tua kah lelaki itu akan menjaga si gadis itu sebagaimana pasangan pak cik dan mak cik yang aku lihat..adakah mereka akan menghargai satu sama lain hingga ke hujung nyawa..