Assalamualaikum kalian,kali ini patik..patik? ingin berkongsi sesuatu :
Semalam,semalam,semalam
Bukan hari terang
Cahaya bulan rasa kelam
Hati rasa berang
Inilah namanya malam
Malam tanpa sinaran garang.
Mendapat kiriman salam.
Kiriman salam semalam menjadi sejarah
Esok menjadi misteri
Dari anak sultan digelar tuanku
Hati ketawa hilang amarah
Wahai saudara dan saudari
Anak raja ini mencuit qalbuku.
Anak raja mana ini? siapa gerangannya?
Inilah anak rajanya..rasa kelakor pulak dengan gaya bahasanya…keh..keh..keh..=_=`
terlebih puitis menjadi dramatik
dan akhirnya menjadi sarkastik
yang kelihatan seperti plastik
awas kaum Adam : ini adalah cara mengayat yang kurang sesuai untuk kaum Hawa
Erkk...
Ayuh dayang-dayang siapkan kamar putera mahkota,
Lekas-lekas tuanku mahu beradu memejam mata.
-Sekian
Sinaran rembulan yang indah |
p/s :Adakah tuanku akan murka...adakah..apakah..kena..hukum pancung..buang negeri..baiklah merepek di sini.Hey lamanya tak update blog ni.Baru ku sedar..