duduk diam tak bergerak
entah mati atau hidup
aku pun tak tahu
memang kau hidup sendiri
andai kau segulung lukisan
berus warna ingin ku gapai
calit calit terus calit
biar sayap gerak kembali
agar dapat kau terbang tinggi
capai realiti
oh kupu...jangan kau jadi kupu mati
bangkit..bangkit......
watak 1 :
"dia tu nampak je jahat tapi hati dia baik walaupun mulut dia agak lancang dan kencang"
watak 2 :
"dia tu nampak je baik tapi hati dia jahat walaupun dia suka bagi tazkirah"
watak 3 berkata:
"namun siapa kita untuk menilai hati dan watak manusia ? dah kenal lama baru kita tahu watak sebenar"
"putih bersih atau hitam kotor"
"manis gula atau pahit ubat"
"baik atau buruk"
"rajin atau malas"
"ramah atau angkuh"
*******************************************
Betul la kata orang , lagi jauh perjalanan kita sebenarnya lagi luas pengalaman.Dan apabila timbulnya konsep luas pengalaman sebenarnya menambah lagi cabaran. Pelbagai cabang masalah dan dugaan timbul.Dan apabila datang pula konsep masalah , mengajar kita erti kepayahan.
Dan dari erti kepayahan itu sebenarnya mengajar kita untuk berfikir dan belajar menilai sesuatu perkara dengan lebih baik.Sejauh manakah mampu kita berfikir menggunakan 10 million neuron yang terdapat dalam otak?
" berfikir membuatkan kita semakin matang.Adakah benar? "
Masa zaman kanak-kanak dulu aku langsung tak ambil kisah pasal masalah sekeliling.Aku dengan dunia aku.Dunia patung kertas.Tapi kini lain.Aku kena ambil tahu.
" dunia kanak-kanak berbeza dengan dunia dewasa "
"dunia politik berbeza dengan dunia lorong kaki lima chow kit"
"duniawi berbeza dengan akhirat"
"egois berbeza dengan emosi"
Bila usia dah makin meningkat baru aku tahu banyak lagi benda yang aku kena fikirkan dan banyak lagi perkara yang perlu aku selesaikan dan banyak lagi situasi yang perlu aku berdepan.Dan situasi yang paling kurang digemari itu sedang berleluasa sekeliling aku.Manusia datang dengan pelbagai topeng tanpa diketahui rupa sebenarnya.
" takut dengan manusia topeng "
kita semua manusia topeng.? mungkin ada yang masih asli wataknya.
" jangan meletakkan kepercayaan 100% kepada individu jika tidak yakin dengan wataknya "
Mungkin ini coretan akhir dari aku .Selepas ni aku mungkin kembali sibuk dengan dunia nyata selamat tinggal dunia maya.
UIA dah panggil aku balik, 3 bulan lebih dah aku cuti.Otak yang kosong dengan angan ini ku harapkan dapat befungsi secara normal.
Menjelang 9/9/2012 aku akan masuk bilik baru di blok H mahallah Asiah dan roommate yang baru.Harap-harap bakal roommate kelakuannya ok.Tension jugak kalau roommate yang k.o. ya la,nak tinggal sebumbung selama 4 bulan kena la sejiwa.
*cakap macam aku ni baik sangat.
Untuk sem baru aku kali ni,aku kena rancang waktu dengan bijak..
*eh tiba-tiba jadi baik
dan untuk sem baru ini juga aku harapkan semuanya berjalan dengan lancar.
4 bulan di semester baru sehingga Januari 2013.Masa akan berlalu dengan pantas dan macam-macam perkara boleh terjadi.Bye.
.......................