dan aku bersyukur kerana masih hidup lagi . Dan.. masih boleh tersenyum melihat manusia yang berrrrmacam ragam dan terrrrrkadang tu rasa macam hilang sabar pun boleh jadi...amboii awak..puakanya mulut..xde insurans..*kenyit mata kanan, tekankan bacaan r yang yang berganda..ku tak berapa suka dengan kelakuan manusia yang tiada adab dalam bicara
Diari Dua Puluh Tujuh
Ku rasa 27/11/13 hari yang malang bg aku, pagi2 pegi kelas awal semangat nak amik quiz, 8 pagi, sampai2 depan kelas pintu berkunci, org yg dipertanggungjawabkan membuka kunci kelas sampai lewat..
Usai menjawab quiz, masuk pulak ke kelas subjek lain, 10 pagi, tanpa persediaan, aku dan rakan2 sekelas ku di kejutkan dengan Pop Quiz a.k.a quiz mengejut,..budak-budak dalam kelas "ha!!! quiz?" that quiz cover 10 marks..dan jawapan aku untuk
1 soalan quiz = 10 markah tu adalah bukan idea daripada Naquib Al-Attas(seperti yg soalan mintak) tapi idea aku sendiri..jawapan goreng-goreng..aku harap idea aku sama dengan idea Naquib Al-Attas..
Kertas Midterm exam kami juga telah hilang di Kota London, makanya, untuk mendapatkan 30 markah yang hilang tu terpaksa lah kami mengambil Midterm semula.. stress..
lagi sebulan nak final exam hoii..banyak lagi nak kena bacaaaa...
Balik dari kelas tghri pulak, aku melihat kemalangan antara kereta Myvi Putih dengan penunggang motosikal, kereta masuk selekoh tak bagi signal, bahaya weh
Balik dari kelas malam pulak, hujan turun dengan lebatnya, macam mana dalam keadaan hujan tu kami nak jalan kaki pulang ke mahallah (kediaman pelajar perempuan), aku dengan member dah risau..jam dah 10.30 mlm, pukul 12 tgh malam pulak kena register subjek secara online untuk tahun ke 3/2014,takut kami tak sempat, dalam kerisauan tu, Allah bantu kami, seorang lelaki berpangkat doktor menegur dan mempelawa kami untuk menaiki kenderaannya, ku syak itu ustaz yang mengajar subjek Arab, dalam kereta dia ada kertas students yg ambil exam Arab
27/11/13 dan aku masib boleh tersenyum, alhamdulillah, subjek untuk tahun 3 aku dah berjaya daftar
Senyum.
Siapa yang menabur senyum
Dia lah yang akan menuai cinta.-A.H
p/s: senyum itu sadaqah.senyum juga boleh berjangkit.maka,sebarkan lah senyum-senyuman mu...jangan lah kedekut sangat wak..tapi jangan lah terlebih senyum gila-gila sangat..berpada-pada..nanti orang ingat kau badut