Saturday, May 17, 2014

BAHTERA TENGGELAM TIMBUL



Kita tidak pernah tahu
bila sujud terakhir kita yang bebas
Kita tidak pernah tahu
bagaimana kematian kita yang bebas
Kita tidak pernah tahu
bagaimana nasib kita di sana

Kita semua akan melaluinya
Kita semua akan menitinya
Dalam pada keadaan itu
Terlalu jauh untuk kita berpatah balik
Terlalu lambat untuk kita menginsafi
kesilapan-kesilapan lalu

Dan berfikirlah kamu
berfikirlah kamu
tentang masa akan datang
meskipun kamu rasa masa itu jauh lagi
berfikirlah kamu tentang masa itu
masa yang pasti kamu akan lalui

Sakaratul maut

Semalam aku tidur 10 jam. Top up waktu-waktu tidur yang sebelumnya. Sungguh semester kali ini huru-hara tapi meninggalkan banyak kenangan manis,.Isnin ini final exam aku bermula, subjek praktikal yang paling aku geruni. Doakan aku kengkawan.

Sepanjang hidup tak pernah aku rasa, rasa ini.
Rasa jasad aku tenggelam dalam lautan dalam,
Sepanjang hidup tak pernah timbul persoalan ini
Mampukah jasad aku kembali semula ke permukaan laut
#ayatmetaphor

aku tahu ayat tu agak tergantung..ya la kan..aku pun rasa tergantung sekarang ni -_-

eh bunyi dah macam roh aku pulak yg taip entri ni

1 ,134 blogger sensasi komen:

CD said...

good luck!! zizie pun nak dekat final dah ni... bila la beta nak insaf ni :/

JEJAK LU ORANG