Tak semua
orang suka mengejutkan orang bangun dari tidur.
Bagiku perbuatan menyuruh aku mengejutkan orang lain dari tidurnya
adalah tersangat berat dalam erti kata lain membuatkan aku rasa bersalah, rasa kesian bila
kena kejutkan orang lain bangun dari tidur. Meskipun dia tidur berlebih-lebihan
masa. *Tak bangun Subuh? nak kena babap ni..
Di sini aku
ingin berkongsi antara adab-adab mengejutkan orang bangun dari tidur.
Pertama,
gerakkan jasad yang sedang tidur secara perlahan-lahan. Elakkan mengerak jasad
yang sedang tidur dengan kuat dan kencang kerana perbuatan ini boleh
menyebabkan roh tak sempat masuk dalam jasad k tipu, bukannya apa kalau kita gerakkan jasad
dengan kasar dikhuatiri mood seseorang yang sedang tidur dan baru sedar akan
bertukar menjadi marah.
Kedua,
gunakan bahasa yang sopan ketika mengejut..jangan menjerit-jerit dan memekik
seolah-olah beg anda baru lepas kena ragut. Budi bahasakan budaya kita. kalau tak nak bangun jugak bisikan
perkataan “ Marobbuka”
Ketiga, pastikan
sebelum mengejut jasad, anda selaku tukang kejut memeriksa kadar cahaya di sekeliling
jasad, pastikan cahaya terang benderang untuk memudahkan proses mengejut jasad.
Keempat,
jika jasad terlampau liat sangat nak bangun, dinasihatkan ambil sesudu kecil
air sejuk dan tuangkan ke atas kelopak mata jasad yang liat nak bangun. Kalau
nak simbah air satu baldi kecik pun booleh