Sunday, January 11, 2015

Pengalaman Jatuh Tangga

bukan hantu yang tolak. aku yang cuai.

Jatuh cinta takpa..jangan jatuh tangga.erk.
Terpanggil aku untuk berkongsi pengalaman jatuh tangga. Baru-baru ni aku terjatuh tangga dekat kediaman pelajar(mahallah) masa tu on the way nak balik jumpa family, lepas habis final exam la kata kan..so mood nak balik tu berkobar-kobar. 

Nasiblah waktu tu aku galas backpack. Backpack tu lah penyokong aku dari aku tergolek-golek macam dalam cerita hindustan. Akan tetapi aku mengalami kecederaan jugak. Bayang kan hentakan jisim kg badan aku campuq dengan kg backpack aku. Sakit sangat. Sakit gila baq hang. Hentakan pulak kena dekat penjuru tangga yang agak tajam. 15 saat lepas aku jatuh, aku tak boleh bangun. 4 saat lepas jatuh aku toleh belakang kot ada org yg nmpak kejadian memalukan tu..fuh..xdak yang melihat.


Apakah kesan selepas jatuh dari tangga?..aku boleh jalan normal tak rasa sakit. Yang rasa sakit nya bila nak bangun dari duduk atau bila nak duduk.
Aku khuatir tulang pinggang aku retak. Tapi kalau retak takkan boleh jalan kot

Monday, January 5, 2015

Kerusi Pesawat QZ8501

Melihat akan keadaan kerusi pesawat. Tak dapat aku bayangkan kelajuan momentum pesawat. Tak dapat aku bayangkan keadaan penumpang. Allahu Rabb, moga mereka aman di sana. Al- Fatihah.

Ihsan foto dari BH online.

JEJAK LU ORANG