Tuesday, April 21, 2015

Al-Fatihah

Dari semalam aku punya perasaan aneh. Pukul satu dapat WhatsApp dari Abah, doakan kesembuhan opah.
Pukul 4.45 pagi dapat panggilan dari mama. Pukul 5.15 pagi angkat panggilan Abah.

Opah dah menyahut panggilan ilahi.

Al - Fatihah buat opah. Dan aku masih teringat lambaian opah 3 minggu lepas. Dan aku masih ingat pegangan erat tangannya yang tak mahu dileraikan dari tangan ku.

Al - Fatihah buat opah.

Sunday, April 19, 2015

Bakal Ibu


Ini pendapat aku. Bagi kaum ibu yang ada masalah "normal" dengan kandungan atau rasa tak senang itu dan ini tentang kandungan, (rasa penat, rasa dissapointed, muntah-muntah tak larat nak muntah, penat jalan, etc) aku rasa tak payah lah post pasal perkara tu dalam status facebook. Kongsi dengan suami dan keluarga cukup lah.

Bukannya apa, bila orang lain baca rasa macam meluat, ya la every single time post status mengeluh sana sini. Orang bukan akan rasa simpati, orang akan rasa "eh dia ni, macam tak layak lagi jadi ibu, sikit sikit nak mengeluh perangai macam budak kecik, annoyed nya =='"

itu dari pandangan aku, dari sudut pandangan lain mungkin ya, nak bagi pengajaran bukan senang jadi perempuan hamil.

and ya lagi satu, kalau ada masalah rumah tangga pun perlu ke post status "keberantakan" di facebook? tak perlu.

Saturday, April 4, 2015

Si Buta dan Tingkat 9

Image result for elevator


Satu peristiwa buat aku bersyukur. Aku ada mata. Alhamdulillah.

Lokasi: Elevator yang bisu

Waktu: Tingkat 7

Lelaki India 20 an: Sekarang tingkat berapa kak?

Wanita celik: Tingkat 7, awak tingkat berapa?

Lelaki India 20 an: saya tingkat 9.


___________________________________________

Aku lihat pada butang tingkat 9, tiada berlampu. Kalau lah dia tidak bersuara. Apa mungkin dia akan sampai tingkat 34.

JEJAK LU ORANG