Thursday, July 21, 2016

Corporate vs Clinical

Nak dijadikan kisah aku dapat screening iv invitation dalam clinical field untuk position ABA Therapist. Jarang kedengaran position ni dekat Malaysia sebab Malaysia baru mendapat pendedahan tentang kepentingan ABA Therapist untuk pemulihan anak-anak Autism.  Pengalaman? Aku berpengalaman volunteer dengan anak-anak CP. Cerebral Palsy. Ya Tuhan rindunya depa. Saja la aku apply. Sebab requirement dia bidang aku. Psychology. Dan tiadalah aku mengharap.
Sebab?
Candidates yang hadir hebat-hebat orangnya.. ada yang berpengalaman sedangkan aku fresh graduate..iv semalam in a group, ada lah dalam 10 orang. Dan. Aku sorang berbangsa Melayu. Aku sorang je IPTA.
Apa berlaku during the iv?
First kami dibawa masuk satu bilik meeting yang ada TV. Setiap orang memperkenalkan background masing-masing. Time ni la soft skills kau amat penting..cara kau present diri kau.
Lepas dah present ada questionnaires yang kami kena isi. Bukan soalan MCQ ok. Soalan cases.
Lepas isi questionnaires. Consultant recruitment memaparkan video pendedahan Autism. Dan yang paling menarik agenda kami menjadi observer anak-anak Autism bagaimana cara mereka menjalani therapy. No video no photo! Confidential clients harus dijaga.
Itu Clinical field. Dan aku dah dapat result pun. Tidak terpilih.
Terkini aku lalui interview dengan Management Corporate field ..BIMB Holdings Berhad..  position sebagai trainee dulu untuk 3 bulan if semuanya lancar dan ada rezeki di situ InshaAllah diserap masuk. 
Yang ini ada dua calon. Aku dan seorang lagi hamba Allah. Jika bukan rezeki aku disitu maka rezeki dia. Rezeki masing-masing ada.

Saturday, July 16, 2016

Promosi Anak Bujang

Harini aku ke Kajang berjumpa dengan sanak saudara sebelah Abah. Ada yang 10 tahun aku tak jumpa. Kira lama jugak la kan. Jumpa dulu waktu kecik-kecik.

Duduk la aku semeja dengan geng mandi sungai panjat bukit dengan Abah waktu kecik-kecik dulu.

Ni anak no berapa? Dah kawin? soal mak cik Pah. Pantas aku menjawab anak sulung..tak kawin lagi..

Sambungnya lagi ditujukan kepada mak ndak Aimi, cantikkan anak Li (Abah) ni. Mama pulak ketawa. Aku yang sedang makan tersipu acah2 malu dengan senyuman yang agak palsu sambil menguyah daging masak kurma yang agak liat. Lantas mak ndak Aimi mengiyakan mak cik Pah.."cantik..tengok lah maknya" lol! Abah aku kat sebelah aku kot..kenapa tak cakap tengok la bapaknya.. mungkin sebab Abah sedikit montel comel dan buncit. (muka aku tengah jerawat "berpinak ranak" akibat pelahap segala jenis makanan di hari raya. Apa mereka rabun)

Mak ndak Aimi membuka topik anak terunanya yang bongsu. Yang jodoh masih tidak kelihatan. Yang sudah berkerja 5 tahun di syarikat gergasi minyak Malaysia.. blablablabla.. anak dia ada di belakang meja aku. Aku pasti dia malu dengan tindakan "promosi" dirinya.
Orang busy..takkan nak pegi supermarket cari calon kot kata si anak kepada ibu.

Usai nak pulang. Beriya mak ndak Aimi meminta alamat rumah. Sesampainya di kediaman belum sempat nak text alamat rumah. Abah aku dapat panggilan. Jemputan ke rumah dia..katanya bukan open house. Tapi ada benda nak bincang.(padahal tadi waktu makan2 dia cakap esok dia nak pergi open house orang lain) Gulp! Kenapa aku rasa pasal anak bongsu dia. Awal-awal aku bilang, aku tak nak pergi.

Kesudahnya, Abah selaku ketua keluarga memberi alasan ada hal lain. Jawab mak ndak Aimi. "Takpe..hari lain ada"😲

Pah dan Aimi bukan nama sebenar.

JEJAK LU ORANG