Harini aku ke Kajang berjumpa dengan sanak saudara sebelah Abah. Ada yang 10 tahun aku tak jumpa. Kira lama jugak la kan. Jumpa dulu waktu kecik-kecik.
Duduk la aku semeja dengan geng mandi sungai panjat bukit dengan Abah waktu kecik-kecik dulu.
Ni anak no berapa? Dah kawin? soal mak cik Pah. Pantas aku menjawab anak sulung..tak kawin lagi..
Sambungnya lagi ditujukan kepada mak ndak Aimi, cantikkan anak Li (Abah) ni. Mama pulak ketawa. Aku yang sedang makan tersipu acah2 malu dengan senyuman yang agak palsu sambil menguyah daging masak kurma yang agak liat. Lantas mak ndak Aimi mengiyakan mak cik Pah.."cantik..tengok lah maknya" lol! Abah aku kat sebelah aku kot..kenapa tak cakap tengok la bapaknya.. mungkin sebab Abah sedikit montel comel dan buncit. (muka aku tengah jerawat "berpinak ranak" akibat pelahap segala jenis makanan di hari raya. Apa mereka rabun)
Mak ndak Aimi membuka topik anak terunanya yang bongsu. Yang jodoh masih tidak kelihatan. Yang sudah berkerja 5 tahun di syarikat gergasi minyak Malaysia.. blablablabla.. anak dia ada di belakang meja aku. Aku pasti dia malu dengan tindakan "promosi" dirinya.
Orang busy..takkan nak pegi supermarket cari calon kot kata si anak kepada ibu.
Usai nak pulang. Beriya mak ndak Aimi meminta alamat rumah. Sesampainya di kediaman belum sempat nak text alamat rumah. Abah aku dapat panggilan. Jemputan ke rumah dia..katanya bukan open house. Tapi ada benda nak bincang.(padahal tadi waktu makan2 dia cakap esok dia nak pergi open house orang lain) Gulp! Kenapa aku rasa pasal anak bongsu dia. Awal-awal aku bilang, aku tak nak pergi.
Kesudahnya, Abah selaku ketua keluarga memberi alasan ada hal lain. Jawab mak ndak Aimi. "Takpe..hari lain ada"😲
Pah dan Aimi bukan nama sebenar.
1 ,134 blogger sensasi komen:
Berpinak ranak??? Hahaha
Tersipu malu je mampu hehe selagi bujang mcm gitu la moment2 yg kita kene lalui.. Tp sweet ap. Mana tau jodoh hehehe
Post a Comment