ini adalah Sungai Mariam..biawak-biawak selalu lepak bermandi-manda dekat sini |
As Salam Alaykum
********************************************************
Sebelum ke topik alam sekitar mari aku ceritakan serba sedikit tentang UIAM yang terletak di Gombak,Kuantan,Persiaran Duta,yang dekat Nilai dah tutup semua pakat berpindah ke Petaling Jaya (Asasi)
OH My UIA-GOMBAK !..
Di sini kami mengguna bahasa perantaraan Arab dan Inggeris (dalam kelas)* kat luar lantak hang la nak cakap bahasa apa pun ..
Di sini tersohor dengan unsur Islamik pada mata masyarakat luar *oh..UIA ke..bakal ustazah ni..bakal ustaz la ni ..mesti pandai bab-bab agama..( ciri ini selalunya khusus untuk mereka yang berada dalam bidang IRK-Islamic Revealed Knowledge)
tetapi jangan terkejut sejurus sahaja anda melangkahkan kaki kanan mu masuk ke dalam UIA..pelbagai fesyen akan kelihatan .bukan semua berjubah, bertudung labuh, berkopiah, bersongkok. ada segelintir golongan M-Pop di sini..golongan vogue..mereka semua fashionable..ada yang hipsters ada yang gorgeous uolls..*nak masuk kelas macam nak masuk Pavillion.psst..tak salah berfesyen selagi tak langgar hukum syarak.
foto hiasan |
kadang-kadang bila lihat suasana kat sini,rasa macam kat overseas..berlainan benua satu agama berkumpul bersama, Malaysia,Singapore, Indonesia,Vietnam,Turkey,Uzbekistan,China,India,Kashmir,Mesir,Japan,Korea,Palestine,
Nigeria,Finland,Syiria dan sebagainya *lebih 40 buah negara
Pernah beberapa kali aku dan sahabat aku berjumpa dengan sekumpulan pelajar yang sama Mahallah dengan kami. Mereka sangat ramah sesama mereka, orangnya cantik-cantik putih macam cina berpipi merah semula jadi, pakaiannya pula ala-ala perempuan Hindustani tetapi mereka berbahasa seakan bahasa Turkey dan makanan harian mereka adalah roti, terdetik ingin bertanya dari manakah negara asal mereka tetapi belum berkesempatan lagi.*mohon lihat keseriusan aku
kepada kaum hawa yang tertanya mahallah (kolej kediaman) apa yang paling best di UIA? Mahallah Asiah aku syorkan..sebab mahallah ini la tempat kediaman aku selama 4 tahun *tawaran ijazah a.k.a degree 4 tahun
dan mahallah ini memenangi tempat pertama mahallah terbaik antara mahallah-mahallah lain. Mahallah Asiah mewah,cantik,cun,terbaik dan lebih privasi walaupun agak jauh dari Kuliah (fakulti) .Yang kaum adam pulak aku tak tau. Di sini, kalau kita tidak tahu nama seseorang untuk diajukan persoalan, panggilan sister atau brother digunakan mengikut kesesuaian jantina la..kalau agak-agak macam ada keraguan..kau panggil dia
"manusia neraka tersedia untuk mu!"- petikan bakal seorang doktor jantung adik Ariff Asterisk
"Betul ke budak-budak UIA ni sombong dan berlagak pandai? " jawapan aku tengok pada orang..manusiakan rambut lain warna.. gigi sama putih kuning2 karat.*budak uia terlampau ramah ada.. yang sombong dan pemalu pun ada..
"Betul ke nak dapat 4flat atau dean list dekat UIA bukan celah gigi/susah?" jawapan aku tak semua benda senang kalau kau rajin usaha kau dapat hasil [85 A solid]. Kalau rajin mengulang kaji mempraktikan formula-formula dan kuat daya ingatan menghafal, dalil Al-Quran dan Hadith untuk menyokong sesetengah jawapan, kau dapat [85 A solid]. Kalau kau rajin berusaha,berdoa,mendapatkan restu dan rahmat dari kedua ibu bapa serta bertawakal
insha-Allah boleh.*seorang pensyarah aku sering mengingatkan anak muridnya tentang hal ini.
Tak guna jugak kalau kau usaha lebih akan tetapi mempunyai konflik dengan ibu bapa.*tiada keberkatan ya anak-anak..
Bila tengok langit yang berada di atas kubah biru masjid UIA berdepan dengan perpustakaan,.rasa macam "lukisan"..cantik dan indahnya ciptaan Tuhan.Bila solat dekat masjid UIA,.macam-macam ragam..masing-masing ikut mazhab sendiri.
Ada yang solat sambil dukung anak kecil..ada yang solat pakai seluar nampak kaki..dan macam-macam lagi yang jarang kelihatan di masjid-masjid tempatan.
Masjid Sultan Hj Ahmad Shah-UIAM waktu pagi sebelum jam 10
itulah dia serba sedikit tentang UIA
moh ke aktiviti yang dapat dibuat selain ke kelas !
Lokasi : Tasik Sungai Mariam
Aktiviti : Mengutip Sampah
Hari : Jumaat
Tahukah anda,mereka yang mempunyai dagu berlekuk mempunyai ciri personaliti yang unggul..? contohnya dia seorang yang menjaga kebersihan alam sekitar.. *puiih..puiih..keluar kahak hijau ==`
Persoalan ini sebenarnya menjadi persoalan bagi aku.jadi kepada siapa-siapa yang berdagu lekuk sila kongsikan serba sedikit tentang personaliti anda.
Gambar yang aku pamerkan ini bukan untuk menunjuk-nunjuk tapi untuk dijadikan iktibar atau dalam omputih kita panggil moral values..kepada sayang-sayangku ..sayangilah alam sekitar !!
antara sampah yang aku jumpa dekat keliling Tasik Mariam ni. :
1) botol plastik
2) beg plastik
3) selipar
4) bola tenis
5) bekas polystren
6) jaring
7) kotak rokok
8) cengkerang....blablabla..prungpangprungpang..
Saudari Ilmi yang berusaha menutup tong sampah sementara saudari Husna menutup hidung |
Mari mencari sampah |
Ok, asalnya sampah ni terikat dengan elok dalam plastik hitam tapi jadi cenggini gara-gara anjings liar |
hasil sampah yang dikutip dibuang dengan jayanya |
Berbangganya kami bergambar bersama bahan terbuang, sekaligus aktiviti ini merapatkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain..^^
hubungan antara..
"manusia dengan manusia...
manusia dengan alam sekitar"
hari tu aku nampak orang buang
Artikel berkaitan UIAM:
pusat asasi uiam, cfs iium