Tuesday, January 15, 2013

BUKAN BUTA,PEKAK TAPI BISUKAH AKU ?


"So..apa motif gambar ni ?",  aku nak bagitau yang aku hidup lagi dan sempat berjumpa dengan kawan2 baik aku..

" so , apa motif gambar yang kat bawah gambar tu pulak , 4 jejaka ?", aku nak bagitau yang dorang tu aku tak tau la hidup lagi ke tak.








Salaam alaykum, hai para jelitawan semua..para kekacakan semua..agak kaku nak update entri.3 bulan blog terbiar.Disebabkan kesibukan..facebook aku pun terbiar disebabkan kesibukan jugak *padahal twitter selalu je aku huptodate uolls.

Sumpah aku rasa bosan bila dah habis exam.Sebab takdaq benda yang nak kena pikiaq.*Stress..


Sekarang ni aku tengah cuti Semester, inilah masanya untuk aku berjimba-jimba.*tak boleh jimba sangat la kan sebab lappy aku kat klinik ! aku nak marathon movie2 korea,jepun,melayu,tamil,cina,thailand,fillipina pon tak boleh uolls.

Untuk entri kali ni, mungkin khusus untuk mereka yang suka membaca bukan mengira, setiap individu tu ada kecenderungan masing-masing, eh meleret2 pulak aku ni, inilah dia sedutan setengah karya aku yang belum dibukukan mahupun difilemkan.


_______________________



“kau buat apa tu?” tanya Adnan sambil melihat Lilie yang khusyuk membaca sesuatu. 
“aku tengah baca puisi ,” Adnan tersenyum.Entri itu sebenarnya ditujukan khusus buat Lilie.
Hati mu ku pilih

Hilang segala derita


Hilang segala lemah
Bukan beribu yang aku pinta

Hanya secebis hati mu yang putih


Menjadi milikku cinta *dan blablablanoideanoideastress-_-


“kenapa tak baca sampai habis?” tanya Adnan lagi apabila melihat Lilie ingin beredar. 
“Sebenarnya dari semalam aku baca,dah hafal pun,” ujar Lilie. Lilie memandang tali kasut Adnan yang terurai.Terasa di hati ingin dipijak-pijak tali kasut Adnan. Biarkan Adnan jatuh tersungkur mencium tanah bisik Lilie geram.
“kau ni tak reti-reti nak ikat tali kasut ke? Orang yang lalu lalang  pijak baru kau tau,”
“suka hati aku lah,ni kasut kau ke?” soal bodoh Adnan kembali.
“memanglah tu bukan kasut aku sebab kasut tu ada dekat kaki kau bukan dekat kaki aku,” Lilie mencebikkan mulutnya sambil menjeling Adnan.Adnan membalas jelingan Lilie sambil mengejek Lilie. 

“habis tu kenapa kau sibuk-sibuk nak suruh aku ikat tali kasut ni? kau takut aku jatuhkan? kau takut aku cedera? Betul ?” soal Adnan bertubi-tubi. Adnan tersenyum namun tiada suara terkeluar.Bukan terkedu.
“eh mamat ni.Tak payah nak buat muka poyo tu depan aku.Kau ingat kau tu handsome sangat dan untuk pengetahuan kau...Tu ha,mamak yang tebar roti canai kau nampak kan, kat kedai depan sana tu lagi handsome dari kau,” bebel Lilie membingitkan telinga Adnan. Adnan bukan pekak. Adnan ketawa melihat Sofea yang menyamakan dirinya dengan si penebar roti canai.
“hey lady.. boleh tak pagi-pagi yang indah ni jangan bising-bising, tolong pegang beg aku ni. Aku nak ikat tali kasut,ya la kalau aku jatuh nanti kau risau pulakkan”
Lilie mengambil beg Adidas dari tangan Adnan.Beg yang mungkin berisi kasut futsal fikir Lilie. Adnan mengikat tali kasutnya dengan kemas. Dia sempat menghentakkan kakinya.

Lilie mengalihkan pandangannya kepada pak cik buta yang lalu di hadapannya.
“eh Adnan ! kau ada ketuk kepala aku ke tadi?” tanya Lilie sambil memegang kepalanya.
“eh! Mana ada aku ketuk kepala kau,”
“habis tu kenapa aku rasa macam ada orang ketuk kepala aku?”
“mana lah aku tahu.Tapi..eh! kau jangan bergerak.Stop tangan kau tu.”
“ha! Kenapa pulak ni? kau jangan buat aku takut,”
“Ya Allah,hahaha..” Adnan ketawa melihat muka Lilie yang berkerut.
“kenapa kau gelak-gelak?”
“jangan bergerak.Kalau tak kau yang akan menyesal ,” ujar Adnan sambil mengeluarkan tisu dari poketnya.

“huh! Kau jangan cakap yang gagak berak kat atas kepala aku!” jerit Lilie kegelian.
“ya,cik Lilie.Si gagak telah memilih untuk melepaskan najisnya di atas kepala kau tu.Tu la,pakai lagi tudung warna terang-terang,”
“eee,kenapalah asyik aku yang kena,”
“sekarang ni kau jangan nak menggedik sangat.Biar aku lapkan,”
“sekarang ni bukan aku yang gedik ,kau yang gedik! aku boleh lap sendiri,” Lilie merampas tisu dari tangan Adnan.

“suka hati kaulah,aku cuma nak tolong kau je.Kalau kau lap sendiri aku rasa makin teruk najis-najis tu merebak,” ujar Adnan selamba sambil memandang ke tempat lain.Dia tunduk sambil bermain rumput di kakinya.
“haish! Ya la-ya la.Nah!” kata Lilie lantas memulangkan tisu ke tangan Adnan semula.Adnan berhenti bermain rumput dan merenung Lilie.Dia tersengeh sehingga menampakkan lesung pipitnya.
“ha,tau pun takut.Aku nak tolong jual mahal pulak,”
“kau nak tolong aku ke tak ni?” Lilie masih menghulurkan tisu yang masih belum di sambut Adnan.

“okey,aku tolong. Tapi dalam mimpi je la," ujar Adnan dalam bahasa isyarat .
Dengan teliti Lilie mengelap tudung Lilie. Lilie berhenti membebel dan melihat gelagat Adnan sahabat lain jantina.
“dah habis ke belum?” soal Lilie tangannya masih memegang tisu.
“banyak la tahi gagak tu.. Cuba la kalau waktu tu kau nganga mulut kau,ish..tak taulah aku,mesti sedapkan?” Adnan bergurau dengan Lilie sengaja ingin mencari gaduh dengan gadis garang itu.
“kenapa pulak aku nak nganga mulut tak tentu pasal,” ujar Lilie serius.Adnan mengeluarkan sekeping kertas dan menulis.





“okay la Adnan, aku kena balik dulu.Jumpa esok.” ucap Lilie lalu beredar meninggalkan Adnan. Adnan mengejar langkah Lilie yang pantas. Lilie yang menyedari langkahnya diikuti Adnan berhenti.Dia menoleh ke belakang.
“Apasal kau ikut aku?”
“beg aku tu kau tak reti nak pulangkan ke?” tanya Adnan kembali sambil menunjukkan beg yang dipegang Lilie. Wajah Lilie bertukar merah. Dia lupa yang beg Adnan masih berada bersamanya.
“nah! Beg buruk ni tak ingin la!” Lilie melemparkan beg Adnan ke arah muka Adnan. 
“aduh! Sakit la! Kau ingat ni bantal berisi kapas bulu ayam ke nak baling-baling?” marah Adnan.Marah orang bisu ..marah seperti tiada marah.
“padan muka!” Lilie mengejek Adnan.

“gedik!! gedik!! Ya Allah sabar je la aku, ” jerit Adnan dalam hati. Apakan daya dia tak mampu bersuara seperti manusia normal yang lain.



Adnan lelaki bisu.

Dia tak pekak.
Dia tak buta.
Dia cuma bisu.
Ya,dia bisu.
Dia lepas dosa suara.
Dosa mengompat.
Dosa yang lebih besar dari zina.
Fitnah ! Fitnah ! Fitnah !

k la bye ! actually aku rindu dengan sorang member aku ni, dari haritu katanya mau ketemu tapi gak ketemu2 juga..ha kan dah kluar slang seberang.kbye.Kawan aku bukan Adnan bukan Lilie  tapi Yatt Mirae- Monolog 14/1/2012 dan di sini aku masih bernafas melalui hidung.

24 ,134 blogger sensasi komen:

zulhilmi tempoyak said...

mn awk ni.. kite rindu sgt awk.. lama x smbg ngan awk.. hahaha...

nmpk kerinduan ni.. heheh...

sbnrnye x bc pon.. cuma nk ckp rindu.. ;p

Eryn Edrina said...

i love you yanie! hope we'll meet again with syuaida n yatt :')

Umie Naziera said...

haha,welcome backk..

Umie Naziera said...

haha,welcome backk..

the malay male said...

panjangnye cerita ni

dear yayah said...

btol2, org bisu pekak ni btol2 'istimewa'.. sbb diorang terpelihara dr maksiat dunia. at least :)

Aku Penghibur said...

nice entry :)

nea lopah said...

Salam...Tq sudi singgah blog akak. comel tuan blog ni. hehehe

boni kacak said...

finally blog dia berupdate..hehehehe.. lama saya menanti..hehehe

MiSz fiFiEyQa said...

heee..lame gileee yanie tak update kan..ingatkan dah hilang..hihik
btw kite pun dah merdeka!!yeayy... XD

L said...

hehe. L pun senyap jek. haha

Marcella said...

fadh~~fadh~~ fadh~~


orang "istimewa" ni memang istimewa..mereka lagi tulus daripada manusia normal.. :)

cweet pinky said...

hehehe , taw takpe , bape kali CP singgah sini ,asal singgah nampak gmba t'shirt tuh , hehehe ~

but CP macam tak paham la citer nih , sebab , lelaki tuh bisu tapi ade mase ayat macam dye boleh bercakap lak ..

btw tq singgah blog CP , hehehe , CP ade follow twitter kamu , harap bole larh follow CP jgk ...

Leeza dayasari [santai leeza] said...

hai awak... saya buat kunjungan balas... salam perkenalan.. moga kita kekal bersahabat dalam laman blog ini.

Warna Warni Kehidupan said...

welkam bek..

fadh leyanie said...

@zulhilmi tempoyak
tahun bila kita pernah bsembang..hihi..:D

fadh leyanie said...

@Eryn Edrina cinta kalian semua juga..:D

fadh leyanie said...

@MiSz fiFiEyQa
boleh berblog sepuas hati paru2 limpa.:D

fadh leyanie said...

@cweet pinky
dia bercakap guna bahasa normal tapi guna isyarat..:D

fadh leyanie said...

@Leeza dayasari [santai leeza]
salam kenal sahabat blogger :D

Syazana Zainn said...

itewww windu sanat dgn awop punye tulisan kat belog :p




baru update satu dah ilang :p


btw, Adnan ni bisu bersebab. dia malas nak layan ekceli.haha

Akhelaken said...

nak komen ape ek?... hmmm... hmmm.... hmmm..
*tinggal jejak je la, huhu

NIA SI DRUMSTICK said...

hamboi..bukan main lama menyepi..welcome back dear..=)

Detective Fiqa said...

Wahhh dh back dh hehe came kite. tapi isnin dh sunyi balik. huhuhu

JEJAK LU ORANG