Saturday, July 6, 2013

Pesakit tanpa keluarga dan pesakit ada keluarga ibarat tanpa keluarga

Bila aku tengok bujang terlajak yang tak kahwin sebab kengkonon
frust cinta sejati, rasa simpati,
muda-muda dulu memang la seronok boleh travel sana sini bila dah tua sakit 
makan minum tiada siapa menjaga, tiada tempat mengadu. Memang la banyak 
duit boleh upah nurse untuk jaga,*jutawan bujang  tapi nurse tu jaga bukan kerana kasih sayang 
tapi kerana wang ringgit. Ada perbezaan antara orang yang jaga kita kerana wang ringgit atau kasih sayang.

Bidadari menanti mu di sana.
______________________________________

Tapikan aku tengok ada je mak bapak yang sakit anak-anak yang menjaga mintak claim duit, apa kau lupa waktu kecik-kecik dulu sakit demam mak bapak jaga kau tak mintak claim duit pun.

Macam mana kau memberi layanan kepada parents kau sekarang, macam tulah anak-anak kau memberi layanan kepada kau pada masa akan datang. Tuhan boleh bayar cash tau. Jagalah mak bapak anda sebaik-baiknya meskipun mak bapak mertua sekalipun.

Kepada pakcik dan makcik yang anak "berkira" sabaq na... Tuhan boleh bayaq cash kat depa.

Tuesday, July 2, 2013

Pensel tu dah buruk tapi yang penting arangnya



Ya manusia yang terbaca.. memang malang tak berbau, kalaulah malang tu berbau memang kita sebagai manusia dah buat preparation bak kata omputih untuk berdepan dengan malang. Al kisah aku, malang yang aku lalui tiadalah terlampau malang. Malang yang satu per dua berat. Aku tertinggal kotak pensel yang berisi pemadam,pensel mekanikal, pen. Maksudnya sekarang benda-benda tu tiada disisi aku. Harta yang paling penting setiap hari. Mana taknya, kalau dah hari-hari belajar kelas Arab sepanjang semester pendek berada di UIA ini kerja aku padam dan tulis...

10 minit kemudian... 
Lokasi : Dalam kelas

Padam dan tulis semula abjad2 Arab..

Padam dan tulis...

eden lomah bab-bab mengeja bahasa asing ni. Sedangkan bahasa itu yang terkandung dalam Kitab Suci Al-Quran. Kalau tulisan rumi tu pro la. *Tulis pakai pen tak pandang kertas pun..

Nampak gayanya nanti kena beli yang baru. Barang yang hilang sementara ganti yang barulah.*hidupku rasa tak lengkap tanpa kotak pensel dan isi-isinya.

Melainkan kalau aku memilih untuk setia menggunakan pensel kayu Stabillo 2B yang aku guna untuk lorek jawapan waktu SPM dulu *pensel lama hilang terjumpa balik dalam kotak pensel lama,pensel tu dah buruk antik kulit pensil dah terkikis tapi yang penting arangnya.

JEJAK LU ORANG