Friday, March 28, 2014

TERIMA KASIH MAMA MAK IBU UMI MUMMY BONDA

harta dunia akhirat, mama
Insan berjaya ini berjaya mengupdatekan blognya sebulan sekali, tahniah untuk diri sendiri dan sila tepuk tangan untuk aku..
Insan ini juga berjaya mempengaruhi kanak-kanak untuk bersuka-ria bersamanya dan memaksa kanak-kanak makan sehingga kenyang tak larat jalan.  Terima kasih my dear mama, mama yang belanja kami. Kumpulan kanak-kanak ini kekurangan seorang ahli, yakni, adik aku sendiri yang tengah seronok bersama abah aku dengan aktiviti memancingnya di Pulau Tikus, Pulau Aman , Penang,harap kalian dapat bawak balik ikan secomel budak baju merah berumur 6 tahun bernama Ipi,.usai Ipi makan kepci mama tanya, sudah kenyang ke?
jawabnya:

"belum, Ipi nak makan nasi"..gulp aku pun dah kenyang si comel ni tak kenyang lagi

jawab mama:

"kita makan nasi kandar pulak lepas ni"

separa aku sebulat dia

menunggu ketibaan hidangan

mengisi perut yang lapar


tanpa monopod muat je semua masuk satu gambar

Anda stress dengan urusan rumah, kerja atau kuliah? ini adalah salah satu cara menangani stress. Dengan cara membawa kanak-kanak ke dunia luar, mungkin bagi setengah individu:

"ala..leceh ah.. budak-budak buas"

tapi bagi aku, ini adalah cabaran untuk aku mengajar mereka supaya patuh pada arahan aku *bunyi cakaran kuku besi.kriik..

Saturday, March 1, 2014

DADAH DAN ZOMBIE


Lokasi: Belakang Pasar Seni

Teringin rasa nak try dadah. Jangan mulakan. Sekali cuba kau akan ketagih. Susah pulih.

Berhabis wang Ringgit kerana dadah, jangan, baik kau sedekah amal jariah.

Drugs affect personality, turns people into a zombie-like state in which they lose both their memory and free will..sebab tu..sebab tu..walaupun hidup digelar mayat hidup.ada sapa-sapa yang amik dadah? kongsikan pengalaman anda 

Ini adalah salah satu task yang diberikan oleh pensyarah aku, tema task kami "health and medicine", dalam banyak-banyak gila task untuk semester ini, task inilah yang paling ringan tapi mencabar. Task yang ringan, ambil gambar dengan konsep yang diberikan dan describe gambar. 5 keping foto perlu dipaparkan.

1- Food consuming among races
2- Smoking
3- Obesity
4- Holistic medicine
5- Drugs/HIV

Foto-foto mestilah kreatif. Tak tahu nak kreatif macam mana lagi. Sebolehnya untuk drugs kami nak bergambar dengan penagih tegar, bawah jambatan ke..dengan drugs dealer ke..dengan ex- penagih ke..tapi.. tu la.. susah..hal ini membabitkan emosi.

syarat pensyarah  aku: "dalam gambar tu mesti ada salah satu muka kami" (3 orang satu kumpulan)

Semester ini kesibukan aku diluar kebiasaan. Aku harap sangat orang sekeliling boleh memahami situasi aku. Banyak assigments pelbagai subject,report yang kena submit awal,lepas submit ada pulak tugasan lain yang bakal menyusul..salah satunya workshop/seminar yang bakal dikendalikan oleh kami, kata pensyarah aku "academic first"...kata aku "family first", sesibuk mana pun kita jangan lupa luangkan masa dengan family.

JEJAK LU ORANG