Monday, May 26, 2014

MAHASISWA MAHASISWI APA NI?


dah habis scroll dah? study..jangan malas sangat ..!
bila kita dah takde mood nak revise..memang perasaan al - malas bergandaan..tapi nak tak nak kena study jugak la kan..takkan nak melopong je time exam nanti, org lain gigih menulis lepastu siap mintak kertas tambahan, hang dok termenung tak tau nak jawab apa. study la wei!

Sunday, May 18, 2014

REBAH



Rebah
Daun gugur
Luruh
Jatuh tanah
Malu jangan tegur
Jiwa rasa panah


# siapa yang pandai tafsir ni. dia memang hebat



Saturday, May 17, 2014

BAHTERA TENGGELAM TIMBUL



Kita tidak pernah tahu
bila sujud terakhir kita yang bebas
Kita tidak pernah tahu
bagaimana kematian kita yang bebas
Kita tidak pernah tahu
bagaimana nasib kita di sana

Kita semua akan melaluinya
Kita semua akan menitinya
Dalam pada keadaan itu
Terlalu jauh untuk kita berpatah balik
Terlalu lambat untuk kita menginsafi
kesilapan-kesilapan lalu

Dan berfikirlah kamu
berfikirlah kamu
tentang masa akan datang
meskipun kamu rasa masa itu jauh lagi
berfikirlah kamu tentang masa itu
masa yang pasti kamu akan lalui

Sakaratul maut

Semalam aku tidur 10 jam. Top up waktu-waktu tidur yang sebelumnya. Sungguh semester kali ini huru-hara tapi meninggalkan banyak kenangan manis,.Isnin ini final exam aku bermula, subjek praktikal yang paling aku geruni. Doakan aku kengkawan.

Sepanjang hidup tak pernah aku rasa, rasa ini.
Rasa jasad aku tenggelam dalam lautan dalam,
Sepanjang hidup tak pernah timbul persoalan ini
Mampukah jasad aku kembali semula ke permukaan laut
#ayatmetaphor

aku tahu ayat tu agak tergantung..ya la kan..aku pun rasa tergantung sekarang ni -_-

eh bunyi dah macam roh aku pulak yg taip entri ni

Saturday, May 10, 2014

JANGAN TAKUT GAGAL

Motivasi petang November.
Kita sebagai manusia kadang-kadang merasakan diri ini terlalu lemah. Belum cuba lagi pun dah kata " tak payah lah "
Belum cuba belum tahu. Kalau dah cuba untuk laksanakan tapi tak boleh atau dalam erti kata lain.Gagal. Nah...dari situ kita belajar kenal siapa diri kita dan sampai tahap mana kemampuan kita. Belajarlah memperbaiki kegagalan.

Yakin dengan diri. Aku bolehlah..jgn cakap kosong je. Cakap biar berisi.

TOLL GATE GIRL

 Toll Gate Girl



dalam banyak-banyak cerita lama, aku paling suka tengok cerita toll gate girl ni, melekat dalam memori aku walaupun time aku tgk cerita ni waktu 10 tahun lebih yang lepas time zaman telefon bimbit besar.

trutt tutt trutt tutt

langsuir = langsiaq *kelakar bila org KL pronounce ni

Sinopis cerita:

Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Markonah yang datang ke bandar KL untuk mencari kerja walaupun tanpa restu ibunya. Di sana dia berkerja sebagai jurutol di lebuh raya. Dia tinggal bersama Milah, yang sama kerja dengannya.
Markonah kalut mencari tiket bas untuk pulang beraya di kampungnya di utara tanahair. Tetapi nasibnya kurang baik apabila tiket bas sudah habis dijual. Terpaksalah dia mencari teksi untuk pulang ke kampungnya. 




JEJAK LU ORANG