Monday, September 29, 2014

SAMSENG DAN PETALING STREET


Ini cerita tentang Petaling Street, Chinatown yang terletak di tengah garisan Khatulistiwa..


Kalau dulu anda dihidangkan dengan kisah yang kurang enak tentang cara peniaga Petaling Street yang melayan customer secara kasar atau dalam erti kata lain samseng..kini tidak lagi..aku pergi beberapa kedai dengan sengaja menguji mereka,.eh! okay je mereka*ekeke sibuk nak uji samseng walhal lusa ada ujian physio,.ke sebab aku pun samseng.

Prinsip..
prinsip kat sini, harga boleh nego sampai letgo..contoh : harga barang dia letak RM200 (kebiasaan untuk pelancong harga cekik darah gilaa) anda boleh mintak separuh harga RM100..dalam bab harga peniaga-peniaga di sini boleh bertolak ansur, lagi-lagi dengan rakyat tempatan, macam mak aku, misalnya kalau harga RM100 peniaga tak bersetuju, mak aku akan kata, "takpelah kita jalan kedai lain dulu" dan dengan langkah perlahan beredar dari kedai, tak sampai 20 saat peniaga  akan kata "okaylah boleh angkat"

Undang-undang..
kat sini ada undang-undang yang perlu pengunjung tahu. Kalau korang dah berkenan dengan sesuatu barang (kebiasaannya harga di letak "gila-gila") anda boleh tawar menawar dengan peniaga tapi dengan syarat barang mesti kasi angkat, kau dah tawar menawar lepastu kau tak nak angkat barang tu memang kau cari nahas Jangan nak gedik-gedik tawar menawar lepastu tak nak beli. Kalau dah yakin nak beli baru tawar menawar.

Bodyguards..
bila nak berjalan kat sini bawak la kaum Adams sebagai bodyguards..kita kaum Hawa keselamatan kena jaga,

Buah Berangan..
aku suka kat tengah-tengah Petaling Street ni ada orang jual buah Berangan
rasa buah Berangan tu memang buat aku berangan, es mi favorito..it's my favorite,bapak aku, mak aku, tok sedara aku, adik-adik pun suka makan buah ni.

Chinatown, lokasi pelancongan yang patut anda kunjungi, lagi-lagi nak Chinese New Year, cun maa..dia punya decoration dah macam kat China.





Tuesday, September 16, 2014

THE VERSATILE BLOGGER AWARD

http://fuzamusa.blogspot.com/2014/09/the-versatile-blogger-award.html

Salaam alaykum everyone! sebelum aku memula pencarian sumber assignment berkaitan penyakit neuron yang Dr. M bagi. Adalah baiknya aku menjalankan amanah..amanah apa tu.."the versatile blogger award" setelah di tag oleh akak scientist Dila Kazuha  jom terjah ..kak Dila zass..

Rules:
1. Thanks the person who nominated you
2. Provide a link to the person's blog
3. Write 7 facts about yourself

7 Fakta tentang saya


eh..ada lagi..nombor tujuh. berkecimpung dalam dunia blogger semenjak tahun 2010

Sahabat Blogger yang saya TAG:

1- Kak Areen.. http://erynsyaze.blogspot.com/
2- Farhan Paan.. http://parkarn.blogspot.com/
3- Normi Nieza.. http://norminieza.blogspot.com/
4- Yang Ayesha.. http://purplestarz89.blogspot.com/
5- Prof Iqa.. http://purplestarz89.blogspot.com/
6- Abang Wan.. http://hedzwan.blogspot.com/
7- Dentist Sinuha.. http://sinuhadentist.blogspot.com/
8- Fifiey.. http://me-miss-fifieyqa91.blogspot.com/
9- Detective Fiqa.. http://conan2657.blogspot.com/

Wednesday, September 10, 2014

5 LANGKAH MUDAH MENJADI KETUA YANG HEBAT !



Effective leader tips!
Untuk menjadi ketua bukanlah semudah Alif Ba' Ta atau kita panggil semudah A B C. Lagi-lagi dalam kelompok yang besar. Jadi, ini adalah 5 langkah utama yang perlu "ketua" ambil..
Tunggu apa lagi, mari mencatat.

Menepati masa 

Y'all as ketua kalau berjanji waktu tapi tidak menepati waktu yg dijanjikan mmg nak kena ketuk dgn aku lah nasib tiada senduk tembaga di tanganku, Kalau setakat lewat 5 atau 10 minit aku boleh terima lagi, ni lewat 30 minit! kau memang nak kena...be punctual ok!

Sabar dan tidak tergopoh-gapah

As a leader, kesabaran itu amat penting agar semua kerja berjalan dengan lancar, janganlah panic kalau tiba-tiba plan tidak menjadi, be a relax person, a relaxed person makes it easier for other people to relax, rancang plan dengan teratur dan jangan tergopoh gapah dan INGAT ni, jangan campur adukkan urusan peribadi dalam meeting, kita dalam meeting kan..tak perlu lah y'all nak bermesraan angkat phone call dari org tersayang (yang pasti bukan mak/bapak)  and orang lain tengah sibuk discuss ideas and you dok gelak terkekek kekekehahahaa! on phone depan kami, annoyed meh..kerut dahi aku. 

Mendengar dan menerima idea

Hurm, tak payah nak keras kepala sangat dengan setiap keputusan yang diambil. You are the leader, yes you are, tapi kena ingat, setiap kata putus yang diambil harus lah menepati keputusan majoriti, hang ketua tapi kalau keputusan hang itu akan memberi kesan yang tidak elok? hang patut mempertimbangkan idea orang lain! berlapang minda terima idea org lain yg lebih bernas dari idea anda.

Mempunyai matlamat dan pendirian yang jelas dan tepat

Sekejap kata begitu dan sekejap lagi kata begini, tiada misi dan visi yang tepat. Aku konpius. Sebagai ketua, anda harus dan wajib mempunyai matlamat yang jelas dan tepat supaya tidak menimbulkan kekeliruan dan org lain hilang kepercayaan kepada anda!

Tidak mementingkan diri

Ini penting agar orang lain menghormati anda sebagai ketua. Jangan mementingkan diri sendiri. Percaya cakap aku, you as a leader masih setia mementingkan diri..wah.. Seriously, there is no respect for you. Kau tak respect orang lain, should others respect you? dush!



Wednesday, September 3, 2014

Terbakar!


Bila dilihat dari segi perwatakan dan bicara kelihatan si polan sangat berilmu tetapi malang akalnya sedikit terpesong.

Apa yang hanya si polan lihat hanyalah picisan-picisan negatif tanpa dalil. Dengar dan terus percaya tanpa siasatan dan yg paling penting tanpa bukti yang kukuh.

Aku tak faham kenapa orang yang berilmu boleh menjadi tak berapa cerdik dengan hanya dengar..dengar..dan dengar..tanpa siasatan dan terlampau mengikut emosi.

Elakkan mendengar sesuatu yang belum tentu kesahihannya.


"gossip..gossip..everywhere"

Aku rasa zaman sekarang ramai yang suka dengar dan sebar serta mengapi-apikan pihak yang senang diper"api"kan. Awas. Jangan sampai aku panggil bomba. 999.. Assalamualaikum, hello bomba, ada orang nak apikan saya. 


DIK..BAGI LA DISKAUN %

fefeling jadi patung sat
Apa romantis tajuk entry blog aku? Salaam alayki wa salaam alayka. Yahuu yihaa yippie! dah lama aku menyepi dari dunia penulisan maya ni, bukannya apa.. aku sibuk menjalankan tggujwb sebagai supervisor..dah sementara UIA cuti long sem 3 bulan tak buek apo,ada baiknya aku mencari rezeki yang halal ya anak-anak... Sepanjang bekerja, bermacam2 pengalaman manis yang aku alami, kadang-kadang tu rasa macam retis pun ada jugak, Mana taknya bila mana ada pelancong asing yang nak bergambor dgn kita, *aku ingatkan nak suruh aku amikkan gambor rupanya nak bergambor skali. hiks.

Ada jugak dikalangan pengunjung butik yang terkejut dengan pergerakan aku. Apahal pulak tiba2 masuk bab pergerakan..err..

lagi-lagi bila aku berabaya hitam. Depa sangka aku patung yang bergerak. Cuma ketinggian aku tak serupa patung. Mana taknya aku dok perhati depa statik membelek pakaian tiba-tiba aku bergerak, terkejut la depa.

Pengalaman manis yang aku ingat bila ajaq pelancong dari Brazil pakai tudung hoody,.dah pakaikan tudung,pelancong tu rasa seronok dan lepas dia bayaq harga tudung tu, dia terus keluar..dengan tudung yang masih berlitup di kepala. alhamdulillah..tapi ada satu yang tak kena di situ, dia bersinglet.

"im gonna wear this hijab to airport" oh ..weirdo, tapi tak apalah suka hati hang, aku dah kata "hang akan nampak pelik"

bye2 pelancong Brazil.
Lokasi Brazil
Itu kisah pelancong Brazil, kalau pelancong China bila depa mai..depa cakap cina dengan aku dan staff lain meskipun kami tak mahir Mandarin. Walaupun mata aku dok terkebil-kebil tak faham depa habaq apa, depa tetap bercakap dalam bahasa ibunda mereka.

Image result for china
Lokasi China

Ada jugak kes pelancong dari Saudi yang suruh ikatkan sampin songket tenun..cara dia cakap tu macam marah, setelah diperhati pelancong-pelancong dari Saudi memang bercakap daam nada yang tinggi. Nasib lah dia bawak bini dia, jadi bini dia tolong ikatkan.

______________________________________________________________

aku juga terharu bila ada pengunjung yang mengingati nama aku, meskipun waktu tu aku tak masuk kerja.tersentuh hati aku.
kehilangan aku di sana meninggalkan kenangan, pasal aku dah berhenti, minggu depan dah start kelas balik.
mereka mungkin akan bertanya *aku tak kata pasti aku kata mungkin kah!

"mana adik yang pakai shawl tu?"
"mana.adik yang selalu senyum tu?"
"mana adik yang tak mau bagi discount tu?"


bab discount tu, bukan aku tak mau bagi..aku nak bagi tapi aku bukan taukeh.



JEJAK LU ORANG