Wednesday, September 3, 2014

DIK..BAGI LA DISKAUN %

fefeling jadi patung sat
Apa romantis tajuk entry blog aku? Salaam alayki wa salaam alayka. Yahuu yihaa yippie! dah lama aku menyepi dari dunia penulisan maya ni, bukannya apa.. aku sibuk menjalankan tggujwb sebagai supervisor..dah sementara UIA cuti long sem 3 bulan tak buek apo,ada baiknya aku mencari rezeki yang halal ya anak-anak... Sepanjang bekerja, bermacam2 pengalaman manis yang aku alami, kadang-kadang tu rasa macam retis pun ada jugak, Mana taknya bila mana ada pelancong asing yang nak bergambor dgn kita, *aku ingatkan nak suruh aku amikkan gambor rupanya nak bergambor skali. hiks.

Ada jugak dikalangan pengunjung butik yang terkejut dengan pergerakan aku. Apahal pulak tiba2 masuk bab pergerakan..err..

lagi-lagi bila aku berabaya hitam. Depa sangka aku patung yang bergerak. Cuma ketinggian aku tak serupa patung. Mana taknya aku dok perhati depa statik membelek pakaian tiba-tiba aku bergerak, terkejut la depa.

Pengalaman manis yang aku ingat bila ajaq pelancong dari Brazil pakai tudung hoody,.dah pakaikan tudung,pelancong tu rasa seronok dan lepas dia bayaq harga tudung tu, dia terus keluar..dengan tudung yang masih berlitup di kepala. alhamdulillah..tapi ada satu yang tak kena di situ, dia bersinglet.

"im gonna wear this hijab to airport" oh ..weirdo, tapi tak apalah suka hati hang, aku dah kata "hang akan nampak pelik"

bye2 pelancong Brazil.
Lokasi Brazil
Itu kisah pelancong Brazil, kalau pelancong China bila depa mai..depa cakap cina dengan aku dan staff lain meskipun kami tak mahir Mandarin. Walaupun mata aku dok terkebil-kebil tak faham depa habaq apa, depa tetap bercakap dalam bahasa ibunda mereka.

Image result for china
Lokasi China

Ada jugak kes pelancong dari Saudi yang suruh ikatkan sampin songket tenun..cara dia cakap tu macam marah, setelah diperhati pelancong-pelancong dari Saudi memang bercakap daam nada yang tinggi. Nasib lah dia bawak bini dia, jadi bini dia tolong ikatkan.

______________________________________________________________

aku juga terharu bila ada pengunjung yang mengingati nama aku, meskipun waktu tu aku tak masuk kerja.tersentuh hati aku.
kehilangan aku di sana meninggalkan kenangan, pasal aku dah berhenti, minggu depan dah start kelas balik.
mereka mungkin akan bertanya *aku tak kata pasti aku kata mungkin kah!

"mana adik yang pakai shawl tu?"
"mana.adik yang selalu senyum tu?"
"mana adik yang tak mau bagi discount tu?"


bab discount tu, bukan aku tak mau bagi..aku nak bagi tapi aku bukan taukeh.



9 ,134 blogger sensasi komen:

Normi Nieza said...

patung comel..:)

YaNg AyEsHa said...

hahaha..comel macam patung

Park Arn Norizat said...

finally,beliau mengupdate semula. mcm2 pengalamankan bler keje ni? ade yg best ade xbest. amik smua sbgai peringatan n kenangan. good job yanie n good luck moge success dlm blajar n boleh bukak boutique mcm tu or what so ever. amin..

fadh leyanie said...

@Park Arn Norizat
bila kerja ni mcm2 ragam kte jumpa, bermacam pengajaran what so everlah.nk bkk boutique pun bkn mudah bnyk cabaran

mujahidah maisarah said...

assalam sis. iium mate dtg sni. lama dah tak lawat blog sis. bestnya sis keja. btw, all the best for this new semester.

fadh leyanie said...

@mujahidah maisarah wa salaam alayki,semoga sukses juga sis maisarah :D

Pondok Usang said...

woo.. kerja rupanya dia.. kalau tau leh abg iwan terjah ke lokasi.. hehe.. selamat memulakan kelas kembali... =)

fadh leyanie said...

@Pondok Usang sblum ni xde sape pun tahu,rahsia.dah berhenti baru hebah.

Syazana Zainn said...

ooo keje ke. patutlah lama menghilang :)

JEJAK LU ORANG