Thursday, May 7, 2015

Menangis Dalam Hujan

Aku ingatkan aktiviti menangis dalam hujan  ni takde la siapa-siapa yang buat. Rupa-rupanya ada la wei. Nak di kisahkan, beberapa minggu lepas hujan turun teramat lebat. Sampai aku mengambil keputusan untuk tunggu sekejap sampai hujan berhenti baru lari masuk dalam kereta. Kalau kami redah jugak memang lencun la kereta ku.

Bukan aku sorang je waktu tu, ada kawan perempuan teman aku. Kami pun duduk lah atas kerusi depan koridor kelas berdepan dengan sungai.

Pada mulanya aku tak perasan yang seberang sungai tu ada seorang budak perempuan bertudung hitam tengah jalan,berhenti dan duduk termenung dalam hujan.

Kami pun macam pelik dengan perangai dia, kenapa dia main hujan? hujan lebat kot..tak takut demam ke? kawan aku kata dia nak MC kot.

Lama jugak la kami perhatikan dia. Sampai satu masa datang seorang perempuan berbaju kurung bawak payung menyapa plus memayung budak perempuan yang main hujan tu. Aku nampak perempuan tu tepuk bahu budak perempuan yang main hujan tu. and aku nampak lagi budak perempuan tu kesat air mata dia dan menganguk--> ejaan betul ke?

Aku bukannya apa, aku risau kalau tiba-tiba budak perempuan tu nak terjun masuk sungai.

Dalam sungai tu ada biawak.


0 ,134 blogger sensasi komen:

JEJAK LU ORANG