Friday, November 27, 2015

Makan Vitamin C Naik Jerawat

pura-pura tak stress
Sebelum ni aku melalui episod stress sampaikan jerawat naik bertingkek-tingkek.
Dah tu kulit aku ni alergi ayam. Aku ni pulak buat kajian assigments aku dekat Kepci. Dah tu Kepci tu feveret aku. Tak ke tergugat iman aku untuk try ayam Kepci bersalut tepung yang membangkitkan aroma mewangi ayam. 

Disebabkan banyak Kepci aku singgah untuk kumpulkan data kajian aku. Maka, aku pun join la kawan-kawan aku sekali makan ayam. Seronok spesis ayam 7 keturunan pasal dah lama aku tak makan depa.

Untuk kurangkan radang dekat kulit muka aku. Maka aku pun consume la vitamin C 500 Blackmores. Vitamin C kan baik untuk kulit. Sebelum aku beli vitamin ni ada la jugak aku buat research. Pengguna-pengguna kata vitamin ni okay. So, aku pun beli 120 pils.

Jadi setiap hari aku telan dua pils. Kesannya...jerawat halus-halus naik...aduhai..makin stress aku.
Aku pun try search google, rupa-rupanya aku tak minum air dengan banyak/ kadar mencukupi. Sebab tu la sisa-sisa toksik dikeluarkan melalui jerawat.

Jadi lepas ni kalau korang ambil vitamin, minum air banyak-banyak...barulah muka flawless gebu-gebu gitu.,

Nota kaki: Kepci bahasa formalnya KFC

Wednesday, November 25, 2015

Padawan Studio Videography and Photography Services

Padawan Studio
      MashaAllah, cantik-cantik fashion Muslimah sekarang, banyak pilihan sampai kita pun jadi rambang mata. Lagi jadi rambang mata bila kita sebagai customers tengok iklan baju-baju dalam bentuk online dan bukannya printed. Kalau zaman dulu-dulu, bila terdetik nak tengok fashion-fashion terkini ha..mula lah kita serbu ke kedai buku, belek-belek majalah tengok apa yang model pakai satu persatu. Tapi sekarang konsep belek-belek majalah dah jadi sumber yang kedua. 

     Apa yang sumber pertama ya? Online Marketing. Zaman yang serba canggih ini hanya gunakan hujung jari. Mudah kan. Kalau perasan dalam Instagram banyak butik-butik dah mulakan konsep marketing mereka secara online. Okay straight to the point, Penulis sebenarnya nak memperkenalkan Padawan Studio. Penulis boleh katakan video-video yang dihasilkan Padawan studio ini mempunyai nilai kreativiti yang tersendiri. Katakan sahaja wahai owner-owner boutique Malaysia sekalian, konsep apa yang anda inginkan untuk mempromosikan produk anda. InshaAllah, Padawan Studio bersedia untuk merealisasikannya. Sebarang pertanyaan dialu-alukan contact brother engineer a.k.a Muslimah fashion videography specialist, Mr. Rho di talian 012-6536119, videography and photography services based in Kuala Lumpur, Malaysia 
tapi kalau nak request ke Dubai pun boleh..ye dak

Jom usha hasil-hasil Padawan Studio di Facebook dan Instagram 

Ini antara hasil-hasilnya:

















Saturday, November 21, 2015

Hidup Bermadu


Macam biasa hujung minggu aku akan balik rumah suami aku. Hujung minggu jugak aku kena siapkan assignments. Stress. Nampak tak kat sini tanggungjawab aku ada dua. Isteri dan pelajar. Kahwin muda? Siapa suruh?

Kalau dah jodoh, ekonomi stabil dan yakin untuk pikul tanggungjawab. Itu yang kahwin awal. Dalam rumah tangga ini jangan kau ingat pelangi selalu. Ada jugak ributnya. Al-maklum aku isteri no.2. Jangan kutuk aku lagi. Baca sampai habis boleh.

Seronok jadi isteri kedua?
Banyak dugaan jugak. Orang tak suka. Tapi madu aku ok je. Mak mertua pun ok. Aku menantu pilihan.

Cuma, itu la. Kena saling toleransi, berbaik sangka. Alhamdulillah, aku dikurniakan suami yg memahami, adil dan tak pernah berhenti memberi sokongan padu untuk aku terus maju. Waktu aku susah dia ada. Waktu aku senang pun dia ada. Konklusinya suami aku sungguh sempurna.

Pandang serong? Maaf lah cerita kat atas hanya lah rekaan. Tak perlu la aku rampas suami orang. Choi. Mintak simpang.

Ada siapa hidup bermadu? Mari kongsikan pengalaman anda.

Sunday, November 15, 2015

Susah ke jadi dewasa


Dewasa, sejurus korang melangkah keluar dari alam persekolahan/pembelajaran, cabaran hidup semakin bertambah. Bukan nak menakutkan, tapi serius memang betul.

Dulu-dulu aku pun pernah berkata, "tak sabar nak habis zaman sekolah, tak sabar nak jadi dewasa"

Menjadi dewasa bukan senang wahai adik-adik, banyak perkara nak kena fikir. Tak percaya? tunggulah kamu dewasa nanti, kembali kepada entri ini dan berkata, "ya, menjadi dewasa memang susah"

Setuju?

Monday, November 9, 2015

Jujur Akhlak Mulia

Anda seorang yang jujur?


Kali ni aku nak kongsi dengan korang konsep "Jujur".

Pernah korang mempersoalkan dalam diri tak. Adakah aku seorang yang jujur?

Sekali lagi. Ini kisah lalu aku. Kisah ini berlaku di kampus aku. Masyarakat di kampus aku terkenal dengan konsep Islamik. Jujur adalah salah satu ciri-ciri akhlak seorang Islam bukan?

Kisahnya bermula di sini. Aku seorang peniaga yang misteri. Di mana pembeli barang aku tidak akan berdepan dengan aku dan tidak mengenali aku.

Macam mana tu? online? bukan.

Aku letak barang yang diniagakan dalam box tepi koridor tangga hostel aku. Dekat box tu aku tampal notis

"if you interested with it, kindly drop ur money inside this box, thanks"

Jadi setiap petang aku akan collect money dari box aku.

Jadi apa kaitan dengan jujur?

Pagi tu aku letak la 11 helai shawls dalam box. Aku hilang 5 shawls. Dalam box hanya ada duit untuk sehelai shawl. Maksudnya 4 shawls aku hilang tanpa duit..Risiko berniaga tanpa tuan disisi barang memang inilah jadinya. Aku dengan harapan berharap agar si pengambil shawls/ pengambil wang terbuka hati untuk pulangkan balik. Doa orang teraniaya mudah termakbul. Betul. Nah. Balik dari kelas aku dapat notis bertampal dekat tangga tempat aku letak box.

"I took them on Friday and without paying first since I don't have a small amount and there is no balance for me in the box. Sorry, and I cancelled these 2 colors (didn't even use them)"

Dear my sisters and brothers, berlaku jujur dalam hidup kita. Dekat notis tu juga ada terselit Ringgit Malaysia untuk dua helai shawls. Thank you sister!



Wednesday, November 4, 2015

Bersandar di tiang Monorail

Eh bang, kau jangan sandar boleh

Isu marcapada untuk rakyat umum seperti kita. Ayat berbaur politikus. Tetapi tidak. Foto ihsan google image.

Aku kadang tak faham spesis manusia yang suka bersandar pada tiang padahal dah tahu dah yang penumpang lain nak harapkan tiang tu untuk stabilkan diri mereka dari terjatuh. (untuk mereka yang berdiri) Apa mereka buat? Berpaut pada tiang. Kami berpaut supaya kami tak jatuh. Gedebuk.

Ini kisah aku yang lalu, daripada stesen Jalan Imbi. Aku kena tolak. Dah apahal dengan rakyat Malaysia ni. Nak kata kecik dah dewasa. Yang kau tolak-tolak apahal. Kau nak ambil kesempatan ye. Bedebah.

Malu pelancong asing pandang. Memang begini sikap rakyat Malaysia? Tak reti beratur. Tak reti bersabar.

Balik kepada cerita sandar tiang. Waktu ramai-ramai orang dalam train, dia dah nampak tu kami dok berpaut tiang, boleh pulak mamat badan sihat tu bersandar dkt tiang. Dear my brothers and sisters, u gais kalau naik monorail, lrt. Plisss...plisss..jangan sandaq kat tiang!
Tiang bukan tempat bersandar. Kasihani lah kami yang tak dapat menstabilkan diri ini.


JEJAK LU ORANG