Friday, May 27, 2016

Dotdotdotrahsiala

Alangkah baiknya kalau sesuatu yang kurang jelas. Samar-samar. Dicahayakan. Agar aku di sini dapat membantu. Ceh! Cakap berbunga bagai.

Aku baru ni dapat WhatsApp dari kenalan lama. Lama sangat tak jumpa. Kenalan lama ni selalunya bila WhatsApp ada 3 sebab.

1) Tanya khabar
2) Jemput kenduri kawin
3) Nak pinjam duit

Tapi kenalan aku ni tiada dalam point-point di atas.

Point dia nak mintak no phone seseorang berjawatan dotdotdotrahsiala
..

Takkan la aku sesuka hati nak bagi/pass orang punya phone number tanpa alasan kukuh. Mestilah nak kena mintak keijinan Tuan phone ye dak. So, aku pun tanya si kenalan lama atas urusan atau alasan apa dia nak nombor si polan berjawatan dotdotdotrahsiala..

Kenalan lama tak jawab WhatsApp persoalan aku dan dibiarkan double blue tick.

Dear kenalan lama, kalau nak minta pertolongan, aku dengan berbesar rahmat boleh tolong..ada je phone no aktif si polan berjawatan dotdotdotrahsiala dalam telefon bimbit aku. Disebabkan kau tak nak explain..takpela aku pun biarkan phone no orang tu menjadi rahsia. Bukan apa privacy orang tak boleh sesuka hati kita. Sekian isu dotdotdotrahsiala.

Sunday, May 15, 2016

Adi Putra

Lokasi: Hospital KPJ Specialist
Waktu: Petang Nyaman

Spesifikasi Lokasi: Ruang menunggu hadapan elevator aka lift

Ada dua orang Makcik..aku, mama, adik lelaki, Abah, adik perempuan dan bapa saudara menunggu kehadiran lift menjemput kami untuk turun ke tingkat bawah.

Aku perasan makcik2 ni dok pandang sambil tersenyum2. Ok..org senyum kita balas balik senyum.

Makcik2 pandang berulang kali. Melirik mata dan tersenyum lagi. Gulp. Muka aku comot ke kenapa.

Dekat celah gigi aku ada cili ke kenapa.

Turun je dari lift jauh dari mereka aku tanya Mama aku.

"Mama perasan tak depa pandang2..?"

Jawab adik lelaki aku.

"Ye la..kan ada Adi Putera sebelah kau (merujuk kepada dirinya sendiri)"

Dan kami pun berciacia..haish makcik jangan salah pandang. Sekian cerpen pendek perasan adik lelaki aku.

Wednesday, May 11, 2016

Mimpi Aneh

Baru ni aku mimpi aneh. Mimpi naik lift hotel lama. Mimpi masuk hospital lama. 2 settings lama dalam satu mimpi.

Oh ya. Aku jumpa dua jururawat dalam mimpi. Berbangsa Melayu dan India.

Aku dan adik-adik sesat mencari bilik hotel. Tingkat 10.

Masuk je dalam bilik hotel tingkat 10. Aku seakan dipukul dari belakang. Papp..aku kaku. Freeze. Yang mana pergerakan ku minimum. Kaku beku.

"Pegang tangan aku. Jangan lepas" ujar aku kepada adik lelaki aku.

Dia terlepas dari tangan aku.

Aku cuba menjerit. Jeritan yang "terkurung"

"Aku dengar kau jerit. Aku tau kau kena tindih"
_______________________

Realiti.

"Aku tau kau kena tindih kan" kata adik lelaki aku.

"Mana kau tau? Bukan nak sentuh aku" tanya aku sejurus bangun tidur. Sakit. Aku rasa ini tindih paling berat.

"Aku dengar kau jerit. Aku tau kau kena tindih" kata adik lelaki aku. Kata yang sama dilontarkan dalam mimpi aku.

Hah! Aku rasa ini kejutan untuk aku solat Subuh.

Thursday, May 5, 2016

Kilat

"Akak nak balik jalan kaki hujan2 lebat macam ni?"- .. Soal aku.

"Mari saya tumpangkan"

Ok. Rasa macam dalam drama sangat. Dalam hati Tuhan sahaja yang tahu. Dalam keadaan malap. Hujan lebat. Kilat berdentum. Aku hanya berpandukan dengan garisan putus putus putih untuk sampai ke destinasi.

Dan. Wiper kereta aku rosak.
Berzikir sepanjang jalan.

Moga esok aku hidup lagi. Phew.. Selamat sampai. Ternyata panjang umur lagi.

JEJAK LU ORANG