Friday, May 27, 2016

Dotdotdotrahsiala

Alangkah baiknya kalau sesuatu yang kurang jelas. Samar-samar. Dicahayakan. Agar aku di sini dapat membantu. Ceh! Cakap berbunga bagai.

Aku baru ni dapat WhatsApp dari kenalan lama. Lama sangat tak jumpa. Kenalan lama ni selalunya bila WhatsApp ada 3 sebab.

1) Tanya khabar
2) Jemput kenduri kawin
3) Nak pinjam duit

Tapi kenalan aku ni tiada dalam point-point di atas.

Point dia nak mintak no phone seseorang berjawatan dotdotdotrahsiala
..

Takkan la aku sesuka hati nak bagi/pass orang punya phone number tanpa alasan kukuh. Mestilah nak kena mintak keijinan Tuan phone ye dak. So, aku pun tanya si kenalan lama atas urusan atau alasan apa dia nak nombor si polan berjawatan dotdotdotrahsiala..

Kenalan lama tak jawab WhatsApp persoalan aku dan dibiarkan double blue tick.

Dear kenalan lama, kalau nak minta pertolongan, aku dengan berbesar rahmat boleh tolong..ada je phone no aktif si polan berjawatan dotdotdotrahsiala dalam telefon bimbit aku. Disebabkan kau tak nak explain..takpela aku pun biarkan phone no orang tu menjadi rahsia. Bukan apa privacy orang tak boleh sesuka hati kita. Sekian isu dotdotdotrahsiala.

4 ,134 blogger sensasi komen:

PeRdU cINta said...

betul la tu...kena jelaskan terlebih dahulu..sebab no tel orang itu peribadi..tidak boleh sewenang wenangnya diberi pada sesiapa..

zaitie hasnan said...

malu barang kali terus tak jadi... hahahha

Shafique Stevenson said...

huhu..padan la dengan orang yg mintak pun nak berahsia . orang yang nak jawab pun balas dengan rahsia :l

Nabila Syifa said...

Rahsia

JEJAK LU ORANG