Aku dan bondaku telah ditahan oleh seorang lelaki yang mendakwa dirinya baru sampai ke Malaysia dari Oman.
Butiran kes kejadian: 8.40 pagi
Lokasi: Kuala Lumpur
Oleh kerana aku adalah separa pengamal undang-undang dan dikelilingi oleh mereka yang mempunyai kuasa dalam bidang undang-undang dan jenayah maka senang untuk aku mengenalpasti si penipu atau scammer.
Berbalik kepada kisah tadi. Lelaki yang mendakwa dirinya telah diragut dan segala dokumen pentingnya telah hilang meminta sejumlah wang daripada kami.
Dia menjual agama "Islam".
Lelaki: i am Muslim and you are Muslim. Please help me.
Nasihat aku kepadanya adalah "you should lodge a police report"
Dia berkeras seakan memaksa inginkan wang dari kami.
Bagi mengelakkan perkara buruk berlaku. RM10 dihulurkan kepadanya. RM10 bagi aku sudah cukup untuk dia mendapatkan taxi dan ke balai berdekatan.
Dia mengatakan RM10 tak cukup dan paksa kami untuk tambah lagi duit. Wow! Kau sudah melampau bro.. Dan nampak sangat hang penipu!
Nasib la aku dengan bonda aku. Bahaya. Boleh kena pukau. Hati-hati semua.
0 ,134 blogger sensasi komen:
Post a Comment