Tuesday, February 28, 2012

Meskipun guguran kelopak bunga yang kelihatan adalah sekadar bunga kemboja merah yang sinonim dengan bunga "kubur" ia tetap bunga ciptaan indah dan ia perlu dihargai meski bunga tahi ayam sekali pun hargailah.-Koshikuyanie.



Assalamualaikum,masa aku pulang dari kelas bersama seorang kawan ,lokasinya di Mahallah Asiah,aku melihat sesuatu  yang bagi aku mempunyai makna tersirat.Guguran kelopak merah yang berteraburan di atas tanah, ia menghentikan langkahku yang laju.Aku berhenti dan aku perhati seraya berfikir adakah kehidupan aku juga akan menjadi seperti kelopak merah itu.Yang dipijak oleh manusia yang tidak tahu menghargai.Kenapa kelopak bunga itu gugur? persoalan ini berlingkar dalam kotak fikiranku,mungkin ianya rapuh ditiup sang angin yang membadai.Mungkin juga ada yang iri hati dengan kesempurnaannya lantas sengaja memetik. Membiarkan kelopaknya berguguran.Pelbagai kemungkinan.Kalau ikutkan hati ingin sahaja aku mencantumkan kelopaknya kembali agar ia menjadi sempurna ditatap umum dengan senyuman terkadang bunga yang cantik bersama kelopak yang sempurna disisinya juga bisa menjadi penawar bagi mereka yang berduka,mereka yang dikuasai amarah.Tetapi apakan daya aku tidak bisa mencantumkannya kembali.Mana mungkin kelopak yang sudah terpisah dari bunganya bisa bercantum kembali.Pakai gam? hilanglah keasliannya.Kesimpulannya,cubalah untuk menghargai bunga yang masih kekal pada akarnya jangan cuba untuk memetik jika berniat mahu membuang.Meskipun guguran kelopak bunga yang aku lihat adalah sekadar bunga kemboja merah yang sinonim dengan bunga "kubur" ia tetap bunga ciptaan indah dan ia perlu dihargai meski bunga tahi ayam sekali pun hargailah.-Koshikuyanie. 


ini adalah buku THE MISSING ROSE,MAWAR YANG HILANG,dari bulan lepas aku mencari buku ni tapi tak jumpa.Mungkin edisinya limited di Malaysia.Sekarang aku cuba menghabiskan buku karya Andrea Hirata.Buku yang bagi aku mempunyai pelbagai unsur sedih,gembira,suka,duka dan bahasa yang harmoni -sekian.
 
Fakta : Bunga plastik tak akan pernah layu.Tapi ia tidak asli.

p/s: agak-agak pernah tak seseorang yang pada hari ulang tahun perkahwinan mereka menghadiahkan pasangan mereka bunga plastik?

42 ,134 blogger sensasi komen:

Fifieyqa said...

errmmmm saya rase sume bunga pon cantek ape...tak kira la bunge ape sekalipun...bunga plastik??eheh...kasi sembur perfume dulu la...baru mcm bunga real..haha

Umie Naziera said...

pernah baca novel adam & hawa x? si adam bagi satu bouqet bunga ros hidup tapi dkt tengah2 tu ada sekuntum bunga ros plastik..dan ada nota dya tulis untuk hawa,"my love 4 u die when the last petals of the roses fall"..smpai bila2 pown kelopak tu xakan gugur kan..sangat sweeet :)

r-5 said...

Wah sangat dalam retorik perumpaan dan metafora yang dipakai. semoga setiap pasangan dikurniakan mawar mekar yang asli, terjaga utuh, cantik, harum baunya untuk dihargai pada malam pernikahan.

wahai mawar berdurilah dikau dengan tajam bak pisau, cederakanlah si pemetik yang hanya ingin membuangmu, agar dia mengetahui mahal dan berbisanya dikau. Biar si pemetik yang benar2 ikhlas mengambilmu, kerna dia tahu mengatasi duri2mu itu. Hanya yang benar2 ikhlas yang berjaya memetikmu. Jangan sesekali kau gugurkan dirimu, utuhlah kamu ditang sebelum dipetik si pemetik terpilih. Moga kau tak dipersia.

nurkaloi said...

terkentunt sini lala :P

saljihitam said...

serius : tajuk paling panjang dalam banyak banyak blog untuk hari ini.

smile bebeh :D

Eryn Edrina said...

nice entry yanie! <3

Dear Yayah said...

org kata kalau bagi bunga plastik simbolnye sebb nak bitau la chenta & kaseh & sayem diorg takkan pernh layu a.k.a pudar. keh keh keh.

"jangan cuba untuk memetik jika berniat mahu membuang"

like this quote. ade makna. heh..

ewanthology said...

bunga plastik tahan lama..huhu

The Fakhirin said...

awak romantikla...hehehe

p/s : muka awak macam neelofa..bekas kekasih saya..hehe

Pondok Usang said...

owh.. org panggil bunga kubur eh.. baru tau..

senses of soul said...

simbolik dan bermetafora.. =)

ZULHILMI TEMPOYAK said...

rindu je.. ;p

aReLaN said...

nak ke si isteri bunga plastik??hehehe..walaupun dia layu,at least dia real kan.nama pon makhluk,mana ada yang kekal.ALLAH je yang kekal abadi

SN said...

adalah kot,bg bunge plastik utk letak kat meja dpn tibi~

ahak~~~

LAici KAng Ais said...

sweet lah kata2 novel tuh.bunga plastik?haa.bajet murah tuh

p/s : pasar malam mmg pilihan sy tau awk.hee

NuR fAiZaH said...

awak..cntik macam bunge tuh...=)

NuR fAiZaH said...

awak..cntik macam bunge tuh...=)

Kazman / Sue said...

bunga ni dengan jiwa wanita memang sinonim.... tak boleh dipisahkan... biasanya kalau nak sambut sesuatu memang pemberian bunga menjadi satu kelebihan dan dapat mencairkan hati wanita... heee3x

Kazman / Sue said...

bunga dengan wanita tak boleh dipisahkan....heeee3x

teha said...

xpenah pulak tgk org kasi bunga plastik.. hehe

p/s : anda di tag :)

emylase. said...

huhuu bagi bunga plastik? macam tk eklas hihii :D

Anonymous said...

wah bermadah pujangga cik fadh :) haha ade ke org dah kawin bagi bunge plastik je?

CSI said...

bunga itu indah... cantik.. tapi bila buruk..lemah..orang tak perlukanyya...dan kadang-kadang kita juga begitu...=)

dear yayah said...

btol2.. every little things in this world should be appreciate... coz everything is an ace to this ecosystem

asfira aminuddin said...

kat mahallah asiah ada bunga merah ke? tak pasan pulak. hehehe. i suka lagi bunga asli dari bunga plastik.

Diari Si Froggie said...

hargailah seseorang itu sebelum orang itu menghilang dari pandangan anda :) boleh tak disamakan dengan entry fadh nie? ^^,

izzahdegreat said...

laa terharu nye bace.... ;)
ade kot orang bagi bunga plastik, ok what...tapi mcm xde sntimental value lah :)

ZULHILMI TEMPOYAK said...

fadh... r u okay..

lame x dgr cite ni..
riso gak jd ape2.. :)

ZULHILMI TEMPOYAK said...

fadh... r u okay..

lame x dgr cite ni..
riso gak jd ape2.. :)

E'in said...

e'in suke bunga fresh.. cantiknyeeeeeee

Si BuDaK KaChAk said...

bunga plastik tahan lama...umpama cinta yg tak akan layu...cewahh....hehehe

MulutPayau said...

bunga sinonim ngan wanita....semua bunga cantik...cuma kadang2 ada bau bunga yg kurang mnyenangkan....

Bunga plastik pun okey jugak...tahan lama..hehehe...

chenta luka said...

puitisnya bahasa awak...syahdu hati saya...uhuhuhu...boleh share kat sini juga... http://rakanblog.com

ZORA said...

bunga memng indah....

Juliet_iRa~" said...

ehh ada..hee..sy bg bunga plastik kat ehem2 ms dia konvo..sbb xdpt dtg jadi poskan bunga tu kat jr dia..hee

kalau bunga hdp layu n xleh kekal lama..:)

dependss on niat kita la kan..asalkan si penerima happy n rs dihargai..

^________________^

teha said...

bile mau hapdatee nie ? :)

LAici KAng Ais said...

tp tak salahkan lau bg bunga plastik tuk anniversary.haa

hazwani yusof said...

akak fadh boleh jadi seorang falsafah ye ! hahaa.

bunga asli cepat layu tapi asli, tulus, fresh, bunga plastik takkan layu, tapi jika dirosakkan, pasti layu jua :D

msredcheesecake said...

Bahasa indah .... Ada banyak makna dengan setiap bunga....

CikTeddyCorner said...

wah..tersirat bnyk ni..huhu

neway,x bape syuke bunga.huhu

sorry,lame x singgah..busy.huk3

Botak said...

bunga plastik murah + tahan lama berbanding bunga asli., jadilah pengguna yg bijak., hahahaha..

Ihsan Arifin said...

ape salahnye bunge plastik pun. yg penting ikhlas. kah kah kah !

JEJAK LU ORANG