Thursday, August 30, 2012

TERBUKA UNTUK SEMUA BLOGGER : TUKAR BLOGLIST DAN INFORM LINK BLOG ANDA

Blog saya dah jambu bukan lagi brutal..
Bloglist saya dah hilang..= =`..
entah macam mana boleh hilang..
Apakah ? 






Salam alayk,seperti yang dapat dilihat oleh kalian sekalian ,blog aku mengalami sedikit perubahan..kalau dulu blog ni penuh dengan kegelapan , kini ianya penuh dengan kecerahan dan keceriaan serta berelemenkan kewanitaan eh !
krikk...krikk..--> bunyik cengkerik.

Point yang aku nak bagi tahu kat sini adalah,blog aku sebenarnya dah kehilangan bloglist,entah macam mana hilang time edit template aku pun tak tau,jadi dengan ini.minta kerjasama kawan-kawan blog yang letak link blog Koshikuyanie di blog mereka informkan pada aku supaya senarai bloglist baru aku dapat dikemaskinikan dengan link blog kalian.Minta kerjasama.

Yang berminat untuk menukar/exchange bloglist dengan aku juga dialu-alukan..langkahnya mudah sahaja..tinggalkan  link blog anda di ruangan komen entri ini.Tiada paksaan buat semua.Tiada penipuan.Sekiranya berlaku penipuan, senarai blog anda akan ditarik keluar.Senarai bloglist baru akan dilaksanakan selepas komen anda dipublishkan .-sekian wasalam.

Berkuatkuasa sehingga 5 September 2012.Selamat menyambut Hari Kemerdekaan.


                                                                                                                               Yang setia 
                                                                                                                                mengomen,

Fadhleyanie Amaryllis anak melayu 20 tahun.

Monday, August 27, 2012

TAKBIR SYAHDU BERGEMA LAGI

" setahun sekali kita meraikan Aidilfitri . " dan kini..takbir syahdu itu berkumandang lagi..

bersama adik
Salam alayk sedara sedari...
Uihhh..orang melayu memang raya sakan..termasuk lah aku sendiri.Dari KL ke Perak ke Penang patah balik Perak dan akhirnya pulang ke KL.Hari Raya..semua orang gembira ? tak.......
ada yang berduka..berduka duit Raya dapat sikit..berduka tunggu kepulangan anak tak kunjung tiba..berduka kereta rosak di pagi Raya..berduka tangan sebelah hilang akibat main mercun..berduka mengenangkan yang telah tiada..

Bukan semua orang gembira di hari Raya.

Berbalik kepada kisah Raya aku..aku alami dua situasi berlainan..yang satu positif dan yang satu lagi negatif.Mari aku kongsikan yang positif.Raya yang meriah adalah Raya yang apabila sanak saudara berkumpul ramai-ramai.Kata orang Raya setahun hanya sekali dan waktu Raya ni lah baru kita boleh berkumpul semua menguatkan lagi ikatan sesama saudara betul atau tidak ?.Syoknya malam Raya bila dengar bunyi mercun bola yang dibakar sepupu-sepupu dan adik-adik nakal serta tidak ketinggalan bapak...memang syok beruk aku.Malam Raya tu adik beradik kumpul dan kami start gosip-gosip topik hangat al-maklum bukan selalu dapat jumpa .bila kira-kira balik berapa banyak kenderaan depan halaman kampung tokwan Sahat aku ada la 12 bijik,isi rumah memang banyak ..nak mandi kena beratur amik nombor giliran.Ingat lagi Pak Ngah aku siap bagi amaran kat kami,

"dah ramai-ramai ni mandi jangan lama-lama sangat,"

Trip Raya konvoi ke Penang--->,.adik-beradik arwah tokwan aku banyak menetap di Penang,kami ramai-ramai terjah ke sana.Terjah bukan semata-mata nak dapatkan duit Raya,makan biskut Raya,minum air gas..makan kerepek..tapi terjah untuk ..untuk melawat golongan-golongan veteran di sana,. mereka semua bukannya sihat sangat , yang muda lah kena melawat yang tua.Esok-esok aku tua harap-harap ada yang sudi melawat.Ni nak habaq mai,melawat aku jangan tak melawat ----> kepada cucu cicit tok nek fadh akan datang.



ber jalan ke rumah tok su sambil menikmati cahaya matahari pagi
bersalaman dengan opah sekaligus dapat duit raya money..money..$$



atas laut penang sambil lihat laut yang tenang

dah sampai penang sedikit teruja


on the way ke rumah tok lang, kat belakang camera berduyun lagi rombongan manusia

berhimpun sebelum masuk ke dalam rumah tok lang.

"letak gambar sikit-sikit sudah lah"

..begitu lah kisah raya pendek dari aku..ikutkan panjang lagi...tapi biar lah dipendekkan.Tahun depan panjang umur bertemu lagi dengan kisah Raya seterusnya. macam mana dengan raya kalian ? :D





Tuesday, August 14, 2012

UCAPAN KHAS RAYA UMUM 2012


Selamat tinggal...balik kampung dulu... buat kawan-kawan semua berhati-hati di jalanraya takut tak sempat makan biskut raya..kalau yang menjadi penumpang bila nampak pemandu agak-agak mengantuk sila berbuat bising atau memberikan arahan supaya memarkirkan kenderaan di kawasan selamat dan tidur sementara..kemudian baru teruskan perjalanan.



Dari Kuala Lumpur ke Taiping Perak exit tol Changkat Jering  -----> perjalanan mengambil masa 3 jam lebih.Doakan perjalanan kami selamat.

Sunday, August 5, 2012

LIPSTICK MUAHhh ANEH WANITA DANGDUT



Salam`alayk ..pa habaq  pa habaq pa habaq ! 3 kali pa habaq tu tandanya aku concern dengan korang,harap sihat wal afiat ..,aku tengah sakit kaki akibat daripada berjalan di jalan TAR mmg jemm macet..bukan setakat kereta,lori,bas,taxi yang jalan kaki ni pun jemm macet kat tengah-tengah bazar,10 minit jugak la aku berdiri tak bergerak-gerak dah tu berdiri sebelah gerai orang jual air pulak tu  ...---> kisah semalam

berbalik kepada tajuk entry aku kali ini lipstick muahhh aneh wanita dangdut.Ya,aku ulang taip lipstick muahhh aneh wanita dangdut.Bukan lipstick murahhh aneh..Lipstick paling mahal di donia bernilai  $62,000 USD kau darab 3.Bersamaan RM193K++ buat aku angkat kening.Boleh beli rumah sebijik gua kasitau lu orang.

Perempuan dengan lipstick memang tidak dapat dipisahkan? 50% kata ya,50% kata tidak.Buat sesiapa yang tidak mengenali apa itu lipstck biar aku memperkenalkan,lipstick adalah sejenis alat solek yang di ibaratkan sebagai cat bibir..Cat bibir ? bibir juga perlukan cat ? ya ! sudah tentu..

Bibir juga perlukan cat agar ia tidak kelihatan pucat dan lesu lesi. Lipstick juga berfungsi untuk melindungi bibir daripada ancaman pancaran sinaran mentari menyinari yang menyebabkan bibir merekah kekeringan (bergantung kepada kandungan lipstick) .Lipstick jaman sekarang canggih siap ada collagen aku cakap kau tak payah nak cucuk-cucuk bibir kau lagi (bagi sesetengah lipstick) .


"Bukan semua orang suka pakai lipstick dik oii..baq hang" kata aku.

Dan ada juga yang suka kumpul lipstick banyak-banyak buat hiasan.Dan ada juga yang bila pakai lipstick membuatkan bibir mereka makin kering bapak teruk gila.Itu tandanya kandungan lipstick tu tak sesuai dengan bibir mereka maka dinasihatkan gunakan lipbalm sahaja. Lipbalm berfungsi untuk melembapkan bibir.Jangan pulak bila bibir kering pi calit ayaq liuq (air liur) tu lagi buatkan bibir kering ! paling koman pon kau sapu planta atau minyak zaitun nak try minyak motor pun boleh.ok tipu.Pakailah lip ice.

Pernah tengok bibir yang sampai kilau-kilau kalah M.Daud kilau tu? yang tu depa pakai lip gloss . Lip gloss kilauan nya memukau like water shine.
Rata-rata warna lipstick yang sangkut paut dengan wanita adalah merah,pink,peach,purple,biru? err..kau pernah buat ?






kalau engkorang inginkan kelainan ke opis mahupun ke kuliah ke pasar boleh kau try

aku konpem korang jadi pemes sebaik sahaja melangkahkan kakimu dohai manusia.


Cerita lipstick belum berakhir lagi,tahukah anda lipstick juga boleh di jadikan sebagai alat tulis ketika menulis notis untuk membunuh diri. supaya kelihatan lebih dramatik gitu..selalu dalam movie ada cengitu kan lagi-lagi movie orang yang frust cinta tertonggeng.--> ahli neraka jahanam jika kau bunuh diri. Jangan pulak ada cikgu2 guna buat tulis kat whiteboard kelas.Itu mendatang kemudaratan dari sudut psychology.



Cerita lipstick bersambung lagi,ada petua mengatakan bila ketumbuhan jerawat di muka boleh disapukan lipstick pada permukaan jerawat agar jerawat surut.---> aku rasa was was nak try.

Rahsia cara-cara pakai lipstick bagi yang tak pernah pakai.

1.Pilih lipstick kegemaran.

2.Berdiri di hadapan cermin kerdipkan mata dua kali.

3.Sediakan lilin 3, Baca mantera ni :


Wan pen duan sip song nam kor nong tem taling
Raow thung lai chai ying sanook gun jing wan loy krathong.
Loy loy krathong, loy loy kratong
Loy krathong gun leaw kor chern nong keaw oog ma rum wong
Rum wong wan loy krathong, rum wong wan loy krathong
Boon ja song hai raouw sook jai
Boon ja song hai raouw sook jai.


4.Calitkan dan ratakan agar tampak kemas dan mempesona.

5.Lihat hasilnya...



"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"



selamat mencuba tuan-tuan puan-puan
muahhh tergoda..


Wednesday, August 1, 2012

GAMBAQ RABU NOMBOR 2


RAJAH 1

RAJAH 2




sumber : dari facebook ku cilok.

Salamun alaik !
Selamat tinggal Julai..selamat datang Ogos..kbai.

JEJAK LU ORANG