" setahun sekali kita meraikan Aidilfitri . " dan kini..takbir syahdu itu berkumandang lagi..
|
bersama adik |
Salam alayk sedara sedari...
Uihhh..orang melayu memang raya sakan..termasuk lah aku sendiri.Dari KL ke Perak ke Penang patah balik Perak dan akhirnya pulang ke KL.Hari Raya..semua orang gembira ? tak.......
ada yang berduka..berduka duit Raya dapat sikit..berduka tunggu kepulangan anak tak kunjung tiba..berduka kereta rosak di pagi Raya..berduka tangan sebelah hilang akibat main mercun..berduka mengenangkan yang telah tiada..
Bukan semua orang gembira di hari Raya.
Berbalik kepada kisah Raya aku..aku alami dua situasi berlainan..yang satu positif dan yang satu lagi negatif.Mari aku kongsikan yang positif.Raya yang meriah adalah Raya yang apabila sanak saudara berkumpul ramai-ramai.Kata orang Raya setahun hanya sekali dan waktu Raya ni lah baru kita boleh berkumpul semua menguatkan lagi ikatan sesama saudara betul atau tidak ?.Syoknya malam Raya bila dengar bunyi mercun bola yang dibakar sepupu-sepupu dan adik-adik nakal serta tidak ketinggalan bapak...memang syok beruk aku.Malam Raya tu adik beradik kumpul dan kami start gosip-gosip topik hangat al-maklum bukan selalu dapat jumpa .bila kira-kira balik berapa banyak kenderaan depan halaman kampung tokwan Sahat aku ada la 12 bijik,isi rumah memang banyak ..nak mandi kena beratur amik nombor giliran.Ingat lagi Pak Ngah aku siap bagi amaran kat kami,
"dah ramai-ramai ni mandi jangan lama-lama sangat,"
Trip Raya konvoi ke Penang--->,.adik-beradik arwah tokwan aku banyak menetap di Penang,kami ramai-ramai terjah ke sana.Terjah bukan semata-mata nak dapatkan duit Raya,makan biskut Raya,minum air gas..makan kerepek..tapi terjah untuk ..untuk melawat golongan-golongan veteran di sana,. mereka semua bukannya sihat sangat , yang muda lah kena melawat yang tua.Esok-esok aku tua harap-harap ada yang sudi melawat.Ni nak habaq mai,melawat aku jangan tak melawat ----> kepada cucu cicit tok nek fadh akan datang.
|
ber jalan ke rumah tok su sambil menikmati cahaya matahari pagi |
|
bersalaman dengan opah sekaligus dapat duit raya money..money..$$ |
|
atas laut penang sambil lihat laut yang tenang |
|
dah sampai penang sedikit teruja |
|
|
|
|
on the way ke rumah tok lang, kat belakang camera berduyun lagi rombongan manusia |
|
berhimpun sebelum masuk ke dalam rumah tok lang. |
"letak gambar sikit-sikit sudah lah"
..begitu lah kisah raya pendek dari aku..ikutkan panjang lagi...tapi biar lah dipendekkan.Tahun depan panjang umur bertemu lagi dengan kisah Raya seterusnya. macam mana dengan raya kalian ? :D
24 ,134 blogger sensasi komen:
slmt hari raya.uiyo ramai tu berkumpul raya sama2...raya thn ni ke sana ke mari jugak le beraya..hehee
slmt hari raya.uiyo ramai tu berkumpul raya sama2...raya thn ni ke sana ke mari jugak le beraya..hehee
cantik animation bunge api meletup tu...hehe..bunge api ke mercun??haha ape2 la..
mesti best kan konvoi beraye ramai2...sy tak pernah rase lagi sebab kampung nenek dekat2 je..hehe
hahaha. tembak bunga api ! selamat hari raya ;)
amboihh, meriah hang beraya..penuh tak balang kaca ko ngn money $$$ ?? haha
nenek Fadh???huh,nama glemerr kot..hahah..selamat hary raya ;) sama la sy pon kaut duit jugak raya nie,hehe
tu diaaaa...beratur beratur nak mandi..haha kalo ade yg mandi celop2 mcm seniman bujang lapok kan baguih..cepat..
haha meriahnye raya ko.rayaku biase biase saje.tp duit raya tetap mashyukkk..haha
wah..bestnya raya dia,, meriah betul..
Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...
wah sama laa kita. kalau rumah nenek tuu kena ambik no nak boleh mandi :DD sebab ramai sangat balik berkumpul raya.
Ramainya! Mesti meriah gila kan :D Anyw, Selamat Hari Raya :)
http://boniyerh.blogspot.com/search?updated-min=2012-01-01T00:00:00-08:00&updated-max=2013-01-01T00:00:00-08:00&max-results=6
follow lah ek...:)
setakat ni dah ramai teruja sampai penang. ada pernah yang jadi gila.
http://boniyerh.blogspot.com/
follow me
ramainya kawan2 dia itu..hehehe
ramainya sekali g berya.. syokkan ramai2 camni :-)
Wahhh seronoknya dik dapat kumpul ramai2..memang meriah....
raya tirah duk umah je...hihi
wahh wahh hahaha. lawaa jee gadis tuu hehehe
btw selamat hari raye walaupun df ni dh beraya sakan hahaha
ry kt penang? apa habaq penang? huhu
slamat hr raya yaww. ;D
@syakey
penang..habaq baik..:P
jauh juga dia dri rmh kita ni. aihh, org penang yer. (:
wah.. meriahnya raya.. zz punye la sibuk sikit skrg smpai nk upload entry raya pun x smpt lgi
fuuh... kiuttnyeee.... opah adik.. =)
Post a Comment