Wednesday, January 29, 2014

PENGANTIN LELAKI LARI

bergambar dengan pengantin ambil berkat kata orang
Kisah ni mungkin susah dilupakan,
Nak dijadikan kisah sepatutnya tahun ni aku kahwin, ya tahun 2014 ni,tapi disebabkan pengantin lelaki hilang masa akad nikah.,takpelah aku anggap tiada jodoh.,kenapa tak cakap awal-awal kalau ada masalah? kenapa kau lari wahai Mr. Pengantin sedangkan family kau semua dah ada waktu tu,aku buat salah apa? kau tau tak kau buat kesilapan besar dengan melarikan diri dari majlis bersejarah? aku tulis ni sebab aku tau kau akan baca entry ni.. ha..ye la tu berangan aku ni sampai esok pun tak habis kan , penangan novel dan drama, kbye mimpi je la aku nak kahwin.ini semua cerita rekaan semata.ehehe..
________________________________________________________

Ini cerita betul, kisah sahabat aku,
Aku mula rapat dengan dia masa tingkatan 3, waktu tu umur kami berdua 15 tahun..kami asal dari sekolah rendah yang sama, cumanya waktu sekolah rendah tu kami tak kenal antara satu sama lain. Kelas kami berlainan. Waktu tingkatan 3 dia ditakdirkan untuk duduk di depan aku dalam kelas tepi tingkap,. dari situ kami mula rapat, berkongsi cerita.

Aku ingat lagi satu peristiwa yang terjadi dalam kelas, ada kelawar mati dalam kelas *kelas aku bukan dalam gua eh..itu kelawar sesat.. budak-budak nakal kelas main dengan bangkai kelawar dan dia marah mereka.



Aku juga ingat pengalaman dalam Kelab Seni dan Kraftangan sekolah.
Adik-beradik dia telah menguasai kelab itu..hehe..

Hubungan kami sebagai sahabat berterusan meskipun masing-masing belajar di IPTA yang berlainan.
Aku ingat lagi ada photographer haram yang senyap-senyap ambil gambar kami berdua masa pameran Flora Photography
--> mamat Sabah, yang akhirnya meminta pertolongan untuk ambil gambar dia pulak.Dah curi snap gambar nak cover malu suruh kita pulak snap gambar dia.

      

Aku juga ingat pengalaman dia kena temu ramah dengan crew 8tv.hiks..banyak pulak ingatan aku ni




Alhamdulillah, 25 Januari yang lalu sahabat aku, dia yang aku maksudnya ialah Maryumah telah selamat menjadi seorang isteri kepada seorang jejaka yang bertuah. Semoga awak menjadi isteri yang solehah dan hubungan kalian bahagia hingga ke Jannah, Barakallah sahabat ku.

13 ,134 blogger sensasi komen:

Zara Nurhaidah said...

Tajuk suspen nampk.. hikhik. Apa pon tahniah buat sahabat awk.. moga kekal hgga ke jannah bsama suami tcinta.. amin
. ^^

Mazni Munawar said...

haha buat suspens je tajuk :p tahniah utk kawan akak tu ^^

ewanthology said...

lari sebab duit hantaran tak cukup, byk sgt mintaknyeee.. hehe

Abe Kie said...

persahabatan kenalah kekal biarpun sesudah berkahwin...wassalam.

Dzureen Darwis said...

Hampir2 percaya hehe

Lollipop Manis said...

hahahaha. cehhh. ingatkan betol tadi.

czueka zulaikha said...

haha pandai yee..buat suspen je. baru nak simpati llebih :D anyway tahniah utk kawan awk tu..tuan blog bila lagi??? hiii

Syazana Zainn said...

tahniah kawan fadh :)

lepas ni awak pula. hihi

Dang Kahla said...

lorh dh percaya dah td masa baca 1st paragraph.hoho

btw tahniah untuk kawan =)

FarhanahAdzlan said...

seriusly ingatkan ayat first tu serius haha
kalau sis kawin jangan lupa jemput sya ye hihi :)

Ikimiwa Immiwa said...

salam and hi.
amboi dramatik betul intronye haa..
btw, ingat kawan awak tu kawen dengan mamat sabah tu. haha. ok, saya kot yang terlebih drama.

luls.

btw salam kenal dari Iki.
(blogger lama, blog baru)

and, sempoi la blog ni ;)

fadh leyanie said...

@czueka zulaikha
tuan blog lambat lagi,..xD

roq said...

cehhh.... ingat2kan betol2 larik

singgah2 la sini ;)

JEJAK LU ORANG