Monday, February 17, 2014

RESIPI JALAPENO CHEESE FRIES SEDAP DAN CEPAT

Jalapeno Cheese Fries
Cuti sem UIA yang lalu lebih kurang 2 minggu lepas, dapat jugak merasa Jalapeno Cheese Fries ni, makanan ni tastenya boleh tahan..nak comment banyak2 pun tak boleh, anda kena la merasa dan buat sendiri.
Kepada kaum hawa dan adam yang inginkan resipi makanan mudah dan ringkas,*masakan yang paling simple

Memperkenalkan Jalapeno Cheese Fries. Sumber asal dari adik turun ke mama turun ke aku dan sekarang turun ke anda pulak.

Bahan-bahan :

Jejari kentang
Sedikit garam
Cili sos
Mayonnaise 
Daging kisar
Cili jeruk

Cara-cara membuat mudah dan ringkas dan yang paling penting cepat tersedia dengan syarat bahan-bahan semua lengkap. Daging kisar tu janganlah beku pulak.

1. Goreng jejari kentang sehingga kekuningan
2. Selepas jejari kentang digorengkan, gaulkan jejari kentang bersama dengan sedikit garam
3. Masukkan jejari kentang ke dalam aluminum foil
4. Taburkan daging kisar
5. Taburkan cheese yang di potong halus
6. Panaskan ketuhar selama 10 minit sebelum membakar hidangan
7. Akhir sekali bakar hidangan selama 10 minit dengan kadar 180/190 °c



kalau nak lagi sedap pakai Cheese Mozzarella

Daging kisar yang dah tak beku

Taburkan daging kisar

Taburkan cheese


Cili jeruk (Cara nak buat cili jeruk: potongan cili hijau rendamkan bersama air cuka |air putih kosong campurkan dengan cuka makanan ) maklumat tambahan, cili jeruk ni boleh tahan lama, simpan dalam peti sejuk


sedia untuk dipelahap, untuk 5 orang, setengah kilo jejari kentang


Selepas hidangan siap dibakar

1. Hiaskan hidangan dengan sos cili, mayonnaise dan 
     cili jeruk--> jika anda suka

     Dah siap semua dalam masa 20 minit, tunggu apa lagi,makan..! selamat mencuba kawan-kawan... 

Amaran: 
untuk yang berdarah tinggi, Jalapeno Cheese Fries ni tak sesuai dgn anda, tapi kalau nak cuba merasa apa salahnya.

15 ,134 blogger sensasi komen:

ewanthology said...

boleh try masuk masterchef.

Syazana Zainn said...

wohhh sedappppp

tp x mkn dgn cili jeruk tu

selalu cicah sos cili n mayonis

letak sikit brown sos omnomnom :p

Muhammad Taufiq said...

Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

ct cucubi said...

dah mcm vsheperd ppie je.. tp version simple.. nanti nak try.. =)

.::: Princess MOMOY :::. said...

tapi fries tu tak jadi lembik ker? mksud momoy rangup tak? ke mcm mana?

Lollipop Manis said...

wahhhh. nampak sedap !xD

Abe Kie said...

wah! sedap nampaknya..tegok foto aje dah buat sy terliur..

fadh leyanie said...

@.::: Princess MOMOY :::.
fries tu tak rangup dan tak lembik, masa goreng tu goreng ala kadar..:D

MiSz fiFiEyQa said...

amboii nama resepi kemainn..Jalapeno tu stands for what??ehehe..

fadh leyanie said...

@MiSz fiFiEyQa kemain gila kan, drpd mexican language "chili pepper"

Nurul Farahizzati said...

nasib baik baru lepas lunch, kalau tak dah lencun dah laptop ni sbb terliur...

aniki said...

lama x usha..dah jadi blog makan2 ek??hahaha

Mazni Munawar said...

sedapnyaaaaa. nice recipe! <3

tirahzairi said...

perghhh....terliur.

fazliana said...

xpnh dgar jalapeno..but nice name..nk try buat sat g..hihi..terliuqq=)

JEJAK LU ORANG