"tengok apa,..kamu nak balas dendam? untuk apa balas dendam untuk orang yang dah mati." tanya Achara kepada Prata.
Prata ingin balas dendam untuk adik dia.
Mayat adik Prata dijumpai tanpa kepala.
Polis buntu mencari kepala yang hilang.
Kesudahnya mayat dikebumikan tanpa kepala.
Malam sebelum adik Prata dibunuh...
Prata mendapat pesanan ringkas dari telefon bimbitnya
" jangan lupa, sekarang usianya sudah 240 tahun"
Pesanan itu membuatkan Prata tak senang duduk. Dia seperti cacing disimbah Clorox. Dia bergegas ke bilik bacaan. Satu persatu dokumen perjanjian lama diselak. Lampu di bilik bacaan tertutup bau harum mula merebak keseluruhan bilik. Bau gaharu China.Bau wangi.Suasana bertukar gelap. Prata harus berani. Dia tahu waktu itu sudah tiba, dicapainya lampu suluh yang malap. Barangkali bateri lemah. Cermin di luar bilik bacaan diketuk dengan kuat.
knock! knock! knock!
Dia menghalakan lampu suluhnya ke arah tingkap. Tiada apa kelihatan namun bunyi ketukan itu sungguh kuat. Itu ketukan amaran dari Klong..Klong yang diceritakan oleh ibunya.
__________________________________________________
"jadi apa caranya untuk kekalkan keharmonian keluarga kau Prata?" soal Achara.
Dalam perjanjian yang dibuat 240 yang lepas. Generasi pada usia Klong 240 yang masih hidup harus mematahkan jari telunjuk kanan mereka menggunakan tangan mereka sendiri dan mengunyah jari mereka sendiri sehingga lumat dan telan.
"kenapa mesti jari telunjuk?" soal Achara lagi.
Kerana jari telunjuk merupakan jari yang digunakan oleh moyang aku untuk mencalitkan perjanjian persetujuan menggunakan darah mereka sendiri. Mereka hidup bahagia, kami generasi kini hidup menderita kerana perjanjian itu. Jadi sekarang aku ingin hapuskan perjanjian itu.
30 April 2013 Prata di tangkap polis kerana dia yang membunuh adiknya. Isi kulit kepala adiknya telah dimakan oleh Prata sendiri. Manakala tengkorak kepala dan rambut dijumpai di atas loteng rumah. Prata terpaksa mengorbankan adiknya untuk menghapuskan perjanjian hitam Klong.
kata Klong:
Aku terpaksa..aku terpaksa..maafkan aku Sasithorn -Prata
____________________________________________________
"Jururawat, sila bawakan file Prata kepada saya,"
"Saya rasa Dr. Achara dah ambil tadi," kata jururawat hospital sakit jiwa Suanprung yang ditubuhkan pada tahun1938.
"oh ya, ada di sini. Nampaknya ada perubahan sikit dalam diri kamu Prata berbanding dengan minggu lepas,
Minggu lepas Prata nampak wajah Klong pada wajah kawannya, lantas cubaan membunuh dilakukan oleh Prata, tetapi tidak berjaya. Kawan dia lari. Itu cuma halusinasi Prata.
kamu harus makan ubat dan patuh dengan arahan jururawat supaya minda kamu lebih tenang, nanti saya akan betulkan kondisi rekod lama kamu, lepas ni kamu boleh kurangkan pengambilan Clozapine," kata Achara. Prata tiba-tiba bangkit dari kerusi yang empuk berwarna hitam. Dia berdiri kaku. Lantas berbisik takut-takut.
"Doktor Achara...Doktor Achara...Doktor Achara...Klong ada di belakang kamu, Klong ada di belakang kamu," bisik Prata matanya bundar membesar sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah belakang Doktor Achara. Gentar. Prata tersenyum sinis...dan dia ketawa. Pada mata Prata, Klong sedang menunjukkan gigi taringnya yang tajam, kepala Klomg berputar 180 darjah. Matanya hampir terkeluar.
Hahahaha..
Hahahaha.-ketawa Prata
Tiba-tiba..
lihat wajah ini 5 saat dan lihat belakang anda |
Mereka sama-sama ketawa.
Bahagia.
Gila.
Apakah kamu semua berimaginasi tentang situasi ini? . psst..psst.. Klong ada di belakang kamu. Kamu la yang sedang membaca ayat ini. Berpalinglah ke belakang dan cuba lihat wajahnya yang sedang rakus melihat kamu, jika ada Klong...maka... kamu sedang berhalusinasi. Maaf tiada ubat antipsikosis Clozapine buat kamu. Hahahaha..
yang benar,
-fadh penulis yang masih normal
-----tamat-----
inilah hasilnya selepas habis exam abnormal psychology yakni paper aku yang terakhir untuk semester ini..dan aku tersilap eja nama ubat untuk penyakit Schizophrenia..dan hilanglah markah aku di situ.
3 ,134 blogger sensasi komen:
mental disoder?
p/s: ni cite siam or indon? hihi
Gila seram bapak. Cuak gila nak tengok belakang. Rasa nak tutup mata lajulaju je tengok gambar tu. Nice owh.
@Syazana Zainn
blh kait dgn mntal d/o..latar blkng crta dari siam :P
Post a Comment