Friday, November 14, 2014

Panggilan Misteri




Nak di al kisah kan, sekarang ni bulan 11 kan. Ni kisah bulan 9. Aku dapat satu panggilan misteri. 
Aku ni jenis kalau ada missed call nombor tak kenal aku biarkan. Aku save nama nombor tu sebagai "Entah".

Nak di al kisah kan, suatu petang lepas aku balik kelas bulan 11. Nombor tu telefon lagi.
Keluar dekat screen phone aku "Entah"

Lama jugak bunyi tapi aku macam ragu-ragu nak angkat panggilan "Entah" tu. Seriau.

Selang beberapa jam nombor "Entah" call lagi.
Hai..ini macam panggilan penting.

Aku check la kat Whatsapp kot ada keluaq gambaq "Entah". Tapi takde. "Entah" takde whatsapp.

Tiba-tiba masuk peti inbox aku.

Pesanan dari "Entah"

"dik kbrx mcm mn sht sxg ha2"

Ha! aku terus call nombor "Entah" tu dengan berbaki kredit RM 2.60. Sebab aku kenal dia.

Rupanya tu panggilan daripada Kak Rin (bukan nama sebenar) perantau dari Surabaya, Kak Rin mengalami masalah. 
Kak Rin lingkungan 35 tahun. Bekerja di Malaysia untuk menyara anak-anaknya di Surabaya.
Kak Rin tanya aku pasal kerja kosong. Kata Kak Rin dia dah tak kerja di tempat lama sebab hampir tertangkap dengan imigresen dan bekas boss bayar gaji dia lambat. Sekarang ni pun tinggal di rumah kongsi. Bukannya aku tak boleh tolong, hal ini menjadi rumit sebab Kak Rin tiada permit. Aku ingat lagi, sebelum ni ada driver Tan Sri dotdot datang jumpa Kak Rin mintak dia kerja balik dengan Tan Sri. Tapi Kak Rin tak nak (jawatan sebagai cleaner pejabat) sebabnya, gaji dia lewat masuk. 

Sebelum kes kak Rin, aku pernah berdepan perantau dari sana yang intellectual orangnya, lulusan Universitas katanya, golongan sederhana tapi bila sampai Malaysia dia kena tipu dengan majikan. Majikan janji macam-macam. Janji hampeh.

Aku tak salahkan Kak Rin yang tanpa permit, nasib hidup memaksa dia untuk bekerja di sini. Dan.. yang lagi aku kesian. Gaji Kak Rin tak sampai RM50 sehari (tak silap RM900 per month), tapi kerja 10 pagi-10 malam..tak boleh cuti melainkan sakit. No life kot. Tak patut.

Kenapa aku boleh kenal dengan depa semua ni, itulah hasil pengalaman cuti 3 bulan uia. aku mengambil masa untuk kenal masyarakat umum termasuklah guard Nepal yang tak tau cakap English dan Melayu.. kenapa ambil mereka sebagai guard sedangkan basic language pun depa tak tau. Sebab bayar murah.

Sunday, November 9, 2014

Mengamalkan konsep "aku je yang betul"




Susah bercakap atau berhujah dengan homo sapiens yang tahu nak menang je, maksudnya, dia tak faham makna kalah tapi hakikat sebenar dia salah dan kalah..dah tahu salah tapi tetap degil nak berpegang dengan prinsip yang salah. Kelakar aku dengan orang macam ni. Orang yang..

Mengamalkan konsep "aku je yang betul". Pernah mengalami situasi ini? bersabar je lah..

Kadang-kadang kita sebagai manusia tak boleh la nak menang 24 jam, buka minda dan cuba menerima pendapat orang lain itu kan lebih baik.Kalau aku tak mengalah, aku pun di kira sebagai homo sapiens yang mengamalkan konsep "aku je yang betul". 

masing-masing punya pendapat sendiri.

Dalam konsep perdebatan ini paling bahaya kalau masing-masing berkepala batu,
Kepala batu tak boleh bertembung bertembung dengan kepala batu nanti boleh timbul rasa sengketa mencetuskan perang dunia. 

This is Prophet Muhammad saying;

 “Whoever believes in Allah and the Last Day let him speak good or remain silent.” [Bukhari and Muslim]

Imam Shafi’i states that the meaning of this hadith is that if someone desires to speak, then he should speak only that which is good. But if it is clear to him that his speech may cause harm, then he should refrain from speaking. Shaykh ibn Uthaymeen says it is as if the Prophet ﷺ said, “If you believe in Allah and the last day, then speak what is good or be quiet.” 

Source: SILENCE IS GOLD bercakap bila perlu je

pendapat aku ditendang melayang why ha? why? why? ouh..sebab konsep tu..haish..

Saturday, November 1, 2014

Pengkid dan Lelaki Alim

💋 Ni Al kisahnya. Tadi aku ke satu tempat.Naik LRT. Time pegi aku duduk. Waktu balik aku berdiri. Di tiang tengah. Maklum la.. Waktu aku balik tadi orang2 office pun balik jugak. Maka nya aku berdiri. Tiada pilihan lain. Aku kena berdiri. Berdiri aku menghadap seorang jejaka. Dia pakai kurta. Sampai di satu stesen. Masuk pula 2 orang lelaki berdiri di tepi pintu. Seorang berjubah berkopiah putih dan seorang lagi berbaju melayu. Berbalik kepada kisah lelaki berbaju kurta. Di sebelah dia. Ada seorang wanita sedikit gempal berbaju kurung. Aku syak wanita ni adik dia atau jiran dia. Mereka rapat. Macam adik dan abang. Sampai di satu stesen. Telinga aku tertangkap dengan pertanyaan lelaki berkopiah. "Dia lelaki ke perempuan?" Kalau ada nasik goreng dlm kunyahan aku boleh tersembuq. Sumpah. Boleh tersemburr. Maka. Jawab lah perempuan yang agak sedikit gempal tu. "Dia perempuan". Si pengkid mula tersengih. " ooo..perempuan. Ingatkan lelaki" kata si lelaki berbaju melayu". Telinga aku aktif merakam perbualan mereka dan sel rakaman suara di transfer masuk ke dlm memori. Aktif. Aku ni kalau bab dengar mmg cekap.

Sebelum si kopiah turun ke destinasinya, dia sempat menyampaikan dakwahnya.  "Kami nak ke majlis ilmu..rajin-rajinkan lah diri ke masjid join majlis ilmu"..
jawab si pengkid " tengok lah kalau sy terlajak. sy pegi" sambil ketawa. I don't know what she feels actually. Marah atau redha. She able to control her emotions.

Terlajak mengingkari perintah Tuhan. Pintu taubat masih terbuka. 

Berkata Rasulullah s.a.w" Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."

Ilmu yang kita ada walaupun sedikit. Kongsi kan lah kemanisan ilmu itu bersama yang lain. Ilmu yang sedikit mampu memberi perubahan yang besar.

Rasulullah s.a.w. bersabda :"Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman-Hadis sahih riwayat Muslim

Salaam alaykum, may Allah Azzawajal protect all of us. Enlighten our Eeman. sedikit perkongsian dari #KED. 💋

JEJAK LU ORANG